Sifat Agamawan Apakah Yang Baik Untuk Malaysia


 
Dalam artikel ini saya mengambil teladan sebagai seorang Muslim dan rakyat biasa yang boleh menegur dengan beradab sesiapa yang menjadi pemimpin Islam di Malaysia ini. Meneladan seorang Muslim menegur Khalifah Umar al-Khattab di masjid, saya juga ingin membuat teguran dan memberi serba sedikit nasihat kepada agamawan-agamawan yang saya anggap terkeluar dari skop kerja sebagai pegawai tertinggi agama dalam sesuatu negeri.
Saya banyak menulis bahawa saya ingin sangat seorang agamawan yang bukan sahaja ahli dalam hal ehwal Islam tetapi juga menyumbang kepada perpaduan serta memimpin negarawan dengan nasihat serta cadangan yang dilandasi oleh fakta serta bahasa yang beradab. Ini harapan saya kerana terlalu banyak kita semua berhadapan dengan isu agama dan kepercayaan yang didukungi oleh pempengaruh media sosial yang kebanyakannya dangkal ilmu dan tak reti bahasa bertamadun, serta juga oportunis politik dan tentera siber yang dibayar khusus untuk mengelirukan kita bagi memburukkan kerajaan sekarang.
Dalam dua isu baru-baru ini, seorang agamawan beri pandangan dengan lantang dan berkobar-kobar dari pentas agama. Bagi saya, seorang akademik, saya meneliti teguran-teguran agamawan ini dan berpendapat terdapat kesalahan yang tidak boleh dimaafkan sama ada dari segi undang-undang, keilmuan dan juga adab Islam, dan tidak sepatutnya dari seorang yang berpangkat tinggi dan mempunyai pengiktirafan ilmu pun yang tertinggi.
Dalam kejadian penjual belon dan perpindahan kuil Hindu, agamawan tersebut tidak mempunyai cerita keseluruhan. Saya sendiri mencari-cari dan membaca berita-berita di media serta juga mendengar pelbagai versi dari YouTube. Saya masih kabur tentang apa yang berlaku.
Perbuatan agamawan tersebut menghukum satu belah pihak adalah tidak berpatutan dan melanggar tatasusila hubungan antara kaum serta tanggungjawab institusi penguatkuasa. Dalam dunia akademia dan kemasyarakatan, kita perlu merujuk kepada keseluruhan cerita sesuatu kejadian. Tanpa pembuka dan pengakhir cerita, kita tidak boleh menghukum sewenang-wenangnya.
Dalam kejadian penjual belon, kita tahu beberapa fakta seperti pergelutan, kecederaan si penjual yang disahkan doktor dan kesalahan penjual yang tidak berlesen. Itu saja. Dengan fakta-fakta ini kita tidak boleh membuat hukuman dan bukan tugas kita pun yang tidak hadir di situ serta tak tahu pun cara penguatkuasaan dibuat untuk kita membidas sebelah pihak.
Begitu juga perkataan seperti ‘membina kuil atas tanah secara haram’ adalah suatu yang menghiris perasaan kaum lain tanpa mengambil kira situasi sejarah dan hubungan baik penguatkuasa dengan pihak kuil sejak 10 tahun ke belakang.
Perbuatan yang dilihat boleh mengapi-apikan perasaan adalah suatu perkara yang tidak patut diluahkan oleh seorang penjawat tinggi seperti agamawan negeri. Kalau ahli politik berbuat demikian, itu satu hal lain. Kebanyakan orang dah tahu perangai buruk dan taktik murahan ahli politik.
Jangan ingat bahawa agamawan tidak boleh dibawa ke pengadilan dunia undang-undang atau dunia sosial dan juga di akhirat nanti. Dalam Islam, tiada unsur kepaderian dan tiada unsur seorang pemimpin sebagai maksum dan juga tiada sesiapa Muslim pun yang dibenarkan untuk menjadi taksub kepada seseorang pemimpin agama atau politik berteraskan agama.
Saya ingin mencadangkan tiga perkara penting bagi perlantikan agamawan negeri selepas ini. Pertama, seseorang agamawan perlu menghadiri kursus pembinaan negara bangsa yang perlu dibuat bagi memesrakan ilmu agama tradisional dan ilmu politik kemodenan. Saya dapati banyak agamawan tidak langsung faham tentang ‘nation building’ iaitu menghormati dan menyenangi kepelbagaian budaya, kepercayaan dan cara hidup komuniti Malaysia.
Cadangan kedua, calon-calon agamawan harus menghadiri peperiksaan bertulis untuk disoal tentang aspek agama dan konsep negara bangsa. Kita akan mengandaikan semua calon agamawan telah pun berkelayakan dengan ilmu agama tradisional tetapi mereka perlu menunjukkan kepetahan dan kepintaran berhubung aspek agama dan negara bangsa.
Setelah lulus ujian bertulis, cadangan ketiga adalah supaya calon-calon agamawan perlu menghadiri temuduga yang juri panel terdiri daripada professor sains sosial dan pentadbir negeri serta wakil persekutuan untuk mempastikan tindakan seperti memberi pandangan serta menghukum isu-isu antara masyarakat kita boleh dibuat dalam konteks yang lebih luas.
Akhir sekali, saya ingin tegakkan bahawa saya amat mengharapkan Malaysia dipimpin oleh agamawan-agamawan yang berilmu dan berwibawa dalam aspek sosial serta sains politik. Dalam dunia digital yang boleh membuat seseorang pempengaruh bodoh dan jahil meraih beratus ribu viewers dan mengeruhkan keadaan sosial kita, negara amat memerlukan cendekiawan dan pegawai agama untuk menjadi perantara di antara kita semua. Agamawan sepatutnya menjadi pendamai dan bukannya batu api yang menjurangkan kita semuanya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/sifat-agamawan-apakah-yang-baik-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bibik Rindu Anak Majikan Baik Hati Terbangkan Ke Malaysia

Bibik Rindu Anak Majikan Baik Hati Terbangkan Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 124 hits
Tak semua orang mampu tapi bila ada hati yang ikhlas namun segalanya jadi mungkin Seorang wanita Nadiah buat ramai netizen sebak bila dia sanggup rancang kejutan besar untuk pembantu rumahnya Mala dengan membawa dua anak dan ibu bibik dari ...
Fahaman Kominis Di Malaysia Kembali

Fahaman Kominis Di Malaysia Kembali

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 154 hits
MEREKA TIDAK LAGI BERGERAK DARI HUTANTETAPI BERGERAK DARI KOTA MELALUI PERTUBUHAN PERTUBUHANRAIS BUAT LAPORAN POLISBekas presiden Dewan Negara Rais Yatim membuat laporan polis terhadap sebuah pertubuhan bukan kerajaan penyatuan semula pro C...
Pertukaran Tarikh Perlawanan Akhir Piala Malaysia Beri Ruang Pemain Sri Pahang Fc Segera Cari Rentak

Pertukaran Tarikh Perlawanan Akhir Piala Malaysia Beri Ruang Pemain Sri Pahang Fc Segera Cari Rentak

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 141 hits
KUANTAN Penukaran tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia nyata memberi kelegaan buat kem Sri Pahang FC untuk memastikan pemain benar benar berada dalam keadaan bersedia untuk tampil aksi lebih berkualiti Perubahan sepak mula kepada 26 April...
Muhammad Abdul Nur And Siti Malaysia S Timeless Baby Name Favourites

Muhammad Abdul Nur And Siti Malaysia S Timeless Baby Name Favourites

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 100 hits
THE names Muhammad Abdul Nur and Siti continue to top Malaysia s baby name charts reflecting deep cultural roots and Islamic identity according to the National Registration Department JPN director general Badrul Hisham Alias said these name...
Tmj 7 Overseas Based Malaysia Born Players To Join Harimau Malaya

Tmj 7 Overseas Based Malaysia Born Players To Join Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 145 hits
Harimau Malaya are set to be strengthened by the inclusion of seven Malaysia born players based overseas Pic courtesy from HRH Crown Prince of Johor XKUALA LUMPUR Harimau Malaya are set to be strengthened by the inclusion of seven Malaysia ...
Semakin Ramai Pengguna Di Malaysia Tidak Lagi Bayar Dengan Wang Tunai Kajian

Semakin Ramai Pengguna Di Malaysia Tidak Lagi Bayar Dengan Wang Tunai Kajian

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 98 hits
Perkembangan pesat metod pembayaran secara digital di Malaysia menyaksikan pembayaran tunai menurun dengan mendadak Menurut laporan Worldpay penggunaan tunai di Malaysia telah menurun secara mendadak daripada 71 POS nilai transaksi pad
Kominis Kembali Hidup Di Malaysia

Kominis Kembali Hidup Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 136 hits
PERSATUAN PROMOSI PENYATUAN SECARA AMANSATU CINA DI MALAYSIAIGP BERI AMARANJANGAN HIDUPKAN SEMULA FAHAMAN KOMINISYANG TERSURAT DAN TERSIRATYANG TERSURAT IALAH SATU CINA MALAYSIA YANG TERSIRATMENYUBURKAN KEMBALI FAHAMAN KOMINIS D MALAYSIAAPA...
Hiburan Data Minimum 5gb Percuma Buat Rakyat Malaysia Pada Hari Raya Pertama Menteri Komunikasi

Hiburan Data Minimum 5gb Percuma Buat Rakyat Malaysia Pada Hari Raya Pertama Menteri Komunikasi

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 130 hits
Kerajaan akan memberikan rebat Rahmah berupa tambahan kuota data minimum 5GB kepada pengguna telekomunikasi pascabayar dan prabayar warga Malaysia pada hari pertama Aidilfitri ini Menteri Komunikasi memaklumkan bahawa kos tambahan kuota ter...
Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Abaikan Jika Tak Minat

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Klang River Water Level Exceeds Danger Level

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them

Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan