Sijil Vaksin Mysejahtera Eu Kini Perakui
Sijil vaksin digital Malaysia dalam aplikasi MySejahtera kini diperakui oleh Kesatuan Eropah (EU) menerusi Pensijilan Digital Covid EU.
Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) di Malaysia Michalis Rokas mengumumkan perkara itu – yang berkuat kuasa serta-merta – di Twitter hari ini.
“Berita baik, EU menerima permintaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi unuk mewujudkan kesetaraan antara Sijil Digital Covid EU dan MySejahtera Malaysia. Sau penggalak untuk perniagaan dan pelancongan,” katanya.
Menurut dokumen di laman web EU, sijil ujian dan vaksinasi Malaysia di bawah “Sistem Pengurusan Vaksin” adalah selari dengan EU trust framework.
“Pada 10 Mac 2022, susulan permintaan daripada Malaysia, Suruhanjaya menjalankan ujian teknikal yang menunjukkan sijil ujian dan vaksinasi Covid-19 yang dikeluarkan Malaysia adalah sejajar dengan ‘Sistem Pengurusan Vaksin’ yang boleh beroperasi (interoperable) dengan trust framework oleh Peraturan (EU) 2021/953, dan membolehkan pengesahan ketulenan dan integriti sijil itu.
“Suruhanjaya juga mengesahkan sijil ujian dan vaksinasi Covid-19 yang dikeluarkan Malaysia sejajar dengan ‘Sistem Pengurusan Vaksin’,” katanya.
Sementara keputusan itu memperakui sijil vaksin, tidak jelas jika EU juga telah mengiktiraf semua vaksin yang diberikan di Malaysia, termasuk Sinovac.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan dua warga Malaysia dinafikan daripada memasuki Jerman, yang didakwa berkaitan vaksinasi Sinovac mereka. Mereka menerima dua dos vaksin Sinovac dan satu dos penggalak Pfizer-BioNTech.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kemudian berkata dia akan mendapatkan penjelasan daripada Michalis.
Agensi Perubatan Eropah (EMA) hanya memperakui Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Novavax. Sinovac pula masih dalam penilaian agensi itu sejak 4 Mei 2021.
Namun, delegasi EU di Malaysia sebelum ini memberi jaminan bahawa pengembara yang menerima vaksin yang termasuk dalam senarai penggunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), walaupun belum diperakui di EU, akan dibenarkan masuk. Sinovac termasuk dalam senarai tersebut.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Kadar tol 4 lebuh raya tak naik – Ismail
Siapa dalam Umno mahu kerjasama dengan Bersatu – soal Zahid
Resepi Apam Cornetto Menyelerakan
Resepi Talapia Masak Pedas Thai, menu untuk berbuka puasa
Pesawat Airbus A380 Berjaya Lengkapkan Penerbangan Percubaan Guna Minyak Masak
Demi mahu jadi PM semula, Muhyiddin tebalkan muka jumpa Mahathir
Jumpa kad ATM, berbelanja sakan
Firdaus Wong pula buat laporan polis terhadap Loh
Muhyiddin terdesak, mahu jadi PM lagi untuk kepentingan peribadi
Melampau jantan berselawat pakai baju tidur wanita
Chef Selebriti Khairul Aming Sudah Pulih Dari COVID-19, Kembali Kongsi Resepi Sempena Ramadan
Bidan Maut Selepas Tertelan Gigi Palsu Ketika Makan Mi Sup Juadah Terakhirnya..
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS
Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)
Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur
The post Sijil vaksin MySejahtera, EU kini perakui appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/04/sijil-vaksin-mysejahtera-eu-kini-perakui/