Sifat Dan Ciri Ciri Burung Merpati





Burung merpati merupakan burung yang paling dikenali di seluruh dunia. Merpati berbadan gempal dengan leher pendek dan halus, paruh langsing dengan pangkal paruh berisi. Mereka makan biji benih, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

Burung merpati termasuk jenis burung yang jinak dan akrab dengan manusia. Sebab itu, merpati dipelihara sebagai haiwan permainan atau kesayangan. Pun begitu, ada yang memelihara merpati untuk tujuan mendapat daging yang kaya dengan khasiat.

Merpati dijadikan lambang kesetiaan dalam hubungan, kerana burung itu cenderung tinggal bersama pasangannya sepanjang musim. Merpati mengamalkan monogami atau tidak bertukar pasangan.

Burung merpati cepat membiak. Kematangan seksual boleh dicapai dalam umur 5 – 6 bulan dan mereka boleh membiak sepanjang tahun. Selepas mengawan merpati jantan akan mula mencari tempat yang sesuai untuk membuat sarang.

Burung jantan akan mengambil tugas mengeram dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang, manakala yang betina akan mengambil masa yang selebihnya.

Penetasan telur akan berlaku biasanya 17 hingga 19 hari selepas bermulanya proses pengeraman. Anak-anak burung merpati mempunyai bulu berwarna kuning dan paruh berwarna pink dan masa tumbesaran mereka, dari mula menetas sehingga boleh terbang adalah 30 hari.

Merpati jantan dan betina tidak meninggalkan sarang untuk menangkap serangga untuk disuap kepada anak-anak mereka seperti burung-burung jenis lain, tetapi memberikan anak-anak mereka rembesan hasil kelenjar yang dipanggil susu merpati (pigeon milk).

Ia bukannya susu yang sebenarnya kerana tiada kandungan laktosa di dalamnya, namun begitu pengeluarannya adalah dirangsang oleh prolaktin, hormon yang sama yang merangsang pengeluaran susu dalam mamalia.

‘Susu’ ini kelihatan seperti keju, berwarna krim dan tinggi dalam kandungan protein nya, dan ia diberi kepada anak-anak mula dari penetasan sehingga berumur 10 hari, ia itu setelah mereka mula boleh makan bijirin.

Dalam masa waktu yang singkat iaitu 35 hari sepasang merpati sudah mampu menghasilkan keturunan seterusnya. Ini bererti dalam satu tahun sepasang merpati mampu menghasilkan keturunan 10 kali dan sekurang-kurangnya seekor boleh menghasilkan anak 2 ekor.

Pembiakan merpati bagi tujuan mengembangkan saiz, bentuk warna atau sifat dikatakan bermula lebih 3,000 tahun yang lalu. Dalam tempoh masa ini pembiakan dan kacuk biak merpati untuk menghasilkan baka-baka hiasan telah menjadi satu seni. Lebih 300 jenis baka merpati wujud pada hari ini.

Setiap satu jenis baka mempunyai ciri-ciri berbeza sehingga amat jauh ciri-cirinya berbanding yang lain. Ada jenis merpati yang mampu terbang secara terus menerus selama 20 jam. Kelajuannya boleh mencecah kira-kira 70 hingga 80 kilometer perjam. Ada jenis merpati yang mampu terbang sejauh 1500 kilometer untuk satu-satu penerbangan.

Jangka hayat burung merpati berbeza, ada yang boleh hidup dari 3 – 5 tahun hingga ke 15 tahun.

Burung merpati adalah jenis yang mudah dibela oleh mana-mana peminat burung. Ianya tidak seperti burung jenis lain. Diet burung merpati juga mudah diperolehi di pasaran. Bagaimanapun burung jenis ini memerlukan tempat yang bersih untuk mengelak dijangkiti penyakit, naik puru di kaki dan mata ataupun kutu mudah membiak di badannya.

Diet atau makanan utama bagi burung-burung merpati adalah bijirin, tetapi ia boleh berbeza mengikut spesis. Ada juga spesis yang makan buahan dan juga serangga serta cacing, manakala merpati feral yang terdapat di kota mengambil bijirin dan juga bahan buangan manusia sebagai makanan.

Beberapa sumber karbohidrat dan lemak yang terbaik dapat diperoleh dari jagung dan beras. Manakala sumber protein terbaik dapat diperolehi dari kacang hijau dan kacang merah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2021/02/des.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Daging Burung Merpati

Khasiat Daging Burung Merpati

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 279 hits
Di Malaysia amalan makan daging burung merpati tidak terkenal berbanding burung puyuh Berbeza di negara seperti Perancis Amerika Itali Maghribi Mesir dan beberapa negara di Asia makan daging burung merpati dianggap satu amalan biasa Makan d...
Hessa Presint 7 Ciri Rumah Yang Aku Ingini

Hessa Presint 7 Ciri Rumah Yang Aku Ingini

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 275 hits
HESSA Presint 7 Ciri Rumah Yang Aku Ingini Ingat tak pesan mak ayah ketika kita membesar Belajar pandai pandai cari kerja elok elok beli rumah dan bina keluarga Bila dah bekerja mak pesan begini pula Long kalau beli rumah tu beli la yang bo...
Ulasan Samsung Galaxy S21 Ultra Prestasi Max Kamera Pro Ciri Dan Bateri Ultra

Ulasan Samsung Galaxy S21 Ultra Prestasi Max Kamera Pro Ciri Dan Bateri Ultra

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 252 hits
Trend semasa di kalangan pengeluar peranti ialah menggunakan nama Pro Max dan Ultra untuk memberitahu orang ramai peranti yang ditawarkan adalah edisi paling berkuasa Era hanya satu peranti dilancarkan dalam suku yang sama telah berakhir ke...
Luar Biasa Burung Ini Hasilkan Pelbagai Bunyi Curi Perhatian

Luar Biasa Burung Ini Hasilkan Pelbagai Bunyi Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 253 hits
Sebelum ini beberapa video burung yang bijak telah tular di sosial media Ramai yang mengakui ada sesetengah spesis burung memang bijak dan boleh dilatih untuk mengajuk manusia bercakap Menariknya ada yang boleh menyanyikan lagu memang hebat...
Sabah Cadang Wujud Kilang Proses Sarang Burung Walit

Sabah Cadang Wujud Kilang Proses Sarang Burung Walit

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 222 hits
Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan mahu menjadikan sarang burung walit Sabah jenama antarabangsa KOTA KINABALU Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan berkata kerajaan akan bekerjasama dengan sektor swasta berpengalaman dalam industri ...
Lamar Kekasih Ditaman Pakai Burung Kretif Sangat Ni Sweet Betul

Lamar Kekasih Ditaman Pakai Burung Kretif Sangat Ni Sweet Betul

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 212 hits
Setiap lelaki pasti ada caranya sendiri untuk melamar kekasih hati mereka agar ia menjadi detik yang paling indah dalam hidup merekaSebuah video yang tular di Twitter baru baru ini juga menunjukkan seorang lelaki melamar kepada teman wanita...
Kisah Burung Cantik Singgah Di Laman Pilih Stem Prinsip Akaun Tingkatan 4

Kisah Burung Cantik Singgah Di Laman Pilih Stem Prinsip Akaun Tingkatan 4

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 437 hits
assalamualaikum salam sejahtera saya tak tahu apa nama burung ni kerap ada di laman rumah saya menghisap madu kat pokok bunga beberapa kali da saya peratikan spesis ni kuning biru hijau pelbagai warna beberapa hari lepas sedang saya lepak d...
Jual Burung Dilindungi Asn Pemprov Riau Ditangkap Polisi

Jual Burung Dilindungi Asn Pemprov Riau Ditangkap Polisi

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 201 hits
Burung dengan dominan berwarna hijau dan bernama latin psittacula longicauda diketahui merupakan salah satu satwa dilindungi
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


66 Top 16 By Danial Puntaek66 Run 28 25

Tadabbur Surah Al Fatihah

Kelebihan Fb Page Untuk Bisnes

Kecemerlangan Anak Anak

Pas Youth Told To Stop Misleading Statements On Harith Iskander

Motorcyclist Dies After Crashing Into Pothole In Kota Kinabalu