Siasat Kartel Polis


SPRM enggan bertindak, RCI perlu untuk siasat ‘kartel polis’, kata Guan EngPETALING JAYA: DAP menyeru agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan “kartel polis” ekoran keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak atas isu itu.

Setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng dalam kenyataan berkata, penubuhan RCI diperlukan bagi mencari punca masalah itu dan “membersihkan pasukan polis”.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara (KPN) Abdul Hamid Bador mendedahkan kewujudan sekumpulan pegawai polis lebih muda yang membentuk sebuah kartel bagi mendominasi pasukan polis dan menjatuhkan beliau demi kepentingan mereka sendiri.

Susulan itu, Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dilaporkan berkata, agensi itu tidak bercadang menyiasat isu itu kerana ia masalah dalaman polis.

Lim menyifatkan rasional Azam bagi tidak membuat siasatan sebagai “aneh dan tidak masuk akal”.

“Rasuah bukanlah masalah dalaman yang harus diselesaikan secara dalaman tetapi jenayah yang mesti diselesaikan secara terbuka di mahkamah.

“Azam perlu tahu bahawa amalan terbaik antarabangsa terhadap rasuah, memerlukan badan bebas untuk menyiasat dan mengambil tindakan dan bukannya siasatan dalaman yang cenderung untuk meminimumkan atau menutup kesalahan yang berlaku,” kata beliau.

Mengikut logik Azam, kata Lim, SPRM tidak perlu menyiasat dan menahan pegawai polis atas rasuah, memandangkan ia dapat diselesaikan secara dalaman.

“Apakah keadaan yang menjadikan pelakuan rasuah satu masalah dalaman dan siapa yang memutuskan sama ada ia dapat diselesaikan secara dalaman?” soal beliau.

Lim menuduh SPRM melepaskan tanggungjawabnya seperti yang diperuntukkan bawah Seksyen 7 Akta SPRM 2009, dan berkata, keengganan suruhanjaya itu menyiasat dakwaan Hamid akan mempengaruhi kredibilitinya.  - freemalaysiatoday.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/siasat-kartel-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Terlalu Awal Tubuh Rci Siasat Kartel Polis Timbalan Menteri Kdn

Masih Terlalu Awal Tubuh Rci Siasat Kartel Polis Timbalan Menteri Kdn

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 396 hits
Masih terlalu awal untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I Dr Ismail Mohamed Said Beliau berkata semuanya masih terkawal dan setak...
Polis Malaysia Pendakwa Raya Korea Selatan Tumpaskan Kartel Dadah Antarabangsa

Polis Malaysia Pendakwa Raya Korea Selatan Tumpaskan Kartel Dadah Antarabangsa

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 323 hits
Polis Malaysia pendakwa raya Korea Selatan tumpaskan kartel dadah antarabangsa Dikemas kini 37 minit yang lalu Diterbitkan p
Mp Pasir Gudang Mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja Kes Kartel Polis

Mp Pasir Gudang Mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja Kes Kartel Polis

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 381 hits
Kontroversi kewujudan kartel dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia sebagaimana yang ditimbulkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador baru baru ini memerlukan siasatan yang menyeluruh dan tidak boleh diselesaikan melalui mekanisme dalam...
Kartel Polis Disebalik Kehilangan Pastor Raymond Koh Dan Amri Che Mat

Kartel Polis Disebalik Kehilangan Pastor Raymond Koh Dan Amri Che Mat

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 418 hits
Kartel Polis Disebalik Kehilangan Pastor Raymond Koh Dan Amri Che Mat Pendedahan baru baru ini bahawa wujud kartel dalam polis yang menguasai pasukan berkenaan mendorong sebuah kumpulan hak asasi manusia mempertikai sama ada ia turut berkai...
Isu Potong Que Vaksin Polis Nak Siasat Saje Kenapa Perlu Takut

Isu Potong Que Vaksin Polis Nak Siasat Saje Kenapa Perlu Takut

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 402 hits
Dakwaan potong barisan vaksin Individu itu bukan whistleblower KPNBernamaMac 16 2021 21 40 MYTKetua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan individu berkenaan juga bukan suspek kerana suspek adalah untuk seseorang yang disyaki mel...
Polis Siasat Video Najib Razak Tidak Patuh Sop Pkpb Najib Berjanji Akan Bayar Saman Segera

Polis Siasat Video Najib Razak Tidak Patuh Sop Pkpb Najib Berjanji Akan Bayar Saman Segera

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 481 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak di sebuah resto
Polis Siasat Dakwaan 5 Pemimpin Kabinet Hadir Majlis Perkahwinan Vip Di Seremban Ketika Pkpb

Polis Siasat Dakwaan 5 Pemimpin Kabinet Hadir Majlis Perkahwinan Vip Di Seremban Ketika Pkpb

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 511 hits
Polis siasat dakwaan 5 pemimpin kabinet hadir majlis perkahwinan VIP di Seremban ketika PKPB16 Mac 2021 Selasa viral di media sosial gambar gambar yang menunjukkan beberapa pemimpin kerajaan dan parti politik hadir ke masjlis perkahwinan VI...
Isu Kartel Polis Siapa Jaga Rakyat

Isu Kartel Polis Siapa Jaga Rakyat

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 233 hits
Sementara itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Kerajaan PERIKATAN NASIONAL menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat pendedahan mengejutkan Abdul Hamid mengenai kewujudan kartel polis
Ketua Polis Negara Dipuji Kerana Berani Dedah Isu Kartel

Ketua Polis Negara Dipuji Kerana Berani Dedah Isu Kartel

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 378 hits
March 23 2021 1 PEJUANG Muda Malaysia ingin menzahirkan rasa sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid Bahador dalam usaha memerangi sebarang kepincangan dan kewujudan kartel dalam pasukan Sang S...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu