Pendakwa Tak Perlu Maklum Mahkamah Perkembangan Siasatan Sprm Peguam Ulas Dnaa Zahid


freemalaysiatoday.com
V Anbalagan-06 Sep 2024, 10:15 AM

A Srimurugan berkata Kanun Tatacara Jenayah tidak memerlukan pendakwaan berbuat demikian selepas beliau dilepas tanpa bebas setahun lalu.
Zahid Hamidi dilepas mendapat DNAA semua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah, dan pengubahan wang selepas empat tahun perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 4 Sept 2023.
KUALA LUMPUR: Pendakwa raya tidak menanggung kewajipan undang-undang memaklumkan perkembangan kepada hakim perbicaraan yang membenarkan seseorang tertuduh dilepas tanpa bebas (DNAA) dalam kes jenayah, kata peguam.

A Srimurugan berkata, tiada peruntukan dalam Kanun Tatacara Jenayah atau pengisytiharan undang-undang lalu oleh mahkamah memerlukan pihak pendakwaan berbuat demikian, sama ada mahu meneruskan kes atau sebaliknya.

Pendakwa raya yang juga peguam negara mempunyai budi bicara mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tatacara Jenayah untuk terus atau menggugurkan kes, katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kes Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, mendapat DNAA setahun lalu bagi semua 47 tuduhan rasuah, pecah amanah jenayah, dan pengubahan wang selepas empat tahun perbicaraan berjalan di Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Dusuki Mokhtar memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika itu, bahawa beliau diarah peguam negara untuk tidak meneruskan prosiding.

Beliau mengesyorkan kepada hakim mengklasifikasikan kes sebagai lepas tanpa bebas, memandangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes dan pihak pendakwaan perlu menyemak dapatan siasatan.

Zahid, yang menghantar representasi kepada peguam negara, mendakwa kes didepani bersifat pendakwaan terpilih dilakukan rejim sebelum ini.

Presiden Umno itu berdepan tuduhan pecah amanah jenayah ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri untuk kali kedua, selepas Pakatan Harapan menguasai kerajaan pusat pada 2018.

Peguam K Ramu, berkata sekurang-kurangnya peguam negara selaku penjaga kepentingan awam boleh memaklumkan kepada orang ramai status siasatan SPRM.

Atas nama ketelusan dan kebertanggungjawaban, beliau sekurang-kurangnya patut mengeluarkan kenyataan umum berkait perkembangan terbaharu, katanya.

Peguam Salim Bashir, berkata pilihan lebih baik bagi Zahid adalah memfailkan permohonan mendapatkan pembebasan.

Bekas presiden badan peguam itu, berkata tidak betul meninggalkan seseorang individu dibebani pertuduhan di mana prosiding ditangguh untuk tempoh tidak ditentukan.

Beliau sedia maklum dalam kes Karpal Singh lawan Pendakwa Raya, mahkamah menyatakan seseorang itu tidak boleh dibiarkan nasibnya tergantung dan perlu kepada pengakhiran kes.

Salim berkata, pihak pendakwaan boleh menentang atau menerima permohonan sedemikian.

Zahid tidak boleh lagi dituduh dengan kesalahan sama pada masa depan jika mahkamah mengisytihar beliau dibebaskan, katanya.

Bagaimanapun, beliau boleh diminta menyambung pembelaan atau berdepan tuduhan baharu yang mempunyai fakta dan keterangan sama, pada masa depan jika status lepas tanpa bebas kekal.

Perbicaraan Zahid terhenti selepas 77 hari pendengaran dan sejumlah 114 saksi pendakwaan dan pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Zahid sebelum ini berdepan pertuduhan pengubahan wang dan pecah amanah jutaan ringgit melibatkan Yayasan Akalbudi, dan menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Daripada 47 pertuduhan, 12 pendakwaan melibatkan pecah amanah jenayah, lapan pertuduhan rasuah, dan selebihnya pengubahan wang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/pendakwa-tak-perlu-maklum-mahkamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penubuhan Sg4 Satu Perkembangan Positif Ahmad Zahid

Penubuhan Sg4 Satu Perkembangan Positif Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 114 hits
bharian com myOleh September 5 2024 11 16amAhmad Zahid pada majlis Persidangan Perundangan Antarabangsa Ancaman dalam Talian 2024 di KLCC hari ini NSTP AIMAN HARIZ AZHARKUALA LUMPUR Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ...
Zahid Alu Alukan Siasatan Dari Laporan Polis Pemuda Bersatu

Zahid Alu Alukan Siasatan Dari Laporan Polis Pemuda Bersatu

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 339 hits
malaysiakini comTimbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata dia mengalu alukan siasatan hasil laporan polis Pemuda Bersatu kerana didakwa memperdaya dan mengelirukan Yang di Pertuan Agong sebelum ini Pengerusi BN itu mengulangi dakw...
Mahkota Campaign To Be A Template For Unity Coalition Says Zahid

Mahkota Campaign To Be A Template For Unity Coalition Says Zahid

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 170 hits
Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi speaking at the launch of the BN election machinery in Kluang Johor today PETALING JAYA The Mahkota by election this month will serve as a template for the unity government s campaign machinery i...
Lahanat Pengkhianat Sprm Buru Pegawai Imigresen Berpengaruh Dalam Kes Counter Setting

Lahanat Pengkhianat Sprm Buru Pegawai Imigresen Berpengaruh Dalam Kes Counter Setting

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 137 hits
Mohd Iskandar Ibrahimbhnews bh com myPUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang memburu seorang pegawai imigresen disyaki berpengaruh dalam sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi counter setting Ketua Pes...
Zahid Willing To Be Investigated Over Claims He Deceived King On Support For Pm

Zahid Willing To Be Investigated Over Claims He Deceived King On Support For Pm

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 177 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi is ready to be investigated over allegations that he deceived then Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah on statutory declarations during the process of appointing the prime minister af...
Kenyataan Mccbchst Berbau Hasutan Presiden Peguam Muslim

Kenyataan Mccbchst Berbau Hasutan Presiden Peguam Muslim

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 115 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 2 2024 6 32 PMPresiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Muhamad Hisham Marzuki menyifatkan kenyataan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha Kristian Hindu Sikh dan Taoisme terhadap penempatan pegawai agama I...
Stalk Ex Boleh Jadi Jenayah Peguam Ghandi

Stalk Ex Boleh Jadi Jenayah Peguam Ghandi

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 125 hits
Jangan buat main tentang sikap suka stalking ni Memang ia dianggap remeh tetapi ia boleh menggangu orang berkenaan Tidak dinafikan ada orang yang suka stalk bekas isteri atau suaminya Mungkin sukar untuk melepaskan hubungan yang sudah berak...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

User Acquisition And Retention

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Video Chinese Journalists Commended For Speaking Fluent Malay While Enjoying Nasi Kandar

Pemandu Kereta Dakwa Tak Bersalah Sebabkan Kematian