Siapa Yang Mampu Bayar Denda Hampir Rm1 Bilion Anak Guam Saya Tak Punyai Sebarang Punca Pendapatan Peguam


The Reporter




Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan, yang mensabitkan Datin Seri Rosmah Mansor pada 1 September 2022 dengan pertuduhan rasuah, berkata kes sedemikian sudah meresapi hampir setiap lapisan masyarakat dan perlu dibendung sebelum menjadi pandemik.

Dalam penghakiman setebal 116 halaman, Mohamed Zaini berkata jika rasuah dibiarkan tanpa sebarang kekangan, masyarakat di negara ini akan menerimanya sebagai satu kebiasaan dalam hidup atau dunia perniagaan.


Beliau berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman selepas mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.


“Saya telah mengambil kira faktor rayuan yang dikemukakan oleh peguam yang bijaksana serta respons pihak pendakwaan. Pertimbangan utama dalam memutuskan hukuman yang sesuai ialah kepentingan awam.


“Hukuman harus menggambarkan rasa tidak senang atau jijik terhadap jenayah itu. Hukuman juga mestilah mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan. Ia juga hendaklah menjadi faktor pencegah kepada tertuduh dan orang lain daripada melakukan jenayah seperti ini,” katanya.


Mohamed Zaini berkata hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 26(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 diperuntuk di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 hendaklah apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.


Beliau berkata hukuman yang diperuntuk di bawah seksyen itu adalah berat yang menandakan keseriusan kesalahan rasuah.


Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1).


“Justeru, tertuduh dihukum penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan serentak. Hukuman bermula dari tarikh penghakiman.


“Hukuman berjalan serentak kerana kesalahan yang dilakukan berkait rapat antara satu sama lain. Tertuduh juga didenda sebanyak RM970,000,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan, atau penjara 10 tahun,” katanya.


Mohamed Zaini juga berkata peguam Rosmah telah menyatakan bahawa mereka akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan meminta agar hukuman penjara serta denda ditangguhkan yang tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.


“Oleh itu, saya menangguhkan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan tertuduh di Mahkamah Rayuan selesai. Jaminan RM2 juta yang dibuat sebelum ini dilanjutkan dengan syarat yang sama sehingga rayuan selesai,” katanya.


Ketika ditemui pemberita, peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah berkata, denda yang dikenakan “belum pernah terjadi” dan merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah perundangan Malaysia.


"Siapa yang mampu membayar denda hampir RM1 bilion?... Anak guam saya tidak mempunyai sebarang punca pendapatan. Adakah ini yang kita sifatkan sebagai keadilan?" katanya.


Sumber: Bernama


September 05, 2022 at 04:18AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2022/09/siapa-yang-mampu-bayar-denda-hampir-rm1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Kena Penjara 10 Tahun Denda Hampir Rm1 Bilion

Rosmah Kena Penjara 10 Tahun Denda Hampir Rm1 Bilion

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM979 juta ke atas Datin Seri Rosmah Mansor selepas didapati bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah enam tahun lalu Gagal membay...
Adakah Denda Rm970 Juta Adil Buat Rosmah Soal Peguam

Adakah Denda Rm970 Juta Adil Buat Rosmah Soal Peguam

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 223 hits
Mohamad Fadli dan Ainin Wan SallehKUALA LUMPUR Peguam Rosmah Jagjit Singh mengkritik denda RM970 juta yang dikenakan selepas Rosmah Mansor didapati bersalah atas pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak be...
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 341 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Bagi Anak Selang Susu Ibu Susu Susu Formula Punca Anak Sembelit Ini Penjelasanya

Bagi Anak Selang Susu Ibu Susu Susu Formula Punca Anak Sembelit Ini Penjelasanya

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 222 hits
Anak saya berumur tiga bulan Dia menyusu susu ibu dan susu formula Dia sukar untuk membuang air besar Hanya dua hari sekali Setiap kali hendak buang air besar dia akan menangis kesakitan Adakah ia disebabkan oleh susu formula yang saya beri...
Kah Kah Kena Bayar Lagi Rm10k Kos Mahkamah Tolak Saman Fitnah Rm1 Juta Dusuki Terhadap Jeming

Kah Kah Kena Bayar Lagi Rm10k Kos Mahkamah Tolak Saman Fitnah Rm1 Juta Dusuki Terhadap Jeming

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 169 hits
Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini menolak saman fitnah bekas anggota jawatankuasa ulama PAS Pusat Ahmad Dusuki Abd Rani terhadap Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmin Hassan Keputusan itu dibuat hakim Zaman Mohd Noor selepas mendengar pengh...
Fahmi Persoal Guna Rm1 Bilion Untuk Pru15

Fahmi Persoal Guna Rm1 Bilion Untuk Pru15

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 338 hits
Adakah wajar RM1 bilion digunakan untuk Pilihan Raya Umum ke 15 pada tahun ini atau wang itu digunakan bagi membantu rakyat Persoalan itu dikemukakan oleh Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menjawab ura ura PRU15 akan diadakan pada Oktober d...
Hebat Anak Ini Dalam Diam Kumpul Duit Belanja Sekolah Bantu Rakan Bayar Yuran

Hebat Anak Ini Dalam Diam Kumpul Duit Belanja Sekolah Bantu Rakan Bayar Yuran

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 267 hits
Hati anak anak kecil sangat tulus Tambah pula jika didikan ibu bapa yang sentiasa menitikberatkan sikap yang positif dan menghormati orang lain sejak dari kecil Seperti perkongsian di FB Nasaie Ismail sebagai seorang bapa dia tidak sangka s...
Laporan Kepada Sprm Hadi Bayar Rm1 4 Juta Kepada Wanita Mat Salleh

Laporan Kepada Sprm Hadi Bayar Rm1 4 Juta Kepada Wanita Mat Salleh

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 203 hits
Atas Surat Mahkamah London membatalkan kes peribadi oleh Hadi saman Claire Rewcastle Brown Tiada tersebut nama parti PAS Ini adalah kes peribadi yang dibuat oleh Hadi Awang di Mahkamah London SEORANG Adun DAP membuat laporan kepada Suruhanj...
Selepas Muat Naik Foto Noh Anak Mizz Nina Kongsi Petikan Tentang Cur4ng Mizz Nina Dedah Punca Pencer4ian

Selepas Muat Naik Foto Noh Anak Mizz Nina Kongsi Petikan Tentang Cur4ng Mizz Nina Dedah Punca Pencer4ian

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 393 hits
Bulan lalu pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengejutkan industri hiburan apabila mengumumkan mengenai perceraian mereka
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pulangnya Ayahanda Ke Rahmatullah

Tips Menjadikan Kotak Perfume Anda Lebih Premium Elegan

Panduan Memilih Kotak Air Freshener Yang Sesuai Untuk Produk Anda

Mangsa Banjir Terasa Berat Terima Tetamu

Holiday Stress

Bolehkah Gabungkan Puasa Qada Dengan Puasa Enam Syawal