Silibus Tahun 1 Terlalu Tinggi
Selama Pdpr ni mesti ada ibu bapa yang sedar betapa mencabarnya nak ajar dan memandaikan anak-anak ketika kelas di rumah samada online @ offline kan?
Itulah yang cikgu kena tempuh, nak memandaikan anak-anak orang yang seramai 30-40 orang dalam kelas tu bukan kerja mudah di samping kerja-kerja perkeranian pengisian data yang pelbagai.
Dan yang pastinya mesti kita semua dah perasan yang ada sesetengah tahap silibus dalam pelajaran tu terlalu tinggi/susah untuk diajar.
Kebetulan tahun ni anak saya berada di tahun 1, bila tengok semua buku teks BM, PJ, Mate, English tahun 1..aduhh, jauh dah berubah ye (saya bukan guru yang ada pengalaman mengajar subjek yang disebut ini).
Memang terkejut bila lihat silibus dan sukatan untuk murid tahun 1 ada yang sangat tinggi.
Tahun 1 saja sudah ada belajar bab ayat tersurat, tersirat, menaakul, membuat ayat seperti ayat murid tahap 2.
Teringat masa saya kecil dulu tahun 1 ni biasa fokus menulis dan membaca, menyambung titik2 saja dan kini jauh beza sudah tahapnya.
Buku teks tahun 1. Sumber gambar diambil dari fb. Ada rakan yang upkan isu ini sebenarnya jadi saya nak cerita sikit pasal isu ni 😁
Tajuk-tajuk dalam m/p Matematik tahun 1. Banyak tajuk dan di bawah sesuatu tajuk itu ada banyak pecahannya. Dalam English
Nak bantu anak siapkan latihan dalam BM, Mate, PJ kadang kala membuatkan saya sendiri kena google dulu untuk bagi contoh jawapan yang sesuai pada anak.
Sepatutnya tahun 1 ni beri penekanan kepada asas membaca, memahami dan menulis sehingga betul- betul mantap.
Ini kerana kebanyakan murid tahun 1, aras kefahaman tak sama, membaca pun masih ramai kurang lancar, apatah lagi memahami maksud ayat secara mendalam.
Apabila membaca pun tak lancar, kefahaman pastilah jadi sukar. Jadi, macamana nak selesaikan latihan dalam buku mengikut sukatan dengan baik?
Kadang kala buat pdpr di luar rumah, cari kelainan
Ini adalah ulasan dari perspektif saya sebagai parents sahaja.
Selalu terbaca dan terdengar luahan2 guru, silibus kita sekarang terlalu banyak dan agak tinggi tahapnya untuk sesetengah murid.
Harapan saya, tahap kesukaran sesuatu tajuk untuk murid tahap 1 dapat dikurangkan dengan fokus perkara yang 'back to basic' sahaja untuk mahirkan pengetahuan asas.
Jadual kelas tahun 1 zaman lamaaa dulu, tahun tidak dinyatakan mungkin 60an/70an. Sumber fb
Walaubagaimanapun sebagai guru, kita buat yang terbaik dalam tugas yang diberi..😀
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2021/12/silibus-tahun-1-terlalu-tinggi.html