Sikap Rakyat Malaysia Tentukan Tempoh Pkp


Setakat ini lebih 97 peratus rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu. — Foto oleh Ahmad Zamzahuri
KUALA LUMPUR, 30 Mac — Tidak dinafikan tahap kepatuhan rakyat Malaysia kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah mencapai 97 peratus namun bukan peratusan itu yang dimahukan kerajaan untuk menjayakan usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Kerajaan mahukan pematuhan 100 peratus. Namun apabila melihat kepada jumlah 649 individu yang ditahan pada Sabtu di seluruh negara iaitu meningkat sekali ganda berbanding hari sebelumnya, ia menggambarkan masih ada kalangan rakyat yang ingkar dengan PKP dan memandang ringan ancaman maut Covid-19.

Ada antara mereka yang diperiksa dan ditahan ketika melepak di warung kopi, tempat-tempat awam dan lebih teruk melanggar sekatan jalan raya PKP yang dijalankan. Keluar membeli makanan adalah antara alasan yang diberikan. Tetapi perlukah sampai keluar empat kali membeli makanan? Apa sudah jadi?

Walaupun tempoh dua minggu pertama PKP akan berakhir esok (Selasa), masih ada dua minggu lagi untuk rakyat Malaysia memperbaiki ‘angka pematuhan’ perintah PKP dan bersama kerajaan memerangi wabak ini. Jadi teruskanlah bantu kerajaan dengan cara mendisiplinkan diri, “duduk di rumah” dan hanya keluar bila perlu sahaja.

Hari ini merupakan hari ke-13 penguatkuasaan PKP dan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan PKP peringkat kedua dijangka diumumkan hari ini (Isnin) dengan peraturan lebih tegas berbanding dilaksanakan ketika ini, dengan harapan PKP tidak perlu dilanjutkan lagi selepas 14 April, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Hari ini juga, kerajaan akan melakukan Operasi Nyah Cemar wabak Covid-19 di seluruh negara melibatkan lokasi titik panas iaitu Zon Merah dan Zon Jingga melibatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal di seluruh negara.

Selain PKP, usaha serius dan berterusan kerajaan melaksanakan proses nyah cemar sememangnya wajar dipuji dalam memutuskan rantaian wabak Covid-19 kerana sehingga petang semalam 150 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 2,470 dengan jumlah kematian sebanyak 35 kes.

Sebenarnya, beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) di beberapa negeri terlebih dahulu mengambil langkah proaktif melaksana proses nyah cemar dengan menumpukan di kawasan berisiko tinggi terhadap jangkitan wabak berkenaan.

Antaranya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah secara besar-besaran melakukannya di sekitar ibu kota bermula Sabtu, di sekitar kawasan Sri Petaling.

Selain itu hampir semua 15 PBT di Perak telah melaksana proses itu di kawasan masing-masing sejak awal minggu ini, dengan tumpuan antaranya pasar awam, taman atau padang rekreasi. Proses sanitasi juga dilakukan Majlis Perbandaran Klang sejak 23 Mac melibatkan 35 lokasi.

Tidak dilupakan juga semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika meninjau sebuah pasar raya di ibu kota, melahirkan rasa syukur dan lega kerana orang ramai semakin peka terhadap saranan kerajaan berhubung pematuhan jarakan sosial sepanjang tempoh PKP ini.

“Pagi tadi (semalam) saya sempat turun ke sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasar raya. Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan jarak sosial,” katanya dalam catatan di media sosial rasminya.

Apa yang menariknya, hantaran tersebut menerima komen positif daripada rakyat yang memuji Muhyiddin sebagai seorang pemimpin yang mengotakan apa dikatakan, iaitu hanya ketua keluarga dibenarkan keluar sekiranya perlu mendapatkan barang keperluan di rumah khususnya barangan makanan.

Mulai tengah malam tadi juga, kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor membabitkan tujuh kampung merangkumi 700 kediaman merupakan kawasan terbaharu dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh kerajaan. 
— Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/sikap-rakyat-malaysia-tentukan-tempoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bermula 1 April Rakyat Akan Menikmati Internet Percuma Selama Tempoh Pkp

Bermula 1 April Rakyat Akan Menikmati Internet Percuma Selama Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR 27 Mac Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa syarikat telekomunikasi akan menawarkan internet percuma kepada semua pelanggan mereka Perkara tersebut diumumkan oleh beliau semasa membentangkan Pakej Rangsan...
Tempoh 14 Hari Terakhir Pkp Bergantung Pada Disiplin Rakyat Tolonglah Bagi Kerjasama

Tempoh 14 Hari Terakhir Pkp Bergantung Pada Disiplin Rakyat Tolonglah Bagi Kerjasama

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 261 hits
Tempoh dua minggu terakhir Perintah Kawalan Pergerakan yang berakhir 14 April ini menjadi penentu sama ada usaha untuk memecahkan rangkaian jangkitan Covid 19 berjaya ataupun sebaliknya Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah...
Malaysia Gesa Wanita Pakai Make Up Tidak Meleter Suami Ketika Tempoh Pkp Jadi Bahan Berita Antarabangsa

Malaysia Gesa Wanita Pakai Make Up Tidak Meleter Suami Ketika Tempoh Pkp Jadi Bahan Berita Antarabangsa

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 377 hits
Kerajaan Malaysia menasihatkan golongan wanita memakai make up dan tidak meleter suami ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dituduh sebagai seksis Terdahulu kerajaan Malaysia telah mengarahkan 32 juta rakyatnya untuk duduk di rumah bag...
Saya Minta Tolong Untuk Tempoh Dua Minggu Ini Sahaja Perdana Menteri Rayu Rakyat Malaysia Kekal Dirumah

Saya Minta Tolong Untuk Tempoh Dua Minggu Ini Sahaja Perdana Menteri Rayu Rakyat Malaysia Kekal Dirumah

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 551 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Malaysia supaya berada di rumah masing masing selama tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Tegas beliau dengan cara itu rakyat akan terhindar daripada jangkitan COV...
Rakyat Malaysia Tolong Jangan Degil Masa Pkp

Rakyat Malaysia Tolong Jangan Degil Masa Pkp

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 684 hits
PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia mula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020 Mula mula kerah polis untuk jaga orang awam dari melepak dan bersepah sana sini Sejak 22 Mac tentera pulak dikerahkan untuk memastikan orang awam tak degil...
Tv Alhijrah Perbanyakkan Rancangan Baharu Sebagai Strategi Pujuk Rakyat Kekal Tenang Di Rumah Sepanjang Tempoh Pkp

Tv Alhijrah Perbanyakkan Rancangan Baharu Sebagai Strategi Pujuk Rakyat Kekal Tenang Di Rumah Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 537 hits
Rancangan Baharu Sepanjang Tempoh PKP Dari TV ALHijrah Permulaan suku pertama tahun 2020 memang memberi kejutan kepada kita semua bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia dengan serangan virus sekecil zarah bergelar Covid 19 Virus yan...
Pakej Prihatin Beri Rakyat Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang Tempoh Pkp

Pakej Prihatin Beri Rakyat Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 472 hits
Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dimana meilbatkan nilai RM250 untuk diagihkan kepada rakyat Dalam pakej itu juga terdapat inisiatif kerajaan untuk menggalakan rakya...
Covid 19 Rayuan Kepada Rakyat Malaysia Jangan Ulangi Kesilapan Rakyat Itali

Covid 19 Rayuan Kepada Rakyat Malaysia Jangan Ulangi Kesilapan Rakyat Itali

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 423 hits
Rakyat Itali sudah melalui 6 Fasa wabak Covid 19 Wabak Covid 19 di Malaysia kini berada pada Fasa 3 Hadamkan betul betul apa yang rakyat Itali telah lalui dan apa yang bakal rakyat Malaysia lalui jika situasi tidak berubah Itali adalah cont...
Punyalah Degil Rakyat Malaysia Sampai Ydp Agong Pun Turun Buat Roadblock

Punyalah Degil Rakyat Malaysia Sampai Ydp Agong Pun Turun Buat Roadblock

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 350 hits
Menerusi rakaman video dapat dilihat YDP Agong telah memandu sendiri kenderaan untuk meninjau beberapa lokasi termasuk sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis small Cover image via Instagram istana negara Instagram astroradionews smal...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine