Mp Pasir Gudang Mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja Kes Kartel Polis



Kontroversi kewujudan ‘kartel’ dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebagaimana yang ditimbulkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador baru-baru ini memerlukan siasatan yang menyeluruh dan tidak boleh diselesaikan melalui mekanisme dalaman.
Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat berkenaan Kebebasan Asasi Dan Hak-Hak Di Bawah Perlembagaan, Hassan Abdul Karim berkata, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu dibentuk bagi menyelidiki isu tersebut dengan terperinci dan bebas serta diyakini.
Katanya, penyelesaian melalui mekanime dalaman tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya memberi ‘laluan’ kepada perkara itu untuk berulang pada masa akan datang.
“Saya Ahli Parlimen Pasir Gudang merupakan seorang daripada 7 anggota Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut. Saya melihat peranan Jawatankuasa Pilihan Khas penting (dalam menyelesaikan isu kartel) walaupun dalam keadaan darurat dikuatkuasakan dan Parlimen digantung.
“Sebagai seorang ahli Jawatankuasa Pilihan Khas, saya berasa bertanggungjawab untuk mengemukakan pandangan tentang wujudnya amalan negatif yang dipanggil kegiatan kartel dalam PDRM seperti yang didedahkan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Hamid Bador baru-baru ini, iaitu sebelum sambutan Hari Polis ke 214 pada 25 Mac lalu.
“Saya menganggap isu-isu yang berkaitan integriti dan kepincangan dalam PDRM adalah perkara yang serius dan tidak boleh disapu di bawah karpet ataupun dicari penyelesaian melalui ‘mekanisme dalaman’,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Hassan lagi, sebelum ini sebagai Ahli Parlimen beliau telah menyuarakan agar RCI tersebut dibentuk. Malah banyak pihak juga membuat tuntutan yang sama.
Namun malang katanya, terdapat suara dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan Hal Undang-Undang yang menolak cadangan penubuhan RCI berkenan.
“Hari ini, saya mengulangi lagi tuntutan supaya diadakan RCI atas sifat sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat. Sebagai permulaan ke arah pembentukan RCI tersebut, saya mencadangkan Tan Sri Hamid Bador membuat dua laporan rasmi selaku KPN.
“Pertama laporan polis dan kedua, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kesalahan-kesalahan yang dilakukan pihak yang dipanggil kartel, yang didedahkan oleh KPN itu merupakan kesalahan-kesalahan jenayah, antaranya di bawah Kanun Keseksaan dan juga di bawah Akta SPRM.
“Jika kesalahan jenayah yang berlaku di hadapan mata atau dalam pengetahuan seseorang dan tidak dibuat laporan polis ataupun laporan SPRM maka ia boleh dianggap suatu “omission”,” tegas Hassan.
Bagi Hassan, penubuhan RCI amat penting kerana pihak PDRM dianggap badan berintegriti dan tempat di mana masyarakat awam bergantung harapan dalam menyelesaikan hal-hal jenayah.
Oleh yang demikian, katanya PDRM perlu mengutamakan prinsip kedaulatan undang-undang di atas segala-galanya.
“Mengapa saya tegaskan penting RCI ditubuhkan? Jawapannya kerana peranan PDRM amat penting dalam menegakkan dua prinsip utama dalam urusan kenegaraan, iaitu mendaulatkan undang-undang (rule of law) serta menjamin keluhuran Perlembagaan (supremacy of Federal Constitution).
“Jadi amalan kartel dalam PDRM yang amat negatif itu mesti dibasmi. Ia bukan satu gejala baru yang baru hendak bertunas. Tetapi ia sudah berakar umbi. Tindakan tegas perlu diambil sekarang,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31851

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Kesan Datuk Seri Siasatan Kes Sindiket Pengubahan Wang Haram Jenayah Komersial

Polis Kesan Datuk Seri Siasatan Kes Sindiket Pengubahan Wang Haram Jenayah Komersial

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 813 hits
JOHOR BAHRU Polis mengesan seorang nbsp Datuk Seri nbsp bagi membantu siasatan berhubung nbsp sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersial nbsp Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee...
Kertas Siasatan Kes Polis Lepaskan Suspek Macau Scam Hampir Siap

Kertas Siasatan Kes Polis Lepaskan Suspek Macau Scam Hampir Siap

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 423 hits
Kertas siasatan membabitkan kes sekumpulan pegawai polis yang melepaskan suspek Macau Scam pada bulan lepas hampir siap dan akan diserah kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan be...
Polis Malaysia Pendakwa Raya Korea Selatan Tumpaskan Kartel Dadah Antarabangsa

Polis Malaysia Pendakwa Raya Korea Selatan Tumpaskan Kartel Dadah Antarabangsa

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 330 hits
Polis Malaysia pendakwa raya Korea Selatan tumpaskan kartel dadah antarabangsa Dikemas kini 37 minit yang lalu Diterbitkan p
Siasat Kartel Polis

Siasat Kartel Polis

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 298 hits
SPRM enggan bertindak RCI perlu untuk siasat kartel polis kata Guan EngPETALING JAYA DAP menyeru agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan kartel polis ekoran keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay...
Kartel Polis Disebalik Kehilangan Pastor Raymond Koh Dan Amri Che Mat

Kartel Polis Disebalik Kehilangan Pastor Raymond Koh Dan Amri Che Mat

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 433 hits
Kartel Polis Disebalik Kehilangan Pastor Raymond Koh Dan Amri Che Mat Pendedahan baru baru ini bahawa wujud kartel dalam polis yang menguasai pasukan berkenaan mendorong sebuah kumpulan hak asasi manusia mempertikai sama ada ia turut berkai...
Kes Pukul Gadis Suspek Sudah Ditahan Polis Syak Rebut Pakwe Punca Gaduh

Kes Pukul Gadis Suspek Sudah Ditahan Polis Syak Rebut Pakwe Punca Gaduh

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 3106 hits
Selepas video beberapa remaja perempuan didakwa memukul seorang remaja perempuan tular di media sosial pihak polis sudah menahan beberapa suspek yang datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Tanah Merah Kelantan Menerusi Harian Metro Ketua...
Kita Lihat Bagaimana Kata Zuraida Selepas Polis Mula Siasatan

Kita Lihat Bagaimana Kata Zuraida Selepas Polis Mula Siasatan

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 303 hits
Zuraida Kamaruddin PUCHONG Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata program dengan aktiviti berbasikal yang dirasmikan beliau baru baru ini yang kini disiasat polis mendapat kebenaran pihak berkuasa Katanya program...
Masih Terlalu Awal Tubuh Rci Siasat Kartel Polis Timbalan Menteri Kdn

Masih Terlalu Awal Tubuh Rci Siasat Kartel Polis Timbalan Menteri Kdn

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 402 hits
Masih terlalu awal untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I Dr Ismail Mohamed Said Beliau berkata semuanya masih terkawal dan setak...
Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram

Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 385 hits
JOHOR BAHRU Polis mengesan seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersial Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata Datuk Seri Nicky Liow S...
Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

Six Year Old Boy Reported Missing From Kopitiam

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory

Nerdywave Com The Ultimate Tee Destination For Nerds Gamers Dark Humor Lovers

From Indonesia To Saudi Arabia A Guide For Your Hajj And Umrah In Makkah Madinah

Bayi Berusia Setahun Menggigit Seekor Ular Tedung Hingga Mati

Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dua Puteri Syurgaku Lelaki Ini Reda Kehilangan Bayi Kembar Yang Ditunggu 11 Tahun

Berapa Lama Sejak Anak Anda Terakhir Ambil Ubat Cacing

Kenapa Anda Perlu Miliki Dagmara Cordless Screwdriver

3 Situasi Nak Kenal Adik Beradik

Sunplay Tone Up Uv Essence Berseri Tanpa Filter Perlindungan Terhadap Uv

Reunion Yang Tak Dirancang