Siasatan Dakwaan Salah Laku Polis Sungai Buloh Dirujuk Kepada Kpn


Kumara Sabapatty Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Zamri Yahya berucap ketika hadir ke Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, KUALA LUMPUR – Laporan siasatan melibatkan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh telah dirujuk untuk tindakan lanjut Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Komisioner Datuk Zamri Yahya berkata, laporan lengkap siasatan itu telah dikemukakan kepada Ketua Polis Negara pada minggu lalu.
Katanya, JIPS telah menjalankan siasatan selama 10 hari terhadap pegawai dan anggota IPD berkenaan menerusi satu pasukan yang dilantik dan diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Superintendan.
“Pasukan kita (JIPS) telah pergi IPD berkenaan dan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk menyemak segala dokumen-dokumen siasatan dan serbuan yang telah dilaksanakan oleh Ketua Polis Daerah berkenaan dan para pegawainya ke atas sindiket dan premis judi haram di daerah tersebut.
“Ia termasuklah segala laporan polis yang diterima dan jumlah kertas siasatan berkaitan judi haram yang dibuka.
“Kita mendapati sejak tahun lepas hingga Julai lalu sebanyak 447 serbuan ke atas pusat judi haram di Sungai Buloh telah dilakukan.
“Hasilnya mereka berjaya menahan seramai 665 orang individu yang terlibat judi haram dan merampas 765 rampasan telefon bimbit, tablet sebagainya.
“Jadi apa yang kami boleh jelaskan di sini mereka melaksanakan segala tindakan penguatkuasaan dengan baik,” katanya ketika ditemui hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur melibatkan Datuk Seri Mazlan Lazim kepada Datuk Saiful Azly Kamaruddin dan penyerahan tongkat kuasa berkuatkuasa hari ini di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pagi tadi.
Jelasnya, siasatan mendalam JIPS juga dilakukan  terhadap dakwaan kononnya pegawai dan anggota IPD berkenaan telah bersekongkol dengan tauke dan melindungi pusat judi haram.
“Didapati pemilikan aset dan harta mereka tidak meragukan dan munasabah mengikut kesesuaian pendapatan yang diterima setiap bulan.
“Kami memeriksa aset-aset dan kekayaan yang dimiliki pegawai-pegawai IPD Sungai Buloh dan aset Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar.
“Beliau memiliki harta pada kadar munasabah iaitu rumahnya bernilai bawah RM400,000 dan kereta yang digunakan adalah biasa dan bersesuaian dengan pangkat dan gaji bulanan iaitu mengikut kemampuan pangkat dan pendapatan,” ujarnya.
Katanya laporan khas itu sudah disediakan tetapi tidak melibatkan sebarang cadang pemecatan atau penyingkiran jawatan.
“Saya sudah kemukakan laporan khas kes ini kepada Tan Sri Ketua Polis Negara dan terserah kepada beliau untuk mengambil tindakan selanjutnya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Zamri menasihatkan IPD dan pegawai tertinggi berkenaan supaya membuat operasi secara bersepadu melibatkan bersama Majlis Daerah, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Sir supaya penguatkuasaan lebih berkesan pada masa hadapan.
“Operasi bersepadu dengan pihak berkuasa tempatan akan bertambah efisien dan menjamin keberkesanan penguatkuasaan yang tegas dan melenyapkan harapan sindiket judi kembali beroperasi,” tegasnya.
Pada 8 Ogos lalu, Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut, telah mendedahkan dua video yang tular di laman sosial membabitkan dakwaan aktiviti perjudian haram, rokok seludup dan perniagaan haram di daerah tersebut.
Rentetan pendedahan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan lapan pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/siasatan-dakwaan-salah-laku-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Asri Janggut Tidak Tepat Tiada Pegawai Dan Anggota Polis Terlibat Rasuah Kpn

Dakwaan Asri Janggut Tidak Tepat Tiada Pegawai Dan Anggota Polis Terlibat Rasuah Kpn

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 382 hits
241 total views 241 views today KUALA LUMPUR Tiada elemen rasuah dalam kalangan anggota dan pegawai polis berkaitan sindiket perjudian dan penyeludupan rokok di daerah Sungai Buloh kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador Bagaimana...
Polis Menyerbu Makmal Mini Pemprosesan Dadah Telah Menahan Enam Lelaki Di Sungai Petani

Polis Menyerbu Makmal Mini Pemprosesan Dadah Telah Menahan Enam Lelaki Di Sungai Petani

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 329 hits
ALOR SETAR Polis menahan enam lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih dari 12 kilogram dianggarkan bernilai RM113 000 dalam dua serbuan di sekitar Sungai Petani pada Isnin Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan be...
Kakitangan Hospital Sungai Buloh Kongsi Pengalaman Tangani Wabak Covid 19

Kakitangan Hospital Sungai Buloh Kongsi Pengalaman Tangani Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 261 hits
KAKITANGAN di Hospital Sungai Buloh telah bersama sama dalam sebuah dokumentari berkongsi bagaimana hospital dan kakitangan barisan hadapan menangani wabak Covid 19 di negara ini Pengarah Hospital Sungai Buloh Dr Kuldip Kaur Prem Singh berk...
Mesti Serba Salah Pakcik Yang Rakam Video Tu Polis Saman Pemilik Kereta

Mesti Serba Salah Pakcik Yang Rakam Video Tu Polis Saman Pemilik Kereta

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 333 hits
Susulan viral video di media sosial seorang kanak kanak lelaki berusia 9 tahun memandu kereta tanpa lesen polis telah mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan itu Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam b...
Pencemaran Sungai Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan Polis

Pencemaran Sungai Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 440 hits
Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong Rawang Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin berkata kesemua suspek berumur lingkungan 50 hingga 60 tahun ...
Polis Tahan Empat Beradik Terlibat Pencemaran Bau Sungai Gong

Polis Tahan Empat Beradik Terlibat Pencemaran Bau Sungai Gong

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR 5 SEPT Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong Rawang Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kesemua suspek berumur ling...
Polis Siasat Dakwaan Tentera Didera Dibuli Selepas Maut Jatuh Tingkat 3

Polis Siasat Dakwaan Tentera Didera Dibuli Selepas Maut Jatuh Tingkat 3

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 872 hits
Semalam terbongkar kisah disebalik pemergian seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia Abdul Aziz yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nora Ismail Arwah dikatakan cuba membunuh diri dengan terjun dari tingakat tiga di...
Ramai Pertikai Polis Pakai Selipar Risteena Minta Maaf Sebab Timbul Salah Faham

Ramai Pertikai Polis Pakai Selipar Risteena Minta Maaf Sebab Timbul Salah Faham

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 455 hits
Selepas fotonya bersama dua orang anggota polis menjadi topik bualan orang ramai pelakon Risteena Munim 31 tampil memberi penjelasan dengan memberitahu anggota tersebut tidak memakai selipar ketika bertugas seperti yang didakwa oleh segelin...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua