Simmy Boy Kucing Pertama Kami Dah Mati Selepas Si Leman 9 Tahun Dipelihara


Masuk jer dalam kereta, habibi suruh call cikcha. Taklah rasa pelik sebab mungkin nak pastikan dia dah bangun dari tidur. Panggilan disambut dan kedengaran suara cikcha yang serak. Mungkin sebab berjaga malam.



Simmy Boy 14.12.2024Sampai di depan pintu, cikcha bukakan pintu dan bagitahu yang Sim dah mati. Kelu sekejap. Ingatkan hanya gurauan sebab dah banyak kali umi cakap bilalah Sim nak mati sebab kesian tengok dia. Sejak dua menjak ni asyik nak keluar dan warna bulu pun dah tak putih gebu gebas. Bukan tak nak bagi keluar tapi dia kucing buta. Bila bagi keluar, menonong dia sampai ke seberang jalan tak macam sebelum-sebelum ni dia akan lepak di pintu belakang rumah jiran.


Kisah Sim HilangPernah beberapa hari lepas dia hilang, puas Cik Meya cari tak jumpa dan bila ditengok pada cctv, nampak dia keluar waktu Cik Meya dan habibi pergi sidai baju dalam jam 10 pagi dan dah hampir petang baru perasan dia tiada dalam rumah.
Puas Cik Meya dan Cik Cha mencari waktu tengahari yang panas lit lit tapi tak jumpa. Dalam hati berdoa, kalau dia segera dijumpai walau dalam apa keadaan sekalipun dan yang penting kalau dia mati, nak pastikan dia dikuburkan seperti mana kucing-kucing lain. Ada juga kucing yang hilang dan tak tahu apa khabar mereka.


Akhirnya Sim dijumpai dekat kedai Bang Oun dalam jam 10.30 malam. Hampir 12 jam dia hilang dan keadaan dia basah mungkin sebab jatuh longkang. Kesian sungguh Sim.


Sim Hilang LagiKali kedua (hari Khamis, 12 Disember 2024) dia hilang dan jenuh Cik Meya dan Cik Cha cari, tidak dijumpai. Bertambah risau sebab petang tu hujan terlalu lebat sampai ke malam. Waktu umi pergi jemput KC Iman kat stesen LRT pun umi drive slow untuk tengok-tengok kalau terserempak dengan Sim dan kemudian umi pergi jemput habibi di pejabat sebab hujan lebat mencurah.


Waktu lalu depan kedai Bang Oun, habibi slowkan kereta untuk kami tengok kot-kot ada Sim tapi tak nampak. Hujan masih mencurah dan memang tak hilang rasa kesian, bagaimana keadaan dia dengan hujan lebat, kesejukan dan hilang arah tuju.


Rupanya bila hujan agak reda tapi masih turuncik Meya dan KC Iman mencari lagi, tapi tak jumpa sementara umi pulak dah ke rumah bonda untuk rutin bermalam. Tup-tup jam 9.30 malam, umi tengok kat grup WA family, Sim telah dijumpai!


Bila ditanya kat mana jumpa dia, rupanya dia tidur di bawah katil KY Amanda dan tiba-tiba dia keluar dari bawah katil tu pun sebab nak kencing. Aduhai Sim oh Sim. 


Lega.


Punca Kematian SimTak tahu tapi dia macam agak susut tapi masih berat. Kata Cik Meya, Sim dah macam tak ada selera nak makan.
Sim pulak beberapa ni asyik mengiau jer nak keluar rumah tapi memang tak dilepaskan sebab takut dia hilang tapi dia ni bijak, pantang dengar pintu dibuka memang cepat menyelinap keluar.
Kalau dari sangkar, memang menonong dia laju nak lepak di luar tapi sejak Cik Meya nampak dia kat seberang blok lain, memang tak dibenarkan langsung dah.


Baca Juga : Sim Dah Dimandulkan di SPCA


Leman Juga Dah MatiLeman ni anak Rara, cucu Rey dan kucing yang cukup baik. Dia akan masuk ke dalam rumah untuk tidur bila waktu panas.

11 hari Leman sakit tak tahu apa puncanya. KY fikir mungkin dia kena sawan.


Beberapa hari sebelum Leman terlantar tu, dia dah seakan lemah, ada luka pada lengan kanan hingga nampak kulit. Dia asyik baring dan tak langsung aktif. Cik Meya rawat dia dan nampak dia makin pulih, boleh melompat ke kerusi dan makan tetap macam biasa.


Tapi tak lama, lepas luka tu nampak baik, Leman kembali terbaring hingga kami ingat dia dah nak mati. Sesekali dia cuba angkat kepala pastu rebah balik. Cik Meya rawat, bagi dia makan melalui syringe dan apa yang merisaukan kami akan balik kampung dalam beberapa minggu lagi.


Risau kalau dia masih dalam keadaan begitu, siapa yang akan bagi makan kelak. Kata cik Meya, harapnya Leman sihat seperti sediakala tau kalau dia nak mati, biar mati sebelum kami semua bercuti. 


Beberapa hari lepas nampak Leman macam tiada tanda nak sihat, habibi dah korekkan kubur tapi dari hari ke sehari dia masih dalam keadaan terbaring. 
2 hari sebelum kematian, Leman dah boleh angkat kepala tegak dan buka mata. Memang harap Leman sihat.


Tapi akhirnya Leman pergi juga, dan dia dah tak sakit lagi.Kami tetap rindu Leman yang suka jelir lidah!


Leman Dan Adik-Beradik
Leman ni dilahirkan oleh Rara pada kelahiran ke 3 dengan 5 adik beradik. Nama diaorang ni unik dengan nama orang Melayu iaitu Ali, Abu, Leman, Senah aka Leha dan Yen. Leha dan Yen ni pulak kucing betina.
Abu mati terlebih dahulu sebelum ibunya Rara (kena langgar, dan diletakkan ditepi jalan) Ali hilang sementara Yen juga hilang selepas melahirkan anak kali kedua. 
Leman dan Leha ni masih kekal hingga Leman mati dan keduanya macam tak gatal langsung.


Anak Kucing Tanpa NamaSehari sebelum Sim mati, anak kucing yang Cik Meya jumpa pun mati, mungkin sebab kurang nutrisi. 
Anak kucing ni Cik Meya ambil dari kawasan tong sampah sebab hanya tinggal dia seekor je dari 4 ekor yang diletakkan di dalam kotak

Disebabkan kesian, Cik Meya buatkan nasi dengan ayam dan labu, dikisar dan bagi mereka makan selama beberapa hari. Tapi lepas tu, hanya tinggal seekor saja, jadi Cik Meya decide untuk ambil sebab kesian, dikurung dalam sangkar

Sementara tu CP, seekor ibu kucing yang kami jumpa waktu kecil (2 ekor, seekor betina dan seekor jantan), kami bela sebab umur mungkin baru 2 bulan dengan dikepala keduanya seperti ada getah. Kami bela hingga besar dan kucing jantan (kami namakan CJ, hilang)
CB pula masih kekal hingga melahirkan 2 kali, dengan kelahiran pertama sebanyak 3 atau 4 tapi mati semuanya kecuali Bear yang masih ada hingga sekarang. Bear ni kucing kesayangan KC Iman

Bila CB ni melahirkan anak kali kedua, entah dekat mana dia beranak tapi kami syak kat area rumah orang lain sebab ada wanita tu buang anak kucing yang mungkin anak CB

CB jadi macam kemurungan, depress sebab susunya membengkak dan cuba bagi anak kucing tu minum susu CB tapi mulanya dia menolak. Tak lama kemudian mereka dah agak serasi

Kesiannya kalau tengok CB ni jalannya pun tak betul, bergoyang dan kami syak mungkin dia akan mati sebab kondisi dia memang lemah tapi dia masih ok hingga hari ini


Berapa Bilangan Kucing Terkini
Rey (Ibu) dan Sky (Anak)
Anak Rara - Peanut, Kubus dan Kuyat
Anak Quyat - Tofu & Tofufa
Oyen - kucing jantan yang dijumpai
CB - Bear (anak kelahiran pertama), Roro Jr, Oreo Jr dan Tam (anak kelahiran kedua)
Jumlah kesemuanya : 10 ekor




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/12/simmy-boy-kucing-pertama-kami-dah-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usahawan Singapura Ditahan Sprm Selepas 19 Tahun Diburu

Usahawan Singapura Ditahan Sprm Selepas 19 Tahun Diburu

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 132 hits
BHarianonline nbsp Ng Teck Lee dan isterinya Thor Chwee Hwa ditahan SPRM di Johor semalam diserahkan kepada pegawai CPIB Foto CPIBKUALA LUMPUR Selepas hampir dua dekad dalam pelarian usahawan Singapura Ng Teck Lee yang terlibat dalam kes pe...
Um Lapor Polis Lagi Kucing Ditemukan Mati Ngeri

Um Lapor Polis Lagi Kucing Ditemukan Mati Ngeri

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 143 hits
Universiti Malaya seru warga kampus yang mempunyai maklumat berhubung siri kematian ngeri kucing menghubungi pihak keselamatan PETALING JAYA Universiti Malaya membuat laporan polis selepas seekor lagi kucing ditemui mati di kawasan kampusny...
Allah Bagi Pinjam 5 Minggu Suami Kongsi Video Najwa Latif Menangis Selepas Keguguran Anak Pertama

Allah Bagi Pinjam 5 Minggu Suami Kongsi Video Najwa Latif Menangis Selepas Keguguran Anak Pertama

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 221 hits
Penyanyi Najwa Latif baru baru ini berkongsi berita sedih memaklumkan dirinya mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah lima minggu Bagaimanapun penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku itu tetap bersyukur diberi kesempat...
Ini Peluang Untuk Jeon Somin Kembali Dengan Drama Pertama Selepas Keluar Running Man

Ini Peluang Untuk Jeon Somin Kembali Dengan Drama Pertama Selepas Keluar Running Man

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 201 hits
Pasti ramai yang menantikan projek baru dari Jeon So min selepas dia keluar Running Man kan Artikel Berkaitan Untuk pengetahuan Jeon So min akan kembali menemui peminat menerusi drama Sorry Not Sorry mengisahkan tentang seorang wanita yang ...
Che Ta Dan Anak Sulungnya Ammar Effendy Bakal Diisytiharkan Bankrap Oleh Mara 7 Tahun Sudah Berhutang

Che Ta Dan Anak Sulungnya Ammar Effendy Bakal Diisytiharkan Bankrap Oleh Mara 7 Tahun Sudah Berhutang

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 185 hits
Berita terbaharu dari dunia hiburan melibatkan pelakon terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang kini berdepan dengan proses pemfailan kebankrapan oleh Majlis Amanah Rakyat Tindakan ini datang setelah pelakon berusia 5...
Remaja Merokok Berisiko Alami Kerusakan Jantung Sebelum Usia 25 Tahun

Remaja Merokok Berisiko Alami Kerusakan Jantung Sebelum Usia 25 Tahun

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 171 hits
Tidak Ada Tiket Percuma Untuk Terus Merokok Dengan Harapan Akan Berhenti Nanti Beberapa Perubahan Mungkin Tidak Dapat Dipulihkan Kata Pakar Hasil kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok sejak kecil dan terus melakukannya lebih cenderun...
Rakyat Malaysia Makin Minat Mempelajari Ai Generatif Pada Tahun 2024

Rakyat Malaysia Makin Minat Mempelajari Ai Generatif Pada Tahun 2024

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 175 hits
Coursera salah satu platform pembelajaran dalam talian terbesar di dunia melaporkan kenaikan luar biasa dalam minat rakyat Malaysia terhadap kursus AI generatif pada tahun 2024 Dengan lebih 862 000 pengguna berdaftar Malaysia menyaksikan ke...
Tak Sampai Dua Tahun Pemimpin Pas Ini Dah Buat 3 Fitnah Besar

Tak Sampai Dua Tahun Pemimpin Pas Ini Dah Buat 3 Fitnah Besar

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 164 hits
HarapandailyLIYANA MARZUKIMaaf kuasa tiga Kes 1 9 Februari 2023 Dia fitnah PM Malaysia promosi agenda LGBT dan Komunis Lepas kena gertak dengan LOD dia minta maaf kes tak diteruskan Kes 2 2 Disember 2024Dia fitnah Menteri Besar Perak zalim ...
Empat Tahun Kenal Hati Budi Pasya Mentor Sah Bergelar Suami Ahli Perniagaan

Empat Tahun Kenal Hati Budi Pasya Mentor Sah Bergelar Suami Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 175 hits
EMPAT tahun mengenal hati budi penyanyi Pasya Mentor selamat bergelar suami kepada ahli perniagaan Aidil Syazwani Sardon dengan sekali lafaz pada malam Khamis Majlis pernikahan pasangan tersebut diadakan di The Urban Heritage Ballroom Kuala...
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan