Silapnya Usia Anak 6 11 Tahun Cepat Sangat Kita Menilai Mereka Tak Pandai


Apabila kanak-kanak didedahkan kepada penilaian akademik terlalu awal dalam hidup, maka tekanan ke atas mereka untuk memenuhi harapan orang dewasa juga bermula terlalu awal dalam hidup mereka.
Jika anda mempunyai anak yang akan menamatkan zaman tadika ataupun yang baru selesai tahun 1, janganlah terlalu cepat menilai anak sebagai ‘tak pandai’ hanya berdasarkan penilaian yang dibuat pada tahap itu. Perjalanan anak-anak usia itu baru sahaja bermula.
Usia 6-11 TAHUN adalah usia mencari keupayaan dan kelebihan diri. Ibu bapa dan guru-guru di sekolah memainkan peranan yang sangat penting sepanjang 5 tahun itu untuk membantu memantapkan keupayaan dan kelebihan yang dikenalpasti dalam diri anak.
Pendapat ibu bapa, guru dan rakan-rakan menjadi ‘SUARA HATI’ anak-anak usia ini. Mereka membina konsep diri dari kata-kata yang mereka dengar tentang diri mereka.

Seandainya pada usia seawal 6-7 tahun lagi tindakan dan perkataan yang diucapkan oleh ibu bapa memberi isyarat kepada anak bahawa anak tidak ada harapan, anak tidak pandai seperti orang lain, anak tidak mencapai piawaian yang sepatutnya dan anak tidak memenuhi jangkaan, maka bayangkan dari peringkat awal lagi anak sudah tidak yakin dengan kebolehan dirinya sendiri dan merasa inferior.
‘Sense of competence’ atau rasa berupaya hanya terbina dalam diri anak-anak usia ini apabila mereka berjaya membentuk kecekapan ketika BERMAIN (pada usia awal) dan kecekapan MENYELESAIKAN TUGASAN sekolah pada usia seterusnya. Semua ini adalah PROSES YANG BERTERUSAN dan tidak boleh dinilai hanya pada satu tahap yang tertentu sahaja.
Anak-anak yang sentiasa diberi KATA-KATA PERANGSANG dan galakan akan tumbuh sebagai seorang insan yang yakin dengan kebolehan dirinya sendiri dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.
Manakala anak yang tidak dirai dan tidak mendapat sokongan ibu bapa dan guru akan tumbuh sebagai seorang individu yang sentiasa meragui keupayaan dan kebolehannya sepanjang proses mengenali diri pada usia tersebut.
Bayangkan anak yang merasakan diri ‘tidak berupaya’, ‘tidak pandai’, ‘tidak sempurna’ ini akan melangkah kaki ke USIA REMAJA dengan menganggap dirinya sebagai seorang ‘LOSER’.
Konsep diri yang sebegini selalunya akan membawa padah ke atas diri anak itu, keluarga dan juga masyarakat secara umumnya kerana mereka akan ‘rebel’ dengan sangkaan bahawa diri tidak bernilai.
PERANAN IBU BAPA DAN GURU
Berikanlah galakan dan sokongan kepada anak-anak usia 6-11 tahun ini. Mereka masih dalam proses MENGENALPASTI KEUPAYAAN DAN MEMBINA KOMPETENSI. Melalui interaksi sosial bersama rakan-rakan dan guru di sekolah mereka sedang membina rasa bangga dengan keupayaan dan pencapaian diri yang akan mendorong mereka untuk terus berusaha.

HARGAI SETIAP USAHA
Anak usia ini walaupun usaha itu kecil kerana usaha kecil inilah yang akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar. Kritikan, kutukan, cemuhan dan merendah-rendahkan diri dan keupayaan mereka tidak akan menggalakkan mereka untuk terus berusaha.
Janganlah meletakkan kejayaan akademik pada usia awal sebagai syarat untuk anak mendapat perhatian dan kasih sayang anda.
Janganlah dijauhkan diri anak yang dirasakan ‘tidak berjaya’ pada usia 6-11 tahun ini dengan menghantar ke mana-mana institusi supaya dia memperbaiki diri. Tindakan sebegini hanyalah dilihat oleh anak sebagai satu HUKUMAN ke atasnya kerana anak usia ini masih memerlukan perapatan, belaian, sokongan dan bimbingan secara langsung dan berterusan daripada ibu bapa yang berada di sisinya.
Kredit: Puan Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Silapnya, Usia Anak 6-11 Tahun, Cepat Sangat Kita Menilai Mereka ‘Tak Pandai’! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/silapnya-usia-anak-6-11-tahun-cepat-sangat-kita-menilai-mereka-tak-pandai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Anak Pada Usia 33 Tahun

12 Anak Pada Usia 33 Tahun

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 187 hits
12 anak pada usia 33 tahun Pada usia 33 tahun seorang wanita di bandar Arkansas Amerika Syarikat sudah bergelar ibu kepada 12 anak Kisah Britni Chuch mendapat perhatian selepas berkongsi kehidupannya di TikTok hingga menerima pertanyaan bag...
Dalam Setahun Anak Usia 6 Bulan 7 Tahun Asyik Tak Sihat Normal Ini Sebabnya

Dalam Setahun Anak Usia 6 Bulan 7 Tahun Asyik Tak Sihat Normal Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 253 hits
Anak mudah terkena demam batuk selesema Setiap bulan asyik sakit Sabar Jika sudah bawa berjumpa dengan doktor pakar kanak kanak sudah diberi pemeriksaan yang betul dan tiada masalah InshaAllah tiada apa apa Kanak kanak berusia 6 bulan ke 6 ...
Anak Dah Pandai Melompat Kayuh Basikal Ini Perkembangan Si Kecil 1 Hingga 5 Tahun

Anak Dah Pandai Melompat Kayuh Basikal Ini Perkembangan Si Kecil 1 Hingga 5 Tahun

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 202 hits
Tanggungjawab ibu bapa semakin besar seiringan dengan peningkatan usia anak Ini apa yang perlu anda fahami berkaitan perkembangan dan pendidikan awal kanak kanak Perkembangan fizikal kanak kanak Istilah kanak kanak kecil atau toddler biasan...
Bukan Saja Saja Anak Usia 2 Tahun Suka Pukul Baling Barang Ada Sebabnya

Bukan Saja Saja Anak Usia 2 Tahun Suka Pukul Baling Barang Ada Sebabnya

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 211 hits
Kenapa anak saya umur 2 tahun suka pukul ya Nakal betul Selalu pukul orang kawan kawan Beginilah Sebenarnya Anak bawah umur 2 tahun bukan suka pukul tetapi kemahiran mengawal mata dan tangan masih berkembang Masih lemah Mereka masih tak tah...
Gelar Vaksinasi Massal Binda Gorontalo Sasar 14 000 Anak Usia 6 11 Tahun

Gelar Vaksinasi Massal Binda Gorontalo Sasar 14 000 Anak Usia 6 11 Tahun

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 180 hits
Pada akhir Bulan Januari 2022 Binda Gorontalo Bersama Pemda Boalemo menargetkan 100 persen capaian vaksinasi untuk anak usia 6 11 Tahun di Kabupaten Boalemo
Cikgu Dikec4m Kahwin Dgn Anak Murid Sekolah Cikgu Akhrnya Buka Kisah Sbenar Rupanya Ini Beza Umur Mereka

Cikgu Dikec4m Kahwin Dgn Anak Murid Sekolah Cikgu Akhrnya Buka Kisah Sbenar Rupanya Ini Beza Umur Mereka

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 249 hits
Sebelum ini tuIar di TlkT0k mengenai seorang guru wanita berkahwin dengan bekas pelajarnya Walaupun jarak umur berbeza 11 tahun namun ia bukan menjadi penghaIang untuk pasangan merpati dua sejoli ini
Alhamdulillah Allah Bagi Saya Cepat Hafal 13 Kali Kh4tam Al Quran Ameera Khan Nak H4fal Surah Dal4m Tahun 2022

Alhamdulillah Allah Bagi Saya Cepat Hafal 13 Kali Kh4tam Al Quran Ameera Khan Nak H4fal Surah Dal4m Tahun 2022

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 378 hits
Personaliti media sosial yang juga adik kepada Noor Neelofa Ameera Khan meluahkan rasa gembira dan bangga apabila dirinya berjaya mengkhatam Al quran sebanyak tiga kali pada tahun ini
Cantik Sangat Suka Tengok Izara Sekarang Video Izara Aishah Dan Anak Perempuan Dipuji Warga Tiktok

Cantik Sangat Suka Tengok Izara Sekarang Video Izara Aishah Dan Anak Perempuan Dipuji Warga Tiktok

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 243 hits
Kebelakangan ini ramai selebriti wanita sudah berhijrah begitu juga dengan selebriti pujaan hati yang memiliki wajah yang cantik dan lakonan juga memuk4u iaitu Izara Aisha Izara antara selebriti yang telah lama berhijab Perubahanan izara it...
Satgas Covid 19 Targetkan Vaksinasi 553 Ribu Anak 6 11 Tahun Di Kabupaten Bogor

Satgas Covid 19 Targetkan Vaksinasi 553 Ribu Anak 6 11 Tahun Di Kabupaten Bogor

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 203 hits
Kabupaten Bogor akhirnya bisa melaksanakan vaksinasi anak usia 6 11 tahun setelah vaksin dosis satu untuk lansia mencapai 60 persen
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik