Siasatan Terhadap Najib Berat Sebelah Selekeh Peguam


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Sep 18, 2024 2:31 PM
BICARA 1MDB | Siasatan terhadap Najib Razak berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.27 bilion adalah berat sebelah dan 'selekeh', kata peguamnya.

Peguam bela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa bekas perdana menteri itu didakwa sebelum SPRM selesai merekodkan keterangannya.

Peguam itu berhujah bahawa Najib didakwa pada 20 September 2018, ketika SPRM belum habis merakam keterangaqn tertuduh bagi membantu siasatan.

Wan Azwan menegaskan bahawa terdapat niat awal untuk mendakwa Najib, tanpa mengira hasil siasatan.

“Kami dengan hormat berhujah bahawa siasatan yang dijalankan oleh pegawai penyiasat (Nur Aida Ariffin) adalah teruk, berat sebelah, terpilih, selekeh dan tidak lengkap.

"Ini menyebabkan terdapat jurang bukti dalam kes pendakwaan dan menafikan hak tertuduh yang dijamin oleh perlembagaan untuk mendapat siasatan dan perbicaraan yang adil, satu prinsip asas yang termaktub dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan," kata peguam itu.

Hadapi 25 pertuduhan

Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan melibatkan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram dana 1MDB berjumlah RM2.27 bilion.

Bagi empat pertuduhan salah guna kuasa, bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di cawangan AmIslamic Bank Bhd di Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib, 71, didakwa melakukan kesalahan tersebut di bank yang sama antara 22 Mac dan 30 Ogos 2013.

Tertuduh pertama kali didakwa pada 20 September 2018, dan perbicaraan terhadapnya bermula pada 28 Ogos 2019.

Pada 30 Mei tahun ini, pendakwaan menutup kesnya, enam tahun selepas bekas perdana menteri itu pertama kali didakwa pada penghujung 2018.

Prosiding kini berada di peringkat penghujahan lisan, yang tidak melibatkan keterangan saksi, dan hanya pasukan peguam dan pendakwa akan mmebuat rumusan terakhir berdasarkan bukti lisan dan bukti berdokumen.
Seramai 50 saksi memberi keterangan bagi pihak pendakwaan, termasuk bekas penasihat undang-undang 1MDB Jasmine Loo.

Loo didakwa sebahagian daripada kumpulan dalang utama 1MDB, Low Taek Jho (Jho Low). Pihak berkuasa masih menjejaki Low.

Pihak pendakwaan mendakwa Najib menerima RM2.27 bilion wang yang diselewengkan daripada dana kekayaan berdaulat tersebut antara 2011 dan 2014.

Bagaimanapun, pasukan peguam Najib berhujah bahawa bekas perdana menteri itu tidak mengetahui sebarang salah laku yang berlaku dalam 1MDB dan jika ada sebarang kesalahan yang berlaku, ia sepenuhnya didalangi oleh Low dan ahli pengurusan dana tersebut.

Bekas menteri kewangan itu juga sebelum ini menyatakan bahawa Almarhum Raja Abdullah dari Arab Saudi berjanji untuk memberikan sumbangan kewangan kepada tertuduh bagi tujuan politik.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib mengetuai pihak pendakwaan.

Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/siasatan-terhadap-najib-berat-sebelah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendakwa Tak Perlu Maklum Mahkamah Perkembangan Siasatan Sprm Peguam Ulas Dnaa Zahid

Pendakwa Tak Perlu Maklum Mahkamah Perkembangan Siasatan Sprm Peguam Ulas Dnaa Zahid

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 132 hits
freemalaysiatoday com 06 Sep 2024 10 15 AMA Srimurugan berkata Kanun Tatacara Jenayah tidak memerlukan pendakwaan berbuat demikian selepas beliau dilepas tanpa bebas setahun lalu Zahid Hamidi dilepas mendapat DNAA semua 47 pertuduhan rasuah...
Pendakwaan Sangat Bergantung Pada Keterangan Dengar Cakap Kata Peguam Najib

Pendakwaan Sangat Bergantung Pada Keterangan Dengar Cakap Kata Peguam Najib

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 221 hits
freemalaysiatoday com19 Sep 2024 04 15 PMShafee Abdullah berhujah keterangan beberapa saksi pendakwaan diperhitungkan untuk memudaratkan Najib Razak Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berh...
Sebab Saya Marah Muhyiddin Najib Dan Mahathir

Sebab Saya Marah Muhyiddin Najib Dan Mahathir

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 127 hits
Sebab saya marah Muhyiddin Najib dan Mahathir ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be 5HPXHz8HpHw src in org https www youtube com embed 5HPXHz8HpHw wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com...
Kes Ni Bukan Zaman Najib Tetapi Terkait Bila Kau Minta Ianya Disambungkan

Kes Ni Bukan Zaman Najib Tetapi Terkait Bila Kau Minta Ianya Disambungkan

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 102 hits
Berita penafian dari Mahiaddin tentang penglibatannya dalam skandal 1BestariNet Dia sebut semua tu aku malas nak ulas Cuma aku tertarik dengan kenyataan yang dia buat Menurut Mahiaddin keputusan untuk berikan kontrak tersebut kepada YTL yan...
Treler Sarat Dengan Muatan Jentera Berat Terjatuh Ke Dalam Sungai

Treler Sarat Dengan Muatan Jentera Berat Terjatuh Ke Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 136 hits
Utusan Borneo Online nbsp Tangkap layar rakaman video yang tular treler terbabit kelihatan cuba menaiki feri namun gagal dan akhirnya terjatuh ke dalam sungai Gambar tangkap layar Video SCM Borneo TuckersMERADONG Sebuah treler sarat dengan ...
10 Punca Berat Badan Wanita Selepas 40 Tahun Ke Atas

10 Punca Berat Badan Wanita Selepas 40 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 169 hits
Menurunkan berat badan selepas usia 40 tahun boleh menjadi lebih sukar bagi wanita Banyak faktor yang mempengaruhi proses penurunan berat badan pada usia ini termasuk perubahan hormon metabolisme yang perlahan dan gaya hidup 10 Punca Utama ...
Dulu Najib Puloh Billion Ni Din Lak Main Billion Gak Lama Dulu Paling Lama Tak Tau Berapa Billion

Dulu Najib Puloh Billion Ni Din Lak Main Billion Gak Lama Dulu Paling Lama Tak Tau Berapa Billion

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 185 hits
TU DIA Sampai RM2 7 BILION TUNTUTAN PALSU yang disiasat SPRM Kroni siapa dapat projek ini 1bistarinet SPRM
Najib Warded Over Knee Pain 1mdb Trial Postponed

Najib Warded Over Knee Pain 1mdb Trial Postponed

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 140 hits
1MDB TRIAL Najib Abdul Razak has been warded at Kuala Lumpur Hospital due to pain in his right knee leading to the vacating of the ex premier s RM2 27 billion power abuse and money laundering trial The government hospital s senior orthopaed...
Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Rodziah To Confirm On Monday Which Pkr Post She Seeks

Amanah Urges End To Religious Debates For Harmony

Adventure To Mount Everest Conquering The World S Tallest Peak

Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Serangan Bom Tembakan Di Golok Polis Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Langkawi Umno Rejects Return To Old Election System

Sudah Hampir 3 Tahun Dap Dalam Kerajaan Segala Tuduhan Seperti Yang Ada Dalam Vi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi