Sidang Khas Parlimen Hanya Berkaitan Banjir Tidak Bahas Isu Azam Baki Speaker


 Siti Hafidah
Tidak dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat KUALA LUMPUR – Persidangan Khas Dewan Rakyat hari ini tidak membahaskan usul berkaitan pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berikutan ia tiada dalam Aturan Urusan Mesyuarat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, beliau menerima notis usul itu daripada Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) dan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) untuk dibahas pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini, tetapi agenda persidangan khas itu ditetapkan oleh Perdana Menteri.
Azhar berkata, beliau tidak menerima sebarang usul bagi membahaskan isu itu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan oleh itu ia tidak dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM).
“Saya mengakui menerima usul itu (daripada Salahuddin dan Kor Ming) dua hari lepas dan saya telah menjawab sidang khas hari ini dipanggil Perdana Menteri di bawah kuasa mutlaknya berdasarkan Aturan 11(3) Peraturan Mesyuarat. Mengikut peraturan itu, agenda sidang khas Perdana Menteri adalah di bawah kuasa mutlaknya dan beliau yang menyusun aturan agenda itu.
“Oleh sebab itu, saya tiada kuasa untuk menerima usul-usul itu. Seperti yang Pulai (Salahuddin) kata, sudah tentu agenda ini ditetapkan Perdana Menteri, tetapi sehingga hari ini saya tidak menerima apa-apa notis oleh beliau mengenai usul itu jadi saya anggap usul itu tidak akan dimasukkan dalam AUM dan sidang perlu dijalankan mengikut AUM,” katanya pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum itu, kedua-dua Ahli Parlimen yang menghantar usul itu bangkit dan meminta agar usul itu dipertimbang untuk dibahaskan kerana ia turut menyentuh isu negara iaitu integriti SPRM dan penjawat awam.
Setelah Azhar memberikan syornya, Gobind Singh Deo (PH-Puchong) bangun dan meminta Ismail Sabri hadir untuk mendengar penerangan kementerian bagi isu banjir dan juga isu akaun dagangan Azam yang akan dibangkitkan pembangkang selepas selesai memberi penerangan berkenaan bencana banjir.
“Adakah Perdana Menteri akan hadir selepas penerangan beliau untuk dengar soalan kami? Soalan itu akan juga merujuk kepada Tan Sri Azam Baki. Ini perkara cukup penting, kami akan bahas perkara banjir dan bangkitkan isu SPRM. Boleh saya dapatkan pengesyoran daripada Perdana Menteri dan Tuan Speaker?” soalnya.
Sidang khas hari ini membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir, pascabanjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/sidang-khas-parlimen-hanya-berkaitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Khas Parlimen Mesti Dipanggil Selesai Kes Azam Baki

Sidang Khas Parlimen Mesti Dipanggil Selesai Kes Azam Baki

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 403 hits
Pakatan Harapan memandang berat isu kontroversi berkaitan pemilikan saham dalam syarikat Bursa Malaysia oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki yang melumpuhkan kredibiliti SPRM di mata rakyat malah j...
Ahli Parlimen Rayu Agong Campur Tangan Isu Azam Baki

Ahli Parlimen Rayu Agong Campur Tangan Isu Azam Baki

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 304 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub merayu kepada Yang di Pertuan Agong untuk melakukan dan menyatakan sesuatu berhubung isu pembelian saham dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki T...
Speaker Dewan Rakyat Pendengaran Psc Isu Saham Azam Baki Tidak Di Buka Kepada Umum

Speaker Dewan Rakyat Pendengaran Psc Isu Saham Azam Baki Tidak Di Buka Kepada Umum

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 250 hits
SHAH ALAM Semua prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen termasuk pada Rabu yang membincangkan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki tidak akan dibuka kepada orang ramai Menurut lapor...
Isu Azam Baki Dan Indeks Persepsi Rasuah

Isu Azam Baki Dan Indeks Persepsi Rasuah

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 225 hits
1 Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perceptions Index dijangka akan diumumkan sembilan hari lagi iaitu pada 25 Januari 2022 sebagaimana kebiasaannya ia diumumkan pada penghujung bulan Januari setiap tahun 2 Pada 28 Januari tahun lepas ...
Isu Azam Baki Ph Nak Buat Demo Isu Zeti Ph Buat Dunno

Isu Azam Baki Ph Nak Buat Demo Isu Zeti Ph Buat Dunno

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 278 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Pakatan Harapan memang pakar dalam mencipta fake isu Selain pakar dalam mencipta fake issue PH juga pakar dalam mencipta fake news Paling terkenal dari PH ada lah Fake manifesto Manispesto tipu kerajaan PH yang di pimp...
Panas Isu Azam Baki Pas Terus Krik Krik

Panas Isu Azam Baki Pas Terus Krik Krik

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 318 hits
TAJUK BICARA YB KHALID ABDUL SAMAD AGENSI ANTI RASUAH PUN RASUAH APA MASA DEPAN NEGARA
Hiburan Bukan Saya Lantik Azam Baki Hanya Ikut Prosedur Tan Sri Muhyiddin Yassin

Hiburan Bukan Saya Lantik Azam Baki Hanya Ikut Prosedur Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 265 hits
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia telah memilih Tan Sri Azam baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika di bawah pemerintahannya se...
Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau

My Moving Journal A Fresh Start

Konvokesyen Perdana Ipma Bila Allah Mendengar Rintihan

Police Deny Arresting Suspect In Temple Groping Woman Incident

Rafizi Nik Nazmi Tak Hadir Perjumpaan Ahli Parlimen Ph Bersama Anwar

Video Menarik Aktiviti Membaca Bersama Warga Bomba Kini Di Youtube


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Voltecx Rahsia Kaw Kaw Jimat Minyak Buat Enjin Kereta Lama Kembali Power

How To Capture Short Attention Span

Employee Engagement Isn T One Size Fits All And Neither Is Your Platform

Pemimpin Industri Gariskan Masa Depan Inovasi Mudah Alih Di Forum Teknologi Galaxy Laporan Samsung Mobile

Reaksi Mengejutkan Pelakon Popular Terhadap Skandal Terbaru Menggugah Kemarahan Netizen

Ini Kecemasan Bapa Hidap Kanser Usus Amir Raja Lawak Tuntut Stesen Tv Segera Langsai Hutang Rm18 000