Sikap Saling Hormat Tonggak Identiti Malaysia


harakahdaily.com
Gong Xi Fa Chai
January 28, 2025

KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh rakyat Malaysia berketurunan Cina dengan harapan sambutan tahun ini akan membawa kegembiraan, keberkatan dan kesejahteraan kepada semua.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perayaan itu bukan sahaja peluang bermakna untuk berkumpul bersama keluarga dan memperkukuh hubungan persaudaraan, tetapi simbol keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

“Sebagai suatu kelaziman, sambutan Tahun Baharu Cina juga dapat mengimbau peristiwa serta sejarah, terutama yang berlaku sepanjang tahun lepas.

“Dari sudut lebih luas, perayaan ini dan perayaan tahunan masyarakat lain di negara ini turut menjadi lambang keharmonian dan kerukunan rakyat yang hidup dalam realiti kepelbagaian budaya, anutan dan latar belakang kepercayaan.

“Sebagai negara yang rencam sifatnya, sudah semestilah sikap saling menghormati, menghargai dan memahami kekal sebagai keperluan asasi bagi memastikan kehidupan bersama menjadi munasabah, produktif dan bermanfaat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, kehidupan bersama rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama telah membentuk jati diri kebangsaan yang unik dan menjadi aset eksklusif negara.

“Lebih daripada itu, ia seharusnya menjadi identiti teras dan aset eksklusif rakyat Malaysia setelah melalui kehidupan bersama sejak sekian lama.

“Malah bagi kebanyakan rakyat kita, kehidupan itu adalah satu-satunya realiti yang dilalui dari zaman kanak-kanak lagi dan seharusnya turut menjadi satu-satunya jati diri yang dikenali dan dihayati sebagai ciri khas kebangsaan Malaysia.

“Dengan kata lain, sikap saling menghormati dan saling memahami bukanlah sekadar nilai atau idealisme yang dirujuk pada masa-masa tertentu, tetapi merupakan cara hidup dan cara berfikir Malaysia yang menjadi amalan pada setiap masa,” katanya.

Beliau menyeru agar dialog berterusan dijadikan pendekatan utama dalam mengatasi salah faham serta ketegangan yang timbul di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang agama dan kepercayaan.

“Atas kesedaran dan harapan itu, PAS mengalu-alukan dialog yang berterusan bagi mengatasi salah faham atau kecenderungan dan tindak-tanduk yang kelihatan gagal menjunjung tonggak teras masyarakat Malaysia itu.

“(Yakni) dalam konteks hubungan antara rakyat yang berlainan anutan dan kepercayaan, sekali gus mendedahkan semua kepada konflik dan ketegangan yang tidak perlu mahupun produktif,” katanya.

Beliau berkata, beberapa isu melibatkan ajaran serta hukum-hakam Islam, termasuk sensitiviti terhadap keperluan diet umat Islam dapat dielakkan sekiranya setiap pihak menghormati dan memahami batas-batas yang wujud dalam masyarakat.

“Sikap mengambil mudah, sewenang-wenang, apatah lagi meremehkan kepentingan serta sudut pandang sah orang lain adalah berlawanan sama sekali dengan identiti saling menghormati Malaysia dan tidak boleh dipertahankan.

“Ia seharusnya dihentikan dengan tegas dan segera kerana kegagalan berbuat demikian baik atas kepentingan politik, perniagaan, oportunisme atau pertimbangan lain hanya akan mengundang respons yang sama buruknya daripada kelompok yang terkesan,” katanya.

Justeru, beliau menyeru semua pihak untuk memperbaharui komitmen terhadap identiti teras Malaysia yang selama ini menjadi asas kepada keharmonian dan kemajuan negara.

“Atas semangat Tahun Baharu dan permulaan baharu, sewajarnya semua pihak memurnikan komitmen bersama pada identiti teras Malaysia yang selama ini telah berjaya membawa kita ke titik kemajuan serta keharmonian hidup yang boleh dibanggakan, selain menjadi simbol keberhasilan wawasan kebangsaan negara.

“Gong Xi Fa Chai. Semoga tahun ini akan membawa kemakmuran, kesihatan dan kebahagiaan kepada semua,” katanya. 
– HARAKAHDAILY 28/1/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/sikap-saling-hormat-tonggak-identiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Best Wifi In Malaysia Unifi Leads The Way

5 Best Wifi In Malaysia Unifi Leads The Way

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 296 hits
In a world where seamless connectivity is no longer a luxury but a necessity finding the best WiFi in Malaysia can feel overwhelming If you re in Malaysia and on the hunt for a reliable high speed internet solution let us introduce you to U...
Pmx Sedang Melakar Malaysia Di Peta Dunia Yang Disokong

Pmx Sedang Melakar Malaysia Di Peta Dunia Yang Disokong

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 123 hits
HarapandailyJanuary 20 2025Oleh TANAKA MUSTAFASeperti biasa PMX adalah pemidato yang hebat dan ada skill yang bagus selain ucapan beliau yang merupakan manifestasi kepada banyak membaca dan berinteraksi dengan dunia Dia punya skill English ...
Food Container Malaysia Durable And Eco Friendly Choices

Food Container Malaysia Durable And Eco Friendly Choices

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 133 hits
In a world where sustainability is becoming a priority finding the right storage solutions for your kitchen is more important than ever options now include durable and eco friendly choices that cater to both practicality and environmental c...
Do Your Maths It S The Cornerstone Of Malaysia S Progress

Do Your Maths It S The Cornerstone Of Malaysia S Progress

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 224 hits
From Jaziri Alkaf Abdillah SuffianMalaysia aims to become Asia s hub for technology and innovation Are we able to cope with the increasing demand for high skilled workers engineers scientists and other professions Maintaining sustainable gr...
Amerika Isytihar Keluar Tapi Kat Malaysia Masih Ramai Sibuduh Sibuduh Jadi Penyembah Siapa

Amerika Isytihar Keluar Tapi Kat Malaysia Masih Ramai Sibuduh Sibuduh Jadi Penyembah Siapa

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 214 hits
Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan SeduniaBernamaTrump berkata AS membayar sebanyak AS 500 juta kepada badan di bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu itu Foto ReutersWASHINGTON Presiden Donald Trump menandatangani perintah ek...
10 Artis Malaysia Dengan Jumlah Pendengar Terbanyak Di Spotify

10 Artis Malaysia Dengan Jumlah Pendengar Terbanyak Di Spotify

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 415 hits
T op 10 Malaysian artists with most monthly listeners on Spotify setakat Senarai lagu artis paling banyak dimainkan di SpotifyJangan Lupa Like Share Komen
Shein Coupon Code Cny Jan Dec Malaysia

Shein Coupon Code Cny Jan Dec Malaysia

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 249 hits
Shein Coupon Code Sempena Tahun Baru Cina Sepanjang Tahun Dari Januari Hingga Disember 2025 Sepanjang tahun 2025 Shein menawarkan lebih banyak promosi menarik dengan promo code eksklusif yang memastikan pengalaman membeli belah anda lebih m...
Misi Deligasi Malaysia

Misi Deligasi Malaysia

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 115 hits
Misi delegasi Malaysia di Belgium mencapai hasil membanggakan termasuk kesepakatan untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia Kesatuan Eropah Kesepakatan ini menggambarkan komitmen Malaysia untuk melonjakkan ker...
Intai Amp Rakam Tuan Rumah Dan Anak Perempuannya Lelaki Warga Malaysia Dipenjara Di Singapura

Intai Amp Rakam Tuan Rumah Dan Anak Perempuannya Lelaki Warga Malaysia Dipenjara Di Singapura

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 119 hits
Seorang lelaki warganegara Malaysia telah dijatuhkan hukuman penjara 19 bulan di Singapura selepas didapati bersalah atas tuduhan mengintai wanita Kes tersebut tular sebelum ini selepas dilaporkan oleh portal Mothership dan telah mendapat p...
Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Tiktok Brand Select Is Coming Ovios Launches Two Must Have Bean Bag Chairs At Up To 50 Off

Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

First Covid 19 Related Death Recorded For This Year

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut

Cave Cartography Mapping The Hidden Worlds Beneath Our Feet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Didik Anak Bijak Dan Soleh Solehah

Dalam Kepala Anak Ada Air

Program Stem Genius Discover Science Through Art Fun Cetus Keterujaan Minat Sains Dan Matematik Pelajar Sekolah

Editing Tools For Drawing

Drama Hilang Dalam Rindu

Misi Mengait Buah Avocado Berjaya