Jika seseorang itu mempunyai lebihan harta adlaah digalakkan untuk menyumbang kepada orang yang lebih memerlukan. Sumbangan terhadap pembangunan yang melibatkan Islam, adalah sangat dipandang mulia di sisi Allah SWT. Tahukah kita bahawa terdapat seorang pemain bola sepak yang sering menyumbangkan pendapatannya kepada institusi masjid. Pemain tersebut adalah Kanoute telah dilahirkan pada 2 September 1977,beliau merupakan bekas kapten untuk pasukan negara Mali.
Kejayaan Terbesar didalam karier beliau sudah semestinya memenangi African Footballer of the year pada tahun 2007. Beliau dilahirkan di Perancis, mempunyai ibu berkerakyatan Perancis dan bapa berkerakyatan Mali.Memulakan karier beliau di Lyon,kemudian berhijrah ke Liga Perdana Inggeris bersama West Ham
Beliau telah menganut agama Islam sejak beliau berusia sekitar 22 tahun. Kira-kira pada tahun 2007, Kanoute membayar lebih daripada $700,000 ataupun hampir setahun daripada gajinya untuk membeli, ataupun dengan kata lain menyelamatkan sebuah masjid di Seville yang hampir-hampir ditutup
Semasa bersama Sevilla beliau telah mencetuskan kontroversi dengan menolak untuk memakai jersi Sevilla yang mempunyai lambang syarikat perjudian 888.com. Sevilla akhirnya akur dan memberi jersi khas untuk Kanoute|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |