Najib Enggan Ulas Isu Jual Aset Di Hong Kong Tunggu Jawapan Guan Eng Tentang Dakwaan Raja Petra



Bekas perdana menteri Najib Razak juga enggan mengulas laporan badan pemikir di Washington DC, CRP, bahawa beliau melantik beberapa firma di AS untuk meningkatkan imejnya berikutan kes 1MDB. (FMT) – Bekas perdana menteri Najib Razak enggan memberi respons terhadap dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa keputusan menjual aset kerajaan di Hong Kong dibuat sewaktu pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Najib sebaliknya berkata, beliau akan memberi maklum balas berkaitan perkara itu selepas Lim menjawab tuduhan penulis blog yang mendedahkan satu laporan siasatan yang didakwa milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
“Tidak, saya hanya akan beri komen selepas Lim jawab tuduhan sama ada pendedahan penulis blog, Raja Petra Kamarudin, itu maklumat betul atau tidak. Dia (Lim) harus jawab dulu perkara itu.
“Takkanlah kita sahaja yang hendak komen. Saya tahu apa yang kami lakukan. Saya boleh komen (berkaitan penjualan aset di Hong Kong), tetapi dia harus komen dulu,” katanya sewaktu ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Najib berkata, sekiranya Lim memberikan maklum balas berkaitan dakwaan rasuah membabitkan projek pembinaan terowong dasar laut itu, beliau akan minta bekas menteri luar Anifah Aman menjawab soalan berkaitan isu penjualan aset di Hong Kong.
Terdahulu, Lim mendakwa keputusan menjual aset di Hong Kong dibuat oleh pentadbiran BN menerusi kaedah rundingan terus, dan nilai tawaran yang diterima kerajaan BN jauh lebih rendah, iaitu RM1.1 bilion, berbanding tawaran yang diterima kerajaan sekarang.
Ia susulan laporan akhbar Ming Pao yang mendedahkan Kumpulan Evergrande China kini dalam perbincangan untuk membeli bangunan milik kerajaan Malaysia di Hong Kong.
Kerajaan merancang untuk menjual bangunan 28 tingkat itu pada harga HK$3.1 bilion atau kira-kira RM1.61 bilion yang terletak di Wan Chai, Hong Kong.
Najib juga enggan mengulas laporan badan pemikir Washington DC, Centre for Responsive Politics (CRP), yang melaporkan beliau melantik beberapa firma di Amerika Syarikat untuk meningkatkan imej berikutan kes 1MDB.
Ia termasuk sebuah firma yang diketuai bekas peguam negara AS, John Ashcroft dan sebuah firma baru yang dikatakan rapat dengan pentadbiran presiden negara itu, Donald Trump.
Menurut CRP, “foreign agent on record” Najib di firma Ashcroft adalah Mark Corallo, bekas jurucakap pasukan peguam persendirian Trump dalam siasatan berkaitan Rusia.
“Tidak ada komen,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/03/28/najib-enggan-ulas-isu-jual-aset-di-hong-kong-tunggu-jawapan-guan-eng-tentang-dakwaan-raja-petra/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jual Bangunan Di Hong Kong Najib Lupa Atau Sengaja Kata Guan Eng

Jual Bangunan Di Hong Kong Najib Lupa Atau Sengaja Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 430 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan rancangan menjual sebuah menara milik kerajaan di Hong Kong menjawab kenyataan Najib Razak semalam terhadap laporan media mengenai rancangan itu Ditemui pemberita di Parlimen hari ini Lim berkata ra...
Selama 9 Tahun Lim Guan Eng Jual Rm35b Aset Pulau Pinang Najib

Selama 9 Tahun Lim Guan Eng Jual Rm35b Aset Pulau Pinang Najib

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 465 hits
Sebenarnya Menteri Kewayangan kita pernah mengaku bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah dia telah menjual tanah dan aset negeri yang bernilai sebanyak RM35 bilion Pada masa itu dia terdesak kerana sebuah NGO telah dedahkan bahawa tanah ...
Najib Yang Luluskan Jualan Bangunan Malaysia Di Hong Kong Guan Eng

Najib Yang Luluskan Jualan Bangunan Malaysia Di Hong Kong Guan Eng

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 369 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawap meluluskan penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong ketika beliau masih berkuasa dakwa Menteri Kewangan Lim Guan Eng Saya ingin memaklumkan kepada Najib bahawa keputusan u...
Isu Bangunan Di Hong Kong Dan Terowong Pulau Pinang Ini Jawapan Najib

Isu Bangunan Di Hong Kong Dan Terowong Pulau Pinang Ini Jawapan Najib

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 426 hits
Biar Rakyat dan Raykat mempertimbangkan A ISU BANGUNAN HONG KONG 1 Mereka dakwa kerajaan BN yang mula mula putus mahu jual dengan harga RM1 1 bilion 2 Belum jual lagi 3 Tiada siasatan SPRM ataupun dakwaan salah laku ke atas projek ini 4 PH ...
Najib Cuba Jual Aset Negara Sebelum Pru14 Kata Guan Eng

Najib Cuba Jual Aset Negara Sebelum Pru14 Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 475 hits
Geraldine Tong PARLIMEN l Bekas perdana menteri Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawap meluluskan penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong ketika beliau masih berkuasa dakwa Menteri Kewangan Lim Guan Eng Saya ingin memaklumkan kepad...
Guan Eng Sahkan Rancangan Jual Menara Di Hong Kong Keputusan Pentadbiran Dulu

Guan Eng Sahkan Rancangan Jual Menara Di Hong Kong Keputusan Pentadbiran Dulu

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 370 hits
Lim Guan Eng KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan rancangan menjual sebuah menara milik kerajaan di Hong Kong menjawab kenyataan Najib Razak semalam terhadap laporan media mengenai rancangan itu Ditemui pemberita di Parlim...
Kenapa Beli Bangunan Konsulat Rm1 6b Jual Rm1 1b Guan Eng Soal Najib

Kenapa Beli Bangunan Konsulat Rm1 6b Jual Rm1 1b Guan Eng Soal Najib

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 417 hits
Menteri kewangan mempersoal Datuk Seri Najib Razak berhubung penjualan bangunan konsulat Malaysia di Hong Kong bernilai RM1 1 bilion di bawah harga tawaran Lim Guan Eng berkata bekas perdana menteri tidak menjawab berkaitan proses penjualan...
Kenapa Rayer Dan Dap Takut Sangat Dengan Bukti Bukti Skandal Lim Guan Eng Yang Ada Pada Raja Petra Kamaruddin

Kenapa Rayer Dan Dap Takut Sangat Dengan Bukti Bukti Skandal Lim Guan Eng Yang Ada Pada Raja Petra Kamaruddin

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 676 hits
SN Rayer yang dijoloki dengan gelaran LUTONG JELUTONG di kalangan netizen kerana perangai huduhnya di Parlimen setiap kali Dewan bersidang berhempas pulas mempertahankan tuan besarnya Lim Guan Eng dalam isu dan skandal Terowong Dasar Laut P...
Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Drama Abang Imam Minah Skuter

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Panel To Screen Why Webtoons Are Hollywood S Next Blockbuster Pipeline

Berapa Harga Dirimu Coba Hitung Di Sini

Junosuara Lrt Gombak Chord

Mcdonald S Malaysia Empowers Youth With Paid Vocational Training

Scoot Adds Kota Bharu And Da Nang Flights This October

Malaysian Couple Defy Norms Celebrate Love Despite Disability