Apa Itu Affiliate Network


Program Affiliate Marketing telah terbukti mampu untuk memberikan pendapatan sampingan yang baik kepada para pesertanya.
 
Satu masa dulu, pendapatan dari program affiliate cukup untuk digunakan bagi tujuan membayar bil internet setiap bulan. Tapi pada hari ini, income dari program ini boleh digunakan untuk membeli sebuah rumah!
 
Kalau anda masih kurang familiar dengan konsep affiliate marketing, boleh baca dulu artikel saya sebelum ini yang berjudul apa itu affiliate marketing.
 
Artikel ini saya tulis sebagai bacaan tambahan bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kaedah menjana pendapatan melalui program affiliate marketing.
 
Kali ini, kita akan bincangkan tentang suatu entiti (atau platform) yang kita namakan ia sebagai Affiliate Network.
 
Apakah yang dimaksudkan dengan Affiliate Network? Affiliate Network ini sebenarnya merujuk kepada suatu platform yang menghubungkan antara individu atau syarikat yang berminat untuk menjadi ejen affiliate dengan pihak merchant yang menjalankan perniagaan sesuatu produk ataupun perkhidmatan secara online.
 
Pernah tak anda terfikir, untuk membentuk sebuah syarikat, yang mana aktiviti utama syarikat tersebut adalah menjalankan kerja-kerja pemasaran sebagai seorang (atau sepasukan) ejen affiliate.
 
Sebenarnya idea dia macam ni.

Katakanlah, anda mempunyai 8 orang kawan yang anda memang rapat, percaya dan anda telah kenal lama. Pada satu hari, anda merancang untuk bersama-sama membina sebuah perniagaan bersama dengan kawan-kawan rapat anda ini tadi.
 
Ye la… daripada lepak-lepak, sembang-sembang kosong, bersantai… lebih baik kita sama-sama buat projek yang boleh mendatangkan hasil dimasa akan datang.
 
Setelah anda lakukan proses brainstorming, maka dari hasil perbincangan tersebut, anda bersetuju untuk memulakan sebuah perniagaan yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut
i. Perniagaan tersebut tak memerlukan modal permulaan yang besar
ii. Perniagaan boleh dijalankan tanpa perlu menyimpan stok
iii. Masa untuk menjalankan aktiviti perniagaan mestilah fleksibel
iv. Setiap orang boleh bekerja mengikut kepakaran yang ada pada dirinya
 
Persoalannya, apakah bentuk perniagaan yang memenuhi kriteria sama seperti apa yang telah anda persetujui bersama itu?

Saya cadangkan, anda patut cuba affiliate marketing.
 
Kebiasaannya, affiliate marketing ini, orang buat secara individu.
Sekarang, cuba anda bayangkan, what if program ini dijalankan secara berkumpulan.
 
Kalau buat sendiri-sendiri, mungkin kita boleh hasilkan income dari affiliate marketing ini sebanyak RM200 – RM500 sebulan.
Bagaimana kalau kerja yang sama, kita buat secara berkumpulan. Dalam satu kumpulan tu pula, ada 8 orang kesemuanya.
 
Kita andaikan, kalau buat sendiri-sendiri, boleh dapat income dalam RM500 sebulan. (tadi saya buat anggaran boleh dapat dalam RM200 – RM500 sebulan. Saya pilih RM500 sebagai jumlah tertinggi)
Kalau buat secara berkumpulan dengan jumlah ahli seramai 8 orang, kita mungkin akan dapat RM500 X 8 = RM4,000 sebulan!
 
Sebelum itu, saya nak letakkan sedikit disclaimer.
i. Pengiraan ini hanyalah untuk tujuan penerangan sahaja.
ii. Saya sengaja menunjukkan cara pengiraan versi ringkas (simplify)
iii. Hakikatnya, anda mungkin akan dapat kurang daripada angka yang saya sebutkan atau
iv. Mungkin akan dapat sejumlah amaun yang jauh lebih besar
 
Kita perlu ambil kira, bila kita bekerja secara berkumpulan ini, biasanya
i. Motivasi dan semangat kerja kita akan jauh lebih tinggi berbanding kerja seorang diri
ii. Setiap orang akan membawa kepakaran masing-masing dalam projek
iii. Setiap orang juga ada follower masing-masing, sama ada follower di Youtube, Blog, FB dan sebagainya
iv. Setiap orang juga akan berikan support dan akan saling ingatkan untuk buat yang terbaik
 
Katakanlah projek bisnes affiliate secara bersyarikat ini berjaya, dan syarikat anda berjaya hasilkan pendapatan minimum RM4,000 setiap bulan, seterusnya adalah tentang pembahagian keuntungan. Bahagian ini, anda perlu bincangkan adakah
i. Bahagi sama rata
ii. Bahagi mengikut prestasi
iii. Bahagi mengikut peratusan yang dipersetujui bersama
 
Jadi lepas ini, kalau anda nak buat duit melalui program affiliate, mungkin boleh pertimbangkan untuk buat secara berkumpulan. Bina satu syarikat dan buat kerja pemasaran ini secara berkumpulan.
 
Manalah tahu, bermula dengan sebuah syarikat yang fokusnya untuk buat duit melalui affiliate marketing, ia seterusnya boleh berkembang menjadi sebuah agensi pemasaran dan pengiklanan yang berperanan sebagai wakil pemasaran untuk syarikat lain yang tak mempunyai marketing department mereka sendiri.
 
Contoh Affiliate Network di Malaysia Kita sambung perbincangan mengenai affiliate network.
 
Seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini, affiliate network ini sebenarnya adalah sebuah platform (atau syarikat) yang menghubungkan antara individu atau syarikat yang berminat untuk menjadi ejen affiliate bagi pihak merchant.
 
Ini pula beberapa contoh platform affiliate network yang anda boleh sertai di Malaysia.
 
1. Involve Asia Link: https://involve.asia/

Involve Asia ini merupakan sebuah platform yang menghubungkan antara ejen affiliate dengan jenama terkemuka milik pelbagai merchant.
 
2. AccessTrade Link: https://accesstrade.global/my/

AccessTrade ini merupakan sebuah lagi platform Affiliate Network yang anda boleh sertai. Dari segi fungsi, ianya tak jauh beza dengan Involve Asia. Ada merchant yang ada pada AccessTrade tapi tiada di platform Involve Asia.
 
3. IndoLeads Link: https://indoleads.com/

Satu lagi affiliate network yang anda boleh sertai adalah IndoLeads.
 
Andai kata anda tak berjaya daftar di Involve Asia, atau di AccessTrade, bolehlah cuba buka akaun dengan pihak IndoLeads ini ya.
 
Persoalannya ialah, kenapa seseorang itu perlu melalui affiliate network untuk mendaftar sebagai ejen affiliate?
Bukankah kita boleh daftar terus dengan pihak merchant, sekiranya kita berminat untuk jadi ejen affiliate.
 
Kelebihan Affiliate Network Affiliate network ini ada peranan yang tersendiri.
 
Memang betul, seseorang itu boleh daftar terus dengan pihak merchant, sekiranya berminat untuk jadi ejen yang mempromosikan jenama merchant tersebut.
 
Sebagai contoh, andai kata anda berminat nak mempromosikan produk-produk yang dijual dilaman web Shopee atau mungkin Lazada, anda boleh terus daftar sebagai ejen affiliate dengan pihak yang berkenaan.
Baca juga: Program Affiliate Shopee – Cara join beserta dengan bukti pendapatan saya

Tapi kadang-kadang boleh berlaku satu keadaan dimana permohonan anda untuk menjadi ejen tak diterima.
Ya, kena reject.
 
Malahan, kali pertama saya nak mendaftar sebagai ejen affiliate Shopee, pendaftaran saya turut ditolak. Tapi macam biasalah, kali pertama cuba kena reject, saya cuba sekali lagi, sampai berjaya.
 
Sesetengah merchant, meletakkan syarat yang agak ketat, sebelum menerima mana-mana individu untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pemasaran mereka, walaupun peranan kita hanyalah sebagai ejen affiliate.
 
Pernah satu ketika, saya pernah lihat ada merchant yang meletakkan syarat seperti
i. Seseorang yang ingin menjadi ejen, perlu mempunyai follower di media sosial minimum 5,000 orang
ii. Individu tersebut perlu mempunyai laman web atau blog yang aktif dan trafik yang tinggi
 
Salah ke pihak merchant meletakkan syarat yang begitu ketat?
Basically, tak salahpun. Biasanya mereka buat begini sebab nak pastikan hanya individu yang betul-betul serius nak bekerja (atau buat kerja) sahaja yang akan diterima masuk sebagai ejen.
 
Orang yang cuma suka-suka nak daftar, mereka ini akan ditapis dari awal, dan permohonan mereka akan ditolak.
 
Persoalannya, macam mana pihak merchant boleh tahu, sama ada seseorang itu betul-betul serius nak buat duit sebagai ejen affiliate, atau sekadar berminat untuk daftar?
Saya pun tak tahu, bagaimana cara mereka tentukan setiap calon yang mendaftar dan memohon untuk jadi ejen.
 
Boleh jadi, pihak merchant ini akan lihat pada kriteria pemohon.
Sebagai contoh, kalau pemohon itu tadi tak mempunyai laman web sendiri, tak ada blog, ada blog tapi trafik blog sangat rendah, atau tak mempunyai follower media sosial yang banyak, biasanya individu seperti ini memang tak akan berjaya buat duit, dan tak akan berjaya hasilkan sebarang jualan.
 
Kita lihat dari perspektif merchant. Mungkin mereka fikir begini “calon ejen ini tak ada blog, ada blog tapi tak ada trafik, kemudian follower di media sosial pun tak sampai 10 orang… macam mana dia nak buat sales?” 
 
Kalau lihat dari sudut pandang ini, pihak merchant mahukan seseorang yang mampu untuk buktikan bahawa dia mempunyai kriteria atau ciri yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang ini.
 
Memang betul, tak ada jaminan bahawa orang yang ada blog, orang yang ada banyak follower ini pasti akan mampu berikan sales kepada merchant, tapi kalau kita buat perbandingan, antara orang yang ada semua ini dengan orang yang baru nak bermula dan masih tak ada sebagai property (blog, website, social media followers), obviously kita tahu mana satu yang perlu diutamakan, dan mana satu yang perlu di reject sahaja.
 
Baiklah, seterusnya saya nak kongsikan kepada anda semua, apa dia kelebihan yang kita bakal perolehi sekiranya menyertai program affiliate melalui affiliate network.
 
1. Alternatif bagi direct ejen Poin saya ialah, affiliate network ini ada beri kelebihan dari segi memberikan alternatif sekiranya kita tak dapat menyertai atau menjadi ejen secara direct dengan pihak merchant.
 
Dalam keadaan dan sebab-sebab tertentu, permohonan kita mungkin ditolak.
Tapi itu bukanlah penamat bagi kita.
 
Sekiranya kita tak boleh daftar terus dengan pihak merchant, kita masih boleh mempromosikan produk yang dijual oleh merchant, melalui platform affiliate network.

2. Anda boleh promosikan banyak jenama merchant melalui satu akaun berpusat Satu isu dengan mendaftar akaun affiliate secara terus dengan pihak merchant ialah, kita akan ada banyak akaun dengan merchant yang berbeza.
 
Masalah dengan ada banyak akaun ini apa?
i. Kita kena ingat maklumat login iaitu username dan password
ii. Kita tak digalakkan untuk gunakan username dan password yang sama
iii. Kadang-kadang boleh terlupa nak login ke member area untuk merchant yang berbeza
iv. Kita perlu capai sales target untuk semua merchant yang berbeza
 
Baiklah, sekarang kita bandingkan kalau sertai program affiliate ini bersama dengan affiliate network.
Andai kata anda daftar melalui Involve Asia, hanya dengan satu akaun di Involve Asia ini sahaja, anda boleh mula promosikan pelbagai jenama dan marketplace berbeza. Lihat contoh dibawah.

Hanya dengan satu akaun Involve Asia, anda boleh promosikan merchant popular seperti
i. Lazada
ii. AliExpress
iii. Mr DIY
iv. AliBaba
v. Lotus
vi. Shopee
 
Apa yang saya tunjukkan dalam screenshot diatas, hanyalah senarai merchant dalam kategoti “marketplace”. Sebenarnya ada banyak lagi merchant yang anda boleh promosikan dalam kategori berbeza.
 
Dalam Involve Asia ini juga sebenarnya ada kategori yang berbeza, seperti
i. Marketplace
ii. Fashion
iii. Finance
iv. Travel
v. Electronic
vi. Services
vii. Health & Beauty
 
Saya secara peribadi suka promosikan jenama atau merchant dalam kategori marketplace (Lazada & Shopee), Finance dan juga Travel.
 
(3) Anda boleh mula mempromosikan jenama yang tak mempunyai program affiliate mereka sendiri Ada merchant yang tak menjalankan program affiliate mereka sendiri.
 
Tahukah anda, laman web online marketplace sepopular Shopee pun pada awalnya tak menjalankan program affiliate mereka sendiri. Sebaliknya, mereka melancarkan program affiliate mereka melalui platform Affiliate Network Involve Asia.
 
Saya masih ingat lagi pada bulan Mac 2018, Involve Asia ada menerbitkan satu artikel tentang pelancaran program affiliate Shopee melalui platform yang mereka bangunkan.

Kemudian selepas beberapa bulan (atau mungkin beberapa tahun), barulah pihak Shopee melancarkan program affiliate yang mereka kendalikan sendiri.
 
Kenapa ada syarikat atau merchant yang dilihat seperti kurang berminat untuk melancarkan program affiliate mereka sendiri?
Sedangkan kalau dari segi teori, bukankah kalau lebih ramai ejen masuk untuk mempromosikan jenama mereka, ini dapat memberi impak positif terhadap pendapatan dan keuntungan syarikat?
 
Perkara ini juga yang sering saya fikirkan.
Tapi saya rasa mungkin ada beberapa sebab kenapa sesebuah syarikat atau bisnes tak melancarkan program affiliate mereka sendiri. Misalnya…
i. Mereka tak mempunyai kepakaran dalam mengendalikan program affiliate
Ini merupakan sebab yang biasa. Untuk melancarkan program affiliate sendiri, pihak syarikat tersebut perlu memiliki kepakaran dalam bidang tersebut. Jika tak, apabila berlaku sesuatu masalah atau isu, mereka tak akan mampu untuk selesaikannya dengan pantas.
 
ii. Bajet yang terhad
Program affiliate ini bukannya percuma, terutama sekali bagi pihak pengendali program.
 
Saya akan terangkan serba sedikit mengenai kos yang perlu ditanggung oleh pihak penganjur program.
a. Kos untuk melanggan sistem affiliate
Sistem affiliate itu sendiri… MAHAL.
 
Setelah melanggan sistem affiliate, akan timbul pula isu lain, misalnya seperti bagaimana cara nak memasang (install) sistem tersebut, bagaimana cara untuk configure sistem, bagaimana pula proses maintenance bagi memastikan sistem beroperasi dengan lancar setiap masa.
 
b. Kos untuk langgan hosting
Biasanya apabila kita memasang perisian baru, kos untuk hosting kita juga akan bertambah.
 
c. Kos untuk membayar komisen kepada ejen
Konsep affiliate marketing ini adalah perkongsian keuntungan (profit sharing). Apabila berlaku jualan, dan pada jualan tersebut terdapat cookies tag atas nama ejen affiliate tertentu, akan timbul satu persoalan.
 
Adakah pelanggan ini sebenarnya pelanggan baru?
Adakah pelanggan ini membuat pembelian disebabkan oleh usaha pemasaran dari ejen?
Adakah pelanggan ini membuat pembelian disebabkan reputasi syarikat dan kerja pengiklanan yang dilakukan oleh syarikat?
Adakah pelanggan ini secara tak sengaja menekan klik pada link affiliate ejen sebelum buat pembelian?
Adakah ejen ini menggunakan kaedah pemasaran yang beretika?
Adakah ejen ini menggunakan kaedah click-bait dalam pemasaran?
 
Kadang-kadang boleh berlaku satu keadaan dimana ejen tersebut sebenarnya langsung tak layak untuk dibayar komisen, kerana dia melanggar banyak terma & syarat dalam kerja-kerja pemasaran. Tapi disebabkan ingin menjaga hubungan yang baik, atau atas sebab-sebab lain, maka komisen tetap akan dibayar.
 
Sudah tentu dengan harapan ejen tersebut tak akan ulangi kesalahan lalu dalam pemasaran yang dilakukan.
 
iii. Produk atau perkhidmatan mereka lebih sesuai dijual secara walk in
Ada juga produk yang dalam kategori ini. Pelanggan lebih suka walk in ke kedai dan beli terus dikedai berbanding order secara dalam talian. Hanya apabila pelanggan ingin buat pembelian ulangan (repeat order) barulah dia akan beli secara online.
 
iv. Produk yang mereka jual tidak menarik pada penilaian ejen affiliate
Terdapat syarikat yang akan melancarkan program affiliate mereka melalui platform affiliate network. Kemudian mereka akan membuat analisis pada data yang terhasil.
 
Sepanjang program affiliate mereka dijalankan (melalui affiliate network) maklumat seperti berikut akan diperhatikan
Berapa ramai ejen affiliate yang memilih untuk mempromosikan jenama mereka? Berapa banyak pertambahan sales yang berpunca dari aktiviti pemasaran para ejen affiliate Berapa banyak pertambahan traffic keatas halaman jualan yang datangnya dari para ejen  
Boleh berlaku satu keadaan, selepas satu tempoh masa, pihak merchant dapati melalui data yang terhasil, rupa-rupanya tak ramai affiliate yang minat nak mempromosikan produk syarikat. 
 
Dalam keadaan ini, adakah wajar untuk pihak merchant melabur sejumlah wang bagi tujuan membangunkan program affiliate in-house mereka sendiri?
Kalau pada saya, saya akan kata tak berapa wajar.
 
Mereka perlu pertimbangkan untuk berhadapan dengan satu situasi, yang mana setelah mereka melabur sejumlah wang yang agak besar bagi tujuan pembangunan sistem affiliate, menyediakan staf untuk urus bahagian affiliate marketing, kemudian mereka dapati tak ada siapa yang minat nak daftar sebagai ejen.
 
Ataupun, ada yang daftar tapi mereka ini akhirnya hanya menjadi ejen tidur. Tiada langsung sebarang aktiviti dari mereka, dan tiada sebarang hasil yang mereka berikan kepada syarikat.
 
Andai kata situasi ini yang berlaku, maka pelaburan yang dilakukan untuk melancarkan program affiliate in-house menjadi sia-sia dan ia tak memberikan sebarang hasil positif.
 
v. Kesukaran untuk menentukan tahap kejayaan program affiliate
Program affiliate ini bukanlah satu short cut, atau strategi pasti berjaya dalam menjalankan sesebuah perniagaan. Kalau anda sangka, dengan melancarkan program affiliate anda sendiri, maka akan ada berduyun-duyun orang akan daftar sebagai ejen dan seterusnya memberikan durian runtuh dalam bentuk jualan bernilai jutaan ringgit kepada anda…
 
Anda telah silap.
 
Sebenarnya bukan mudah untuk menarik minat pro affiliate marketer untuk join team pemasaran anda dan seterusnya mempromosikan jenama perniagaan anda. Malahan tak salah kalau saya katakan, kebiasaannya pro marketer ini sudah mempunyai senarai merchant kegemaran mereka dan tiada keperluan untuk mereka daftar banyak-banyak program affiliate.
 
Cuba bayangkan, kalau satu program affiliate dah boleh sumbangkan komisen sebanyak RM3,000 – RM10,000 setiap bulan, apakah ada lagi keperluan nak daftar dengan program lain pula? Biasanya mereka yang income belum stabil sahaja yang akan daftar banyak-banyak program dalam satu masa.
 
(4) Menyediakan tools dan custom creative untuk kerja pemasaran Tools dan custom creative ini merujuk kepada banner, poster, grafik atau ayat-ayat pemasaran yang kita boleh terus copy paste bagi tujuan menjalankan pemasaran.
 
Kalau tanya saya, adakah benda-benda ini semua penting? Saya akan jawab, ianya kurang penting tapi amat membantu.
 
Saya lebih suka bina sendiri konten untuk kerja-kerja pemasaran.
 
Namun, pihak affiliate network ini biasanya akan turut mengambilkira ejen yang tak ada kemahiran untuk bina konten. Mereka ini perlu “dibantu” dan sekurang-kurangnya pihak affiliate network bantu mereka dengan menyediakan konten yang mereka boleh copy paste di media sosial milik ejen itu sendiri.
 
Tapi kalau pihak affiliate network dah bantu hingga ke tahap ini, masih tetap tiada sebarang tindakan dari pihak ejen, itu tandanya pihak ejen itu sendiri yang bermasalah.
 
(5) Menyediakan sistem laporan yang lengkap kepada para ejen Pada ruangan member, biasanya kita boleh lihat tahap pencapaian dan juga prestasi kerja kita.
 
Sebenarnya ada banyak lagi data-data yang berguna untuk kita jadikan rujukan. Sudah tentu, sebelum nak bercerita mengenai data, kita sendiri perlulah mempunyai sedikit pengetahuan, bagaimana cara untuk membaca dan menggunakan data tersebut bagi tujuan menghasilkan kempen pemasaran yang lebih baik.
 
Bagi tujuan perbincangan, saya ingin menggalakkan anda untuk melihat data seperti
 
i. Berapa banyak jumlah klik yang diperolehi pada link affiliate anda
Anda perlu mempunyai sistem tracking anda sendiri, selain bergantung kepada sistem tracking yang disediakan oleh platform affiliate network. Kita nak tahu berapa banyak jumlah klik yang diperolehi dan berapa banyak yang convert kepada jualan.
 
ii. Dari mana punca klik tersebut dihasilkan.
Adakah datang dari blog, channel Youtube, pemasaran di FB Group atau dari lain-lain sumber? Kalau kita menggunakan banyak platform untuk tujuan pemasaran, dan dari banyak-banyak platform tersebut, ada yang kurang perform, kita boleh tinggalkan platform tersebut dan fokus pada yang memberi hasil yang lebih baik.
 
iii. Berapa banyak jumlah jualan yang terhasil?
Jika kita sertai program affiliate Shopee atau Lazada misalnya, kita perlu perhatikan apakah kategori produk yang paling banyak menyumbangkan jualan kepada kita. Bila kita tau kategori yang mana satu yang paling banyak bagi hasil, boleh fokus pada kategori itu sahaja.
 
iv. Click Through Rate (CTR)
Kita membuat perbandingan antara jumlah views dengan jumlah click yang diterima pada iklan atau link affiliate tersebut.
 
CTR yang tinggi memberi gambaran bahawa audience berminat dengan iklan, dan iklan tersebut memang sangat relevan dengan mereka.
Manakala CTR yang rendah memberi kita idea bahawa iklan tersebut kurang diminati dan mungkin kurang relevan dengan audience. Oleh yang demikian, kita perlu lakukan beberapa adjustment bagi menggalakkan audience kita menekan klik pada iklan yang kita hasilkan.
 
Sebenarnya, bekerja dengan data ini agak seronok, terutama sekali kalau kita faham dan tahu cara untuk baca data tersebut. Bila dah ada data, pandai-pandailah kita buat konten berdasarkan pada data yang ada.
 
(6) Memastikan pembayaran komisen untuk ejen berjalan lancar Salah satu masalah yang agak common dalam bab buat duit dengan program affiliate ialah masalah komisen tak dibayar oleh merchant.
 
Kita sebagai ejen, telahpun bersusah-payah dan bertungkus-lumus lakukan yang terbaik untuk menghasilkan jualan, namun bila kita dah berjaya buat jualan, pihak merchant gagal untuk bayar komisen.
 
Biasanya ada beberapa sebab yang dijadikan alasan kenapa pihak merchant gagal untuk bayar komisen para ejen.
i. Isu ataupun masalah teknikal pada sistem affiliate 
Masalah ini boleh berlaku jika pihak merchant menggunakan sistem affiliate yang tak up to date. Sebab tu saya kata, nak lancarkan program affiliate ini bukan mudah dan tidak murah.
 
Pihak penganjur perlu pastikan sistem affiliate boleh beroperasi dengan baik dan tak ada bug. Jika berlaku bug, boleh berlaku keadaan dimana, dipihak ejen sistem menunjukkan kita berjaya buat jualan, tapi dipihak merchant, ia menunjukkan error atau tiada rekod jualan.
 
ii. Fraud booking/transaction 
Pihak merchant menyifatkan sesuatu transaksi yang berlaku itu sebagai fraud, dan mereka menolak untuk membuat sebarang pembayaran.
 
iii. Masalah kewangan pihak merchant
Ada juga keadaan dimana pihak merchant sebenarnya mempunyai masalah kewangan yang agak kritikal. Mereka tak mempunyai aliran tunai yang cukup baik untuk membayar komitmen kewangan mereka.
 
Duit tunai yang ada pada mereka, mereka perlu utamakan untuk bayar gaji pekerja, bil utiliti, sewa premis dan sebagainya. Akhirnya bayaran untuk ejen affiliate terpaksa ditunda memandangkan mereka tak perlu berdepan secara bersemuka dengan para ejen.
 
Apa ejen affiliate boleh buat?
Paling kuat pun, ejen hanya akan hantar email, whatsapp, hubungi melalui media sosial. Lama kelamaan jika terus menerus tak dilayan, ejen ini akan senyap sendiri dan akan lupakan tentang komisen tersebut.
 
Situasi komisen tak dibayar ini, boleh dielakkan jika kita buat affiliate marketing melalui platform affiliate network.
Biasanya, untuk mengelakkan berlaku masalah seumpama ini, pihak affiliate network akan meminta merchant membayar deposit terlebih dahulu.
 
Sebagai contoh, merchant perlu bayar deposit sebanyak RM10,000 terlebih dahulu sebelum ejen memulakan sebarang aktiviti pemasaran.
Setelah aktiviti pemasaran bermula, dan ejen berjaya hasilkan banyak jualan, komisen yang terhasil akan diambil dari duit deposit yang dibayar oleh pihak merchant.
 
Sekiranya, terlalu banyak jualan yang berjaya dihasilkan, dan duit deposit telahpun habis (mencapai had bajet) maka pihak affiliate network sama ada akan
i. Meminta pihak merchant menambah bajet
ii. Menasihati ejen untuk menghentikan aktiviti pemasaran yang berkaitan dengan jenama merchant
 
Maka dalam hal ini, sedikit sebanyak kebajikan para ejen dapat dipelihara. Kes-kes yang melibatkan komisen tak dibayar, atas sebarang alasan sama ada syarikat merchant ada masalah kewangan, bakal gulung tikar dan sebagainya, komisen yang bakal dibayar kepada ejen adalah lebih terjamin.
 
(7) Memberikan latihan kepada para ejen Individu yang berminat untuk buat duit dengan affiliate marketing ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Bukan semua orang mempunyai skil dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang ini.
 
Menyedari hakikat tersebut, pihak Affiliate Network lazimnya akan menyediakan program latihan secara berkala. Ini merupakan salah satu contoh program latihan yang ditawarkan oleh pihak platform.

Latihan ini adalah tentang cara menjalankan pemasaran menggunakan kaedah pengiklanan berbayar Facebook Ads. Latihan ini dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar yang mempunyai credential HRDF Certified Digital Marketing.
 
Berita baiknya ialah, latihan ini boleh disertai secara percuma sahaja, untuk para ejen. Kalau untuk orang luar, anda mungkin perlu bayar yuran untuk mempelajari topik mengenai Facebook Ads ini.
 
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa pihak affiliate network sanggup bersusah-payah untuk menyediakan program latihan seumpama ini?
Jawapannya mudah sahaja. Perkara ini kita boleh anggap sebagai satu pelaburan bagi pihak affiliate network.
 
Untuk makluman anda, lazimnya pihak affiliate network turut mendapat komisen atas setiap jualan yang anda telah atau berjaya hasilkan.
 
Pihak affiliate network bertindak sebagai orang tengah yang menghubungkan antara merchant dengan affiliate. Apabila affiliate berjaya hasilkan jualan dan layak menerima komisen, sebenarnya sebahagian dari duit komisen yang diterima oleh ejen, ada peratusan yang akan pergi ke akaun affiliate network.
 
Kita boleh katakan, lagi banyak jualan yang mampu dihasilkan oleh para ejen, lebih besar pendapatan yang bakal diperolehi pemilik platform affiliate network. Maka, tak menjadi satu perkara yang pelik jika mereka sanggup untuk melabur bagi tujuan memberi latihan kepada para ejen.
 
Ia merupakan satu pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang sangat baik kepada pihak syarikat. Kita andaikan, dengan meningkatnya skill dan pengetahuan para ejen, maka akan lebih banyak jualan yang akan mampu dihasilkan.
 
(8) Memudahkan ejen mengumpul komisen Kebiasaannya setiap merchant akan meletakkan syarat minimum payment sebelum anda layak untuk menerima sebarang bayaran. Kita andaikan setiap merchant meletakkan syarat minimum payment untuk cash out earning adalah berjumlah RM100.
 
Ini bermakna selagi mana income terkumpul tak mencapai nilai treshhold (nilai ambang) sebanyak RM100, selagi itu komisen tak akan dibayar kepada para ejen.
 
Katakanlah, bulan tersebut dia hanya berjaya hasilkan komisen terkumpul sebanyak RM47 sahaja. Nilai ini akan dibawa ke bulan seterusnya. Jika bulan seterusnya, dia hanya dapat RM30, menjadikan jumlah keseleruhan sebanyak RM47 + RM30 = RM77, nilai RM77 ini juga akan dibawa ke bulan seterusnya.
 
Hanya apabila jumlah terkumpul ini mencapai RM100 barulah ejen akan dibayar.
 
Katakanlah, seseorang ejen itu memilih untuk mempromosikan 3 merchant yang berbeza, iaitu Lazada, Shopee dan juga PG Mall.
 
Setelah ejen tersebut buat kerja-kerja pemasaran, berikut ini adalah hasil komisen terkumpul yang berjaya perolehi.
Shopee – RM53
Lazada – RM47
PG Mall  – RM39
 
Oleh sebab ejen tersebut tak berjaya memenuhi minimum requirement sebanyak RM100, maka pada bulan tersebut, komisen tak akan dibayar. Jumlah komisen terkumpul ini akan dibawa ke bulan seterusnya.
 
Perkara ini tak berlaku jika anda menyertai program affiliate menerusi platform affiliate network. Setiap komisen yang terhasil akan dicampurkan dalam satu akaun, dan ini akan lebih memudahkan anda untuk menerima bayaran dalam bulan tersebut.
 
Dalam situasi ini, anda akan terima bayaran komisen dari Shopee (RM53) + Lazada (RM47) + PG Mall (RM39) = RM139.
Maka, RM139 inilah yang anda akan terima dan bayaran akan dilakukan oleh pihak Affiliate Network.
Secara tak langsung, ini akan lebih memudahkan anda untuk mengumpul komisen dan menerima bayaran setiap bulan, memandangkan akaun dan pendapatan terkumpul anda akan disatukan.

Kelemahan affiliate network Sebelum ini kita dah bercerita mengenai kelebihan bekerjasama dengan affiliate network, kali ini kita lihat sedikit kekurangan apabila menggunakan perkhidmatan affiliate network.
 
Sebenarnya, saya rasa ada keperluan untuk saya highlight perkara ini disini. Bila bercakap mengenai kelebihan atau kelemahan, sebenarnya ia berkait rapat dengan pandangan dan pendapat seseorang. Apa yang saya rasa sebagai satu kelebihan, mungkin ada yang merasakan ia bukannya apa-apa.
 
Kemudian bila saya bercakap tentang kelemahan, ianya bukanlah atas tujuan untuk membuat kritikan. Sebaliknya, ia sekadar untuk menerangkan beberapa poin yang pada saya pengguna perlu tahu, dan faham kenapa ia berlaku sedemikian rupa.
 
(1) Kadar yuran (fee) yang agak tinggi Adakah join platform affiliate network kena bayar?
Kebiasaannya tak ada sebarang bayaran yang dikenakan.
 
Jadi bagaimana ejen affiliate membayar fee atau yuran kepada pihak affiliate network?
Jawapannya adalah melalui potongan dari segi peratusan komisen yang diperolehi oleh ejen tersebut.
 
Faham ke? Ke tak berapa faham? Maksud saya begini. Biar saya berikan satu contoh situasi.
 
Merchant A setuju untuk berikan komisen sebanyak 10% kepada pihak affiliate network sekiranya berjaya menghasilkan jualan.
Dari 10% itu tadi, pihak affiliate network mungkin akan lakukan pembahagian komisen mengikut kadar 3% : 7% atau 5% : 5% antara ejen dengan pihak platform.
 
Kebiasaannya yang saya pernah nampak, pihak affiliate network akan mengambil peratusan komisen yang lebih tinggi, berbanding apa yang diperolehi oleh ejen.
Alasan yang biasa digunakan adalah untuk memastikan kelangsungan platform untuk jangkamasa panjang.
 
Bila join program affiliate dengan merchant A melalui platform affiliate network, ini merupakan peratusan komisen yang bakal diperolehi
Ejen – 3%
Affiliate Network – 7%
Total – 10%
 
Sebaliknya, kalau ejen affiliate tersebut join program affiliate secara terus (direct) dengan pihak merchant, dia bakal memperolehi komisen sebanyak 10% tanpa perlu kongsi dengan mana-mana pihak.
 
Dalam situasi ini, kita boleh katakan
i. Jika seseorang itu perlukan kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh pihak Affiliate Network, maka bolehlah join melalui platform ini.
ii. Jika individu tersebut boleh survive sendiri tanpa bantuan pihak Affiliate Network, boleh join secara direct dengan merchant
iii. Jika dia inginkan peratus komisen yang lebih tinggi, join sahaja secara terus dengan pihak merchant
 
Tak perlu nak salahkan mana-mana pihak.
Tak perlu juga nak kata pihak Affiliate Network ingin ambil kesempatan dan sebagainya.
 
Masing-masing adalah bermotifkan keuntungan.
Merchant nak untung.
Affiliate Network nak untung.
Ejen affiliate nak untung.
Pelanggan yang membuat pembelian produk juga nak untung dengan membeli produk yang terbaik.
 
Asalkan semua pihak boleh mendapat manfaat melalui ekosistem ini, ia akan berjalan dengan harmoni. Tapi jika ada mana-mana pihak yang merasakan ada yang tak betul dengan keadaan dan ekosistem ini, maka pada bila-bila masa mereka boleh bertindak mengikut kuasa yang ada pada dirinya.
 
Kalau merchant kurang berpuas hati dengan sistem affiliate
i. Mereka boleh tamatkan dan tarik diri dari ekosistem affiliate ini.
ii. Mereka tak perlu tambah bajet pengiklanan untuk teruskan program ini.
iii. Mereka tak perlu renew kontrak dengan platform affiliate network
 
Kalau affiliate network yang kurang berpuas hati
i. Mereka boleh hentikan kerjasama dengan merchant jika masalah pada pihak merchant
ii. Mereka boleh terminate mana-mana ejen affiliate yang melanggar terma dan syarat
iii. Mereka boleh reject komisen yang dihasilkan oleh ejen jika terbukti berlaku kesalahan
 
Kalau ejen affiliate pula yang kurang berpuas hati
i. Ejen boleh memilih untuk tak mempromosikan link affiliate mereka
ii. Ataupun dari awal lagi, tak perlu daftar dengan pihak affiliate network
 
(2) Kawalan yang terhad Bila kita join program affiliate melalui pihak affiliate network, kita akan terikat dengan banyak peraturan serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak platform.
 
Contohnya begini, kalau kita join secara terus pihak merchant, kita perlu patuh pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh merchant. Katakanlah semua sekali ada 20 peraturan yang ditetapkan.
 
Kemudian, bila kita join melalui affiliate network, kini kita perlu patuh pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak platform disamping perlu patuh kepada syarat yang ditetapkan oleh pihak merchant. Kita andaikan, pihak affiliate network juga ada 15 terma dan syarat baru.
 
Ringkasnya, secara keseluruhan kita perlu patuh pada 20 peraturan yang ditetapkan oleh merchant dan 15 peraturan dari pihak affiliate network, menjadikan jumlah keseleruhannya 35 peraturan.
(walaupun ada kemungkinan dari 35 peraturan ini ada yang sama dan bertindan)
 
Terlalu banyak peraturan, terlalu banyak sekatan ada ketikanya boleh membuatkan daya kreativiti kita agak sukar untuk berkembang. Kita terlalu terikat dengan macam-macam peraturan.
 
Tapi bagi saya, ia bukanlah terlalu teruk. Perkara ini perlu bagi tujuan memastikan ekosistem affiliate ini boleh beroperasi dengan baik.
 
(3) Kebergantungan terhadap affiliate network Dalam apa-apa keadaan sekalipun, terlalu bergantung hanya pada satu platform, sistem, syarikat, atau individu, bukanlah satu tindakan yang baik.
 
Kalau nak letakkan kebergantungan sepenuhnya, letakkan kebergantungan tersebut hanya pada Allah SWT bagi yang beragama Islam.
 
Tiada yang sempurna, atas dunia ini melainkan hanya Yang Maha Esa.
Kalau dalam konteks perbincangan kita, iaitu mengenai platform affiliate network, perkara yang sama boleh berlaku.
 
Mereka beroperasi dalam bidang teknologi, sistem dan program komputer. Ada ketikanya mereka juga terdedah dengan risiko seperti kena hack, masalah pada server, system under maintenance dan sebagainya.
 
Kalau kita hanya bergantung pada satu platform, dan ditakdirkan berlaku hal-hal yang kita tak jangka, pendapatan kita akan terjejas teruk. Sekarang, cuba bayangkan kalau pihak affiliate network mengambil masa setahun untuk memperbaiki sistem mereka. Adakah anda sanggup untuk tak memperolehi sebarang income dalam tempoh tersebut?
 
Jadi, saya tidaklah menggalakkan untuk anda hanya bergantung pada satu platform semata-mata.
 
Kesimpulan Saya suka apabila kita mempunyai alternatif.
 
Kewujudan platform affiliate network ini memberikan kita alternatif untuk buat duit online disamping memberikan kita beberapa kelebihan apabila kita menjadi sebahagian daripada kumpulan pemasaran mereka.
 
Join program affiliate secara terus dengan pihak merchant, kita boleh buat duit.
Join melalui affiliate network pun kita boleh buat duit.
 
Akhirnya terpulang pada kita, nak buat keputusan.
Saya sendiri memilih untuk mempelbagaikan sumber pendapatan.
 
Ada income yang datang terus dari merchant.
Ada income yang datang dari platform affiliate network.
 
Apa yang penting, kita usaha.
Kita buat dengan sebaik mungkin.
 
Diakhirnya, setiap orang pasti akan menikmati hasil yang sesuai dengan kadar usaha yang telah dilakukan selama ini.
Saya harap semoga apa yang saya kongsikan disini bermanfaat untuk anda.
 
 
 
The post Apa itu Affiliate Network? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/apa-itu-affiliate-network/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kejadian Tanah Runtuh Itu Tidak Berlaku Di Tapak Perkhemahan Kami Tetapi Di Tanah Milik Kerajaan Father S Organic Farm

Kejadian Tanah Runtuh Itu Tidak Berlaku Di Tapak Perkhemahan Kami Tetapi Di Tanah Milik Kerajaan Father S Organic Farm

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 347 hits
Kejadian tanah runtuh itu tidak berlaku di tapak perkhemahan kami tetapi di tanah milik kerajaan Father s Organic FarmTragedi tanah runtuh di Batang Kali baru baru ini menggemparkan negara lebih lebih lagi tragedi itu berlaku di penghujung ...
Tular Khabar Angin Sudah Bernikah Senyap Senyap Dengan Ira Kazar Ibu Syamsul Yusof Komen Restu Ibu Bapa Itu Penting

Tular Khabar Angin Sudah Bernikah Senyap Senyap Dengan Ira Kazar Ibu Syamsul Yusof Komen Restu Ibu Bapa Itu Penting

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 154 hits
Kemelut rumah tangga antara pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana kembali menjadi perhatian dan tanda tanya ramai orang Ia selepas Puteri Sarah memuat naik status di Instagram story seolah olah memberi hint bahawa suaminy...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes