Sidang Dun Tangguh Mb Kecewa Ada Adun Pahang Yang Sokong Peneroka Tanah Haram


KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, meluahkan rasa kecewa dengan segelintir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang seolah-olah menyebelahi peneroka tanah haram.
Beliau berkata, walaupun perlu menjadi suara kepada rakyat, namun bak kata orang lama 'kalau hendak menurut biarlah berakal dan kalau hendak mengikut biarlah pintar' selain menjadi tanggungjawab pemimpin mengajak rakyat menghormati undang-undang.
Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan negeri tetap mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan tidak sesekali bertolak ansur dengan peneroka tanah haram, walau apa juga alasan mereka berikan.
"Pemilikan tanah oleh mana-mana individu harus diselesaikan mengikut lunas undang-undang. Dalam hal ini, saya menyeru semua wakil rakyat agar dapat memberikan penerangan dan pencerahan kepada mereka yang terlibat dengan penerokaan tanah haram.
"Sama ada dari segi perundangan dan etika kerana itu tanggungjawab kita sebagai pemimpin," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy berkata, Pelan Transformasi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bagi memperbaiki perkhidmatan bekalan air di negeri ini, menyasar keperluan anggaran kos sebanyak RM4 bilion dan akan dilakukan secara berperingkat.
Kos itu, menurut beliau merangkumi keperluan untuk menjadi sumber air mentah, meningkatkan kapasiti loji rawatan air, menaik taraf sistem simpanan dan penggantian paip jenis simen asbestos di samping memastikan kadar air tanpa hasil (NRW) yang mampan.
Setakat ini, PAIP dan kerajaan negeri telah berjaya mendapatkan peruntukan RM2.1 bilion yang telah diluluskan bagi tujuan tersebut.
Bagi menyeimbangkan pembangunan di Pahang Barat yang agak ketinggalan daripada daerah lain, Wan Rosdy berkata Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus ditubuhkan awal tahun ini, telah menjalankan kajian dan mencadangkan lima kluster utama bagi meningkatkan ekonomi di daerah terlibat.
Kluster tersebut ialah pelancongan, pertanian, perkayuan, mineral dan perkhidmatan yang mana Wan Rosdy optimis cadangan intervensi keberhasilan segera, jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang akan dilaksanakan dapat mengecilkan jurang pembangunan antara Pahang Timur dan Pahang Barat.
Mengulas mengenai Pahang Corporation Sdn Bhd (Pahang Corp) yang dibangkitkan Lee Chean Chung (PH-Semambu), Wan Rosdy berkata syarikat yang diperbadankan pada 21 Mac 2019 itu masih aktif dan adalah syarikat induk milik penuh kerajaan negeri yang berperanan sebagai syarikat cabang pelaburan bagi menceburi perniagaan baharu dan sektor strategik berpotensi pulangan kompetitif.
"Antara aktiviti perniagaan utama kumpulan Pahang Corp ialah pengurusan sumber aset kerajaan, perkhidmatan pengurusan korporat, pengurusan sumber air dan tenaga, pengurusan infrastruktur utiliti dan pembangunan ekonomi digital dan internet kebendaan (IoT)," katanya.
Lima anak syarikat Pahang Corp pula ialah Pahang Corporate Management Services Sdn Bhd, Pahang Water and Energy Resources Sdn Bhd, Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bhd, Koridor Utiliti Pahang Sdn Bhd dan Pahang Go Sdn Bhd dengan semua kecuali Pahang Go mencatatkan keuntungan dalam prestasi kewangan mereka.
Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri bercadang memberi insentif kewangan kepada semua ADUN sebagai penghargaan kepada mereka, namun nilainya masih belum ditentukan dan tertakluk kepada persetujuan ahli dewan.
Persidangan bersambung pada tarikh yang akan ditentukan kelak.  #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/sidang-dun-tangguh-mb-kecewa-ada-adun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Pahang Kecewa Adun Menyebelahi Peneroka Haram

Mb Pahang Kecewa Adun Menyebelahi Peneroka Haram

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 182 hits
Kerajaan negeri tetap mempertahankan prinsip kedaulatan undang undang dan tidak sesekali bertolak ansur dengan peneroka tanah haram walau apa juga alasan mereka berikan KUANTAN Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail meluahkan rasa kecewa...
Dua Adun Positif Covid 19 Sidang Dun Kelantan Tangguh

Dua Adun Positif Covid 19 Sidang Dun Kelantan Tangguh

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 278 hits
KOTA BHARU Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan terpaksa ditangguhkan susulan ada dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri disahkan positif Covid 19 Penangguhan itu diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Yaakob selepas DUN Kel...
Sidang Dun Kelantan Ditangguh Susulan Wakil Rakyat Positif Covid 19

Sidang Dun Kelantan Ditangguh Susulan Wakil Rakyat Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 254 hits
Belanjawan Negeri Kelantan 2022 telah diluluskan sebulat suara tanpa dibahaskan KOTA BHARU Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dijadualkan berlangsung sehingga Selasa ini ditangguhkan lebih awal berikutan dua Ahli Dewan Undangan...
Masa Check Di Malaysia Negatif Naik 2 Garis Di Tanah Haram Alhamdulillah Yusuf Jadi Abang

Masa Check Di Malaysia Negatif Naik 2 Garis Di Tanah Haram Alhamdulillah Yusuf Jadi Abang

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 186 hits
Alhamdulillah Yusuf bakal jadi abang luah gembira suami kepada juru solek dan usahawan terkenal Mua Bellaz Menurut Anuar Ahmad atau mesra di sapa Mat Nuart Bellaz sudah membuat ujian kehamilan ketika berada di Malaysia Namun ujian menunjuka...
Adun Pn Duduk Di Blok Pembangkang Di Dun Melaka

Adun Pn Duduk Di Blok Pembangkang Di Dun Melaka

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 172 hits
ADUN PN duduk di blok pembangkang di DUN Melaka Dua Ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan Nasional akan duduk di kerusi pembangkang pada Sidang Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka Ke 15 selama empat hari bermula 27 Disember ini Menurut Ketu...
Kerajaan Negeri Pahang Wujud Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat

Kerajaan Negeri Pahang Wujud Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 215 hits
KUANTAN Pahang mewujudkan Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat yang bertindak sebagai jawatankuasa khusus mempertimbangkan pemberimilikan tanah secara berperancangan di negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Is...
Dun Pahang Lulus Umur 18 Tahun Boleh Jadi Calon Untuk Bertanding Dalam Pilihan Raya

Dun Pahang Lulus Umur 18 Tahun Boleh Jadi Calon Untuk Bertanding Dalam Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 288 hits
KUANTAN Dewan Undangan Negeri Pahang meluluskan pindaan Enakmen Undang Undang Tubuh Kerajaan Pahang untuk membenarkan mereka yang berusia 18 tahun untuk menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya Cadangan pindaan had umur terhadap Perk...
Aktivis Dan Penyokong Ph Negeri Pahang Serah Memorandum Bantahan Kepada Adun Bilut Yb Lee Chin Chen

Aktivis Dan Penyokong Ph Negeri Pahang Serah Memorandum Bantahan Kepada Adun Bilut Yb Lee Chin Chen

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 193 hits
Petang tadi Isnin sekitar jam 2 30 petang beberapa aktivis dan penyokong PH Pahang telah menghantar memorandum bantahan kepada Adun Bilut YB Lee Chin Chen di pejabatnya di Bentong Memorandum bantahan tersebut adalah berkaitan kenyataan biad...
Kerajaan Pahang Merasa Kecewa Lagi Kes Buli Babitkan Pelajar Sekolah Berlaku Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Merasa Kecewa Lagi Kes Buli Babitkan Pelajar Sekolah Berlaku Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 243 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang kecewa dengan kejadian buli membabitkan pelajar sekolah di negeri ini yang masih terus berlaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pelajaran dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata ke...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor