Sifat Sifat Diamalkan Isteri Untuk Menambah Rezeki Kepada Suami


Ramai yang tidak tahu bahawa sifat isteri sangat berperanan penting dalam membuatkan seseorang suami bertambah rezekinya. Mungkin rezeki itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat melalui kesihatan yang baik, kehadiran cahaya mata, rumahtangga yang bahagia dan sebagainya.
Kredit Foto : Google
Jadi, bagaimana sifat isteri yang menjadi penambah rezeki kepada suami itu?

Sifat Yang Perlu Diamalkan Isteri Agar Menjadi Penambah Rezeki Kepada Suami.


1. Baik Agamanya
Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung.
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Setiap pemuda yang mahu berkahwin sering diingatkan dengan hadis ini, nikahilah wanita yang beragama. Ini kerana wanita yang tahu akan agama pasti jelas akan apa yang perlu dilakukan dan apa perkara yang wajib dijauhi.
Sangat beruntung sesiapa yang menikahi wanita yang beragama dan mengamalkan agamanya. Dengan solehahnya para isteri, pasti akan bertambahnya rezeki kepada para suami.

2. Sentiasa Tawakal Kepada Allah
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah at-Thalaq:3)
Allah akan mencukup dan menambahkan rezeki kepada sesiapa sahaja dari golongan hambanya yang bertawakal. Oleh itu, sekiranya seorang isteri bertawakal kepada Allah S.W.T walaupun dia hanya seorang suri rumah, rezeki untuknya tetap ada iaitu melalui suaminya.

3. Sentiasa Bersyukur
Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.
(Surah Ibrahim:7)
Isteri yang sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Allah S.W.T adalah pengundang rezeki tambahan kepada suami dan keluarganya. Isteri yang bersyukur adalah sentiasa berasa cukup dengan apa yang diterimanya.
Bahkan sentiasa berterima kasih dengan apa yang diperoleh. Apabila mendapat hadiah dari suaminya dia mengucapkan terima kasih. Apabila suaminya membawa pulang barangan dapur dia bersyukur bahkan kebaikan suaminya juga membuatkan dia sentiasa berterima kasih kepada Allah S.W.T.

4. Taat Akan Suaminya
Wajib kepada seorang isteri untuk mentaati suaminya kerana syurga bagi setiap isteri adalah pada suaminya.
Isteri yang taat juga mendorong bertambhanya rezeki kepada suami dan keluarganya kerana rumahtangga yang aman dan damai menjadikan setiap proses hidup berjalan lancar dan bahagia.

5. Takutkan Allah Dan Bertaqwa
Janji Allah, sesiapa saja yang hamba-Nya bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari-Nya. Bahkan akan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka.
Firman Allah S.W.T
Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
(Surah at-Thalaq:2-3)

6. Mendoakan Suaminya
Isteri yang baik dan solehah pasti akan mendoakan suaminya. Dan berkat doa itulah yang membantu menambahkan rezeki suaminya.
Begitulah rezeki yang merupakan pemberian dari Allah S.W.T, lalu berdoa dan berharaplah hanya pada-Nya. Doakan suami agar sentiasa dimurahkan rezeki dan yakinlah doa dari seorang isteri solehah untuk suaminya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan".
(Surah Ghafir:60)

7. Gemar Bersedekah
Sedekah adalah perbuatan yang akan menambah rezeki oleh Allah S.W.T. Sebagaimana disebutkan dalam surah al-Baqarah, akan dilipatgandakan Allah sebanyak 700 kali ganda.
Bahkan hingga banyaknya yang dikehendaki Allah S.W.T. Jadi isteri yang gemar bersedekah akan bertambahlah rezeki kepada suaminya pula.
Alangkah lebih indah jika wang yang diberikan oleh suaminya itu pula disedekahkan. Pasti setiap pekerjaan suaminya berjalan lancar dan turunnya rezeki yang bertambah-tambah.
8. Banyak Beristighfar
Istighfar adalah punca kepada datangnya rezeki. Tidak kiralah sesiapa saja, jika dia banyak beristigfar Allah akan menurunkan rezeki kepadanya.
Maka aku katakan kepada mereka, "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu".
(Surah Nuh:10-12)

9. Menjaga Silaturahim
Seorang isteri yang sentiasa menjaga silaturahim sam ada keluarganya, ataupun rakan-rakannya mahupun keluarga atau rakan suaminya, sangat membantu dalam membanyakkan rezeki suaminya. Ini kerana sesiapa yang memutuskan silaturahim sebenarnya telah menyekat rezeki Allah s.w.t.
Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturahim.
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

10. Melazimi Dhuha
Solat sunat Dhuha merupakan solat penambah rezeki. Sekiranya seorang isteri mendirikan solat ini setiap hari sudah pasti dapat menambah keberkatan rezeki untuk suaminya.
Allah S.W.T berfirman;
Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Oleh itu, setiap isteri mestilah menanam azam untuk menjadi pembantu suami yang paling setia, iaitu dengan menjadi isteri yang dapat menambah rezeki dan keberkatan rezeki itu.

Jangan pula menjadi isteri yang membebankan suami. Sesungguhnya keredhaan Allah juga terdapat dalam keredhaan suami.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sekejung.com/2022/01/sifat-sifat-diamalkan-isteri-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Rezeki Sempit Sebab Suami Suka Menipu Isteri

Punca Rezeki Sempit Sebab Suami Suka Menipu Isteri

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 166 hits
Hubungan suami isteri adakala nya sifat hati dan fitrahnya berbolak balik selepas beberapa tahun bersama Mungkin dahulu kita dilayan secara lemah lembut tetapi sekarang pertanyaan kita dijawab secara acuh tidak acuh sahaja Terlalu menjaga d...
Isteri Minta Dibunuh Akhirnya Saya Bunuh Dia Suami Tikam Isteri Sebanyak 14 Kali Kerana Berang Disuruh Mencari Kerja

Isteri Minta Dibunuh Akhirnya Saya Bunuh Dia Suami Tikam Isteri Sebanyak 14 Kali Kerana Berang Disuruh Mencari Kerja

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 263 hits
The ReporterSeorang lelaki tergamak menghabiskan nyawa isterinya kerana berang disuruh mencari pekerjaan Suspek Khanifah Andre membunuh mangsa Indah Safitri di rumah sewa mereka di Jawa Tengah pada Sabtu 15 Januari 2022 Dalam keterangan awa...
Gara Gara Marah Isteri Muat Naik Gambar Suami Dengan Seorang Wanita Lain Di Fb

Gara Gara Marah Isteri Muat Naik Gambar Suami Dengan Seorang Wanita Lain Di Fb

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 262 hits
JAKARTA Seorang wanita di Indonesia bertindak nekad dengan memuat naik gambar suaminya bersama seorang wanita lain yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki itu lapor portal Wolipop semalam Berdasarkan hantaran di Facebook wa...
Video Walaupun Sudah Berusia 90 Tahun Suami Nervous Telefon Diperiksa Oleh Isteri

Video Walaupun Sudah Berusia 90 Tahun Suami Nervous Telefon Diperiksa Oleh Isteri

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 201 hits
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti tiada r4hsia antara mereka malah kata laluan di telefon bimbit turut dikongsikan antara satu sama lain Namun jika pasangan mereka sering menyorokkan telefon bimbit ianya akan mengunda...
9 Sikap Isteri Yang Boleh Menyebabkan Suami Merajuk

9 Sikap Isteri Yang Boleh Menyebabkan Suami Merajuk

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 308 hits
9 Sikap Isteri Yang Boleh Menyebabkan Suami Merajuk Merajuk sinonim dengan wanita Tapi jangan tak tau Lelaki juga ada jenis kuat merajuk ni Terutama lelaki dalam kalangan anak mak Perempuan kalau merajuk tu biasa la kan Tapi mudah dipujuk A...
Isteri Bukan Punching Bag Suami Baran

Isteri Bukan Punching Bag Suami Baran

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 308 hits
PETALING JAYA Kisah pergaduhan dalam rumah tangga bukanlah isu yang asing di dalam Mahkamah Syariah sehinggakan banyak kes fasakh di Mahkamah Syariah dengan alasan yang popular adalah isteri dipukul oleh suaminya Berdasarkan perkongsian ken...
Doakan Baby Athia Sihat Suami Isteri Baru Tahu Mereka Pembawa Talasemia

Doakan Baby Athia Sihat Suami Isteri Baru Tahu Mereka Pembawa Talasemia

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 293 hits
Kami anggap ni sebagai ujian untuk kami Doakan anak kami sihat Itu doa yang diminta oleh seorang ibu dikenali sebaga Anis Nur Elyani selepas dia dan suami disahkan sebagai pembawa Talasemia Sebagai ibu hanya doa yang tak putus dan memohon p...
Bukan Isteri Saja Rupanya Suami Pun Boleh Buat Senaman Kegel Kuatkan Rahim Elak Angin Pasang

Bukan Isteri Saja Rupanya Suami Pun Boleh Buat Senaman Kegel Kuatkan Rahim Elak Angin Pasang

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 186 hits
Biasa kita dengar senaman Kegel hanya untuk kaum wanita sahaja Rupanya para suami boleh sama sama mengamalkan senaman ini kerana ia cukup baik untuk suami isteri Tak susah pun tengok relaks relaks bersantai depan rumah pun boleh bersenam ma...
Sayang Nak Buang Suami Isteri Transform Almari Lama Jadi Rumah Mewah Buat Si Bulus Bertukang Asal Boleh Je Tapi Kreatif

Sayang Nak Buang Suami Isteri Transform Almari Lama Jadi Rumah Mewah Buat Si Bulus Bertukang Asal Boleh Je Tapi Kreatif

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 823 hits
SIAPA sangka sebuah almari pakaian lama dijadikan sebagai sangkar kucing Kreativiti sepasang suami isteri membina tempat tidur dan bermain haiwan peliharaan mereka menjadi perhatian di media sosial Mereka mempunyai alasan tersendiri untuk t...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik