Maka, dengan penegasan ini, baik Azmin mahupun para penyokongnya, berhentilah berangan-angan atau terlebih perasan untuk memintas jawatan Perdana Menteri mendahului Anwar.Ia adalah sesuatu yang hampir-hampir mustahil pada hakikatnya, bukan saja kerana adanya janji penyerahan kuasa yang sudah lama dipersetujui yang kuasa mutlaknya terletak pada Majlis Presiden PH, tetapi juga disebabkan kes “video Haziq” yang masih membelenggu Timbalan Presiden PKR itu.Kenyataan terbaruTun Mahathir ini dengan sendirinya selaras dengan apa yang Anwar sebut dua hari lalu bahawa satu dua orang yang selalu ngok-ngek dalam parti mempertikaikannya sudah tidak relevan lagi sekarang ini.Yang nyata, di sebalik kegemaran mereka suka mempertikaikan Anwar, berdasarkan sambutan di negeri-negeri dalam konvensyen parti yang dihadirinya, Anwar tidak dinafikan mendapat sokongan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada ahli-ahli PKR sendiri.Lalu, bagaimanakah mahu dinafikan kedudukan Anwar sebagai bakal PM8 untuk menggantikan Tun Mahathir?Sebaliknya, dengan hakikat yang ada di depan mata beserta penegasan Tun Mahathir sendiri bahawa penggantinya tetap Anwar dan bukan Azmin, baik Menteri Hal Ehwal Ekonomi atau para penyokongnya, “pergilah main jauh-jauh” untuk terus bermimpi dan berangan-angan bagi mengejar kerusi Perdana Menteri.Anda semua sudah tidak relevan lagi sekarang ini. (ShahbudinHusin 04/11/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |