Siasat Pelanggaran Intipan Haram Oleh Sprm




oleh AB JALIL BACKER
Siasat pelanggaran intipan haram
TINDAKAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman perbualan peringkat tertinggi pemimpin negara dan negara asing melalui sidang media khas baru-baru ini sangat menghairankan dan didakwa telah merosakkan kredibiliti sendiri.
SPRM mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya sebagai konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.
Antara mereka yang terbabit dalam rakaman telefon tersebut ialah Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Tan Sri Dzulkifli Ahmad (sebelum dan selepas menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM), Datuk Seri Azeez Rahim (Pengerusi Tabung Haji ketika itu), Putera Mahkota Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Mohammed Zayed Al Nahyan, Khaldoon Al Mubarak (UAE), Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan Pegawai Khas Perdana Menteri ketika itu, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.
Sembilan klip audio itu berkisar mengenai cara kerajaan menguruskan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Antara rakaman yang saya fikir menarik ialah perbualan Shukri dengan Dzulkifli yang menunjukkan Najib tidak mempunyai data sepenuhnya mengenai kemasukan wang ke dalam akaun politiknya.
Ia konsisten dengan kenyataan Najib dalam mahkamah bahawa beliau tidak menguruskan akaun tersebut secara bersendirian.
Pendedahan kandungan audio itu menimbulkan pelbagai pendapat.
Penubuhan Jakim selaras Perlembagaan
Ada yang berpendapat itu membuktikan konspirasi tahap tertinggi menutup skandal 1MDB.
Sebahagian lagi berpendapat pendedahan audio itu menunjukkan Najib tidak terbabit dengan sebarang komplot mencuri wang 1MDB.
Mereka berpendapat bekas Perdana Menteri itu cuba menyelesaikan skandal itu agar tidak merugikan Malaysia dan UAE.
Ada dua perkara yang sangat membimbangkan rakyat mengenai pendedahan rakaman audio tersebut.
Pertamanya, berlakunya intipan haram ke atas pemimpin politik dan pihak yang berkepentingan.
Menurut sumber, SPRM dan polis antara pasukan penguat kuasa undang-undang yang mempunyai kuasa dan kemampuan melakukan intipan ke atas perbualan telefon dan lain-lain rangkaian komunikasi.
Bagaimanapun, menurut undang-undang intipan, ia hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Peguam Negara atau sesiapa yang berpangkat Pesuruhjaya ke atas.
Langgar undang-undang
Dalam konteks itu rakaman audio terbabit kemungkinan besar dilakukan secara haram sehingga SPRM terpaksa mengadakan sidang akhbar mendakwa mereka mendapat rakaman tersebut daripada pihak ketiga.
Intipan haram itu sangat membimbangkan kerana ia membolehkan pengintip menggunakan maklumat yang mereka dapat sebagai bahan peras ugut dan mendapat keuntungan tertentu.
Perkara kedua yang tidak kurang berbahaya kepada negara ialah SPRM kini telah menjadi sebuah agensi yang melanggar undang-undang secara semberono.
Pendedahan klip audio tersebut merupakan satu subjudis kepada kes yang sedang dibicarakan.
Ia boleh dilihat sebagai langkah terdesak kerajaan untuk mempengaruhi pemikiran hakim dalam kes SRC dan 1MDB.
Kita tidak menyatakan klip audio tersebut perlu disembunyikan namun apa yang dipertikaikan ialah cara SPRM bertindak mendedahkan kepada umum.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan tindakan SPRM itu sebagai unprecedented dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia dan UAE.
Kenyataan itu turut disokong oleh beberapa orang individu penting dalam kerajaan seperti peguam Haniff Khatri, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk A Kadir Jasin yang melahirkan kebimbangan mereka terhadap tindakan SPRM itu.
Justeru, sebuah Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat secara terperinci pelanggaran undang-undang membabitkan intipan haram itu dan pelanggaran etika oleh SPRM.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/13/siasat-pelanggaran-intipan-haram-oleh-sprm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Pertikai Intipan Perbualan Pendedahan Sprm

Najib Pertikai Intipan Perbualan Pendedahan Sprm

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 436 hits
Astro Awani NAJIB Apakah SPRM kini sudah menjadi mahkamah Gambar fail KUALA LUMPUR Suspek kes melibatkan 1Malaysia Development Bhd dan SRC International Sdn Bhd Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Ma...
Kenapa Sprm Dedahkan Rakaman Yang Dibuat Secara Haram Tidak Sah Tiada Rule Of Law

Kenapa Sprm Dedahkan Rakaman Yang Dibuat Secara Haram Tidak Sah Tiada Rule Of Law

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 353 hits
Kenapa rakaman yang tidak diketahui sumber dan belum disahkan kandungannya rakaman yang melibatkan pemimpin tertinggi serta kerabat raja negara asing dan rakaman untuk kes yang bukan di bawah bidang kuasa SPRM tetapi PDRM Dan kenapa SPRM me...
Apakah Wujud Operasi Haram Sprm Ke Atas Rakyat Negara Ini

Apakah Wujud Operasi Haram Sprm Ke Atas Rakyat Negara Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 461 hits
Realisme Sidang Akhbar SPRM Sidang Akhbar SPRM sebentar tadi mendedahkan apa yang dikatakan perbualan Najib Razak dengan beberapa inidividu bagi mempengaruhi siasatan dalam kerajaan Tindakan ini sangat menghairankan kerana kebiasaanya pihak...
Pendedahan Rakaman Suara Oleh Sprm Membunuh Diri Sendiri

Pendedahan Rakaman Suara Oleh Sprm Membunuh Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 415 hits
BUNUH DIRI Saya telah mendengar sehingga habis kesemua 9 rakaman perbualan antara DSN dan figur2 tertentu yang didedahkan dalam sidang media tadi Tulisan ini adalah dengan anggapan bahawa semua perbualan itu tulen 1 Semua perbualan tersebut...
Ikan Bakar Di Seoul Yang Halal Dan Dimasak Sendiri Oleh Muslim

Ikan Bakar Di Seoul Yang Halal Dan Dimasak Sendiri Oleh Muslim

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 515 hits
Kalau datang Seoul orang cakap antara menu yang pelancong Malaysia kena cuba ikan bakar Antara tempat yang famous menyediakan ikan bakar ni area Dongdaemun Masa saya dan keluarga ke Seoul tahun 2014 kami pernah makan di area tersebut Sedap ...
Najib Mahu Rakaman Audio Sprm Untuk Bela Diri

Najib Mahu Rakaman Audio Sprm Untuk Bela Diri

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan rasmi bagi memaksa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kemukakan rakaman yang dikatakan suara beliau dan pegawai kerajaan berbincang mengenai urusan berk...
Berapa Banyak Kalori Yang Dikandung Oleh Minuman Serba Brown Sugar

Berapa Banyak Kalori Yang Dikandung Oleh Minuman Serba Brown Sugar

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 326 hits
Brown sugar merupakan sejenis gula yang dalam proses pembuatannya dibubuhi molase Molase berupa cairan dari tetes tebu saat membuat gula pasir Warnanya kecokelatan seperti gula palem memiliki wangi karamel dan rasanya legit
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik