Sibuk Jaga Anak Berat Ayda Jebat Turun Sampai 45 Kilogram Lagi Ringan Berbanding Sebelum H4mil Saya Tak Diet
Sudah hampir dua bulan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat menyambut kehadiran cahaya mata pertama, Ana Nayla. Pastinya, pelbagai rasa bahagia mendakap jiwa Ayda bersama suami tercinta, Nabil Mahir.
Sungguhpun bahagia menatap wajah zvriat kesayangan saban, namun, Ayda mengakui melalui fasa menc4bar mengelolakan anaknya, apatah lagi ketika melalui proses berp4ntang.
“Jujurnya memang saya gembira dapat tengok anak, dapat main dengan dia dan dapat memanjakannya. Ibu mana di dunia ini yang tidak bahagia apabila sudah ada penceria dalam keluarga kan?
“Tapi disebabkan semua hal tentang anak saya cuba usaha untuk uruskan, berat badan saya pun turun dengan mendadak. Mungkin letih kut… Saya sendiri terkejvt sebab saya tidak diet pun tapi berat turun..
“Tak sangka pula, sebab apa yang saya lakukan hanyalah jaga Ana, berp4ntang dan makan banyak! Mungkin juga sebab menyvsu b4dan, sebab tu tahu-tahu berat terus turun sampai 45 kilogram!” katanya kepada Gempak.
Tambah Ayda, dia tidak kisah jika beratnya turun atau berasa penat, asalkan dia dapat sentiasa menghabiskan masa bersama dengan anaknya.
“Saya gembira habiskan masa dengan Ana, tak kisahlah pen4t sikit, asalkan kami dapat melihat anak setiap masa dan menguruskan keperluannya,” ujar Ayda lagi.
Dalam pada itu, Ayda turut berasa bersyukur dan bertuah kerana Nabil banyak membantunya menjaga anak.
“Kalau nak tahu, Nabil banyak jaga Ana. Memang kalau boleh semua hal tentang anak Nabil akan cuba settlekan. Most of the time pun Nabil yang jaga, dia suruh saya rehat… Tapi saya pula yang kvrus!” katanya sambil tertawa.
Dius1k bilakah dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian, Ayda berkata: “Mungkin tunggu sikit masa lagi sehingga saya betul-betul bersedia. Jika tanya Nabil, dia okay sahaja. Tapi saya rasa tunggu sedikit masa lagi,” tutup Ayda.
Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April 2020, ketika negara masih lagu dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pasangan tersebut menerima kehadiran Ana Nayla pada 21 September lalu dan memperkenalkan cahaya mata mereka kepada umum secara rasmi seminggu kemudian.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Gempak
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2021/11/sibuk-jaga-anak-berat-ayda-jebat-turun.html