Siapa Saja Boleh Mulakan Perniagaan Tapi Tak Semua Mampu Bertahan Terus Berniaga
Data tentang jumlah syarikat dan perniagaan yang gagal bertahan setelah memulakan perniagaan sangat banyak di kongsikan oleh mereka yang buat kajian.
Hasil kajiannya berbeza-beza secara perinciannya namun menceritakan perkara yang sama. Iaitu tak banyak syarikat dan perniagaan yang dapat bertahan lama meneruskan perniagaan mereka.
Masa mula-mula saya cari maklumat tentang kisah gagal dan berjaya dalam perniagaan, kerap jumpa laporan bahawa jumlah yang bungkus selepas setahun berniaga sangat tinggi.
Saya difahamkan jumlah itu mencecah sehingga 80%. Ertinya kalau 100 orang mulakan perniagaan sekarang, selepas setahun, anda akan hanya dapat lihat ada seramai 20 orang sahaja yang masih lagi teruskan perniagaan mereka.
Dalam laporan terkini bila saya google, saya ambil laporan yang naik di page pertama carian google saja. Statistiknya adalah seperti berikut.
20% perniagaan bungkus pada tahun pertama.Angka itu naik kepada 30% bila masuk tahun ke-2Naik lagi kepada 50% bila masuk tahun ke-5.Dan akhirnya, hanya tinggal 34% saja yang masih kekal bertahan melepasi tahun perniagaan ke-10 merekaItu merupakan data bancian dari Amerika. 66% bisnes bungkus dalam tempih 10 tahun berniaga.
Kajian yang pernah dibuat di negara kita pada tahun 2009 pula menunjukkan sebanyak 60% dari syarikat dan perniagaan bungkus selepas masuk 5 tahun berniaga, lebih tinggi 10% dari data Amerika.
Data untuk perniagaan yang berjaya dan gagal selepas covid pula saya tak pasti. Cuba google tapi tiada maklumat yang dipaparkan. Mungkin jabatan statistik atau mana-mana universiti ada buat kajian tapi tak ada dalam pengetahuan saya.
Yang pastinya, bukan semua perniagaan akan berjaya. Malah jumlah yang dapat bertahan lama sedikit berbanding yang bungkus.
Apa punca utama?
Semua kajian menunjukkan punca utama adalah aliran tunai yang bermasalah. Dari 100 syarikat yang gagal, lebih dari 80% berpunca dari masalah aliran tunai. Maksudnya duit keluar jauh lebih banyak dari duit masuk.
Ada juga kes di mana perniagaan tak dapat diteruskan bila modal tak cukup dan akhirnya tak dapat teruskan lagi perniagaan, malah mungkin tak sempat jual apa-apa pun.
Panduan mula perniagaanSaya kongsikan bagaimana anda boleh tahu samada perniagaan yang baru dimulakan itu, atau yang sedang anda jalankan sekarang, akan gulung tikar tak lama lagi.
Tanda-tanda bisnes anda akan gulung tikar dalam tempoh satu tahun pertama berniaga adalah antaranya:
Tak nampak dengan jelas apa dan ke mana tujuan perniagaan anda.Anda mungkin ada sasaran, tapi tak dapat bayangkan bagaimana rupa perniagaan itu apabila berjaya mencapai sasaran.Kalau dah tak nampak ertinya dah tentu lansung tak ada idea bagaimana anda boleh pastikan perniagaan tersebut boleh sampai ke destinasi.Bila semua yang disebutkan di atas tidak ada, anda hanya akan risau berlakunya kegagalan pening dengan seribu satu perkara yang negatif sahaja.
Kalau tak ada langsung rasa takut gagal, hanya rasa akan berjaya dengan penuh keyakinan, ertinya anda berada dalam khalayan yang teruk. Syok sendiri dalam fantasi berdasarkan apa yang anda lihat pada mereka yang sedang menikmati kejayaan.
Langkah elak kegagalanSaya kongsikan beberapa langkah untuk anda ambil dalam usaha elakkan diri dari gagal. Inipun bukannya 100% pasti berkesan. Ia hanya usaha untuk jadikan projek bisnes anda 50/50 berjaya. Macam Sun Tzu kata, sekalipun anda buat persediaan dengan rapi sebaik mungkin, kemungkinan untuk berjaya adalah 50/50, bayangkan jika anda langsung tak ada persediaan!
Semuanya bermula dengan visi atau dalam bahasa asalnya bermakna apa yang anda nampak di depan sana. Nak kata angan-angan pun boleh juga. memang apa saja yang belum berlaku adalah satu angan-angan di masa hadapan. Dalam banyak-banyak makhluk melata atas muka bumi ini, hanya manusia saja ada keupayaan berimaginasi terhadap masa depan. Monyet atau haiwan lain tak ada keupayaan itu.
Saya berikan panduan dalam bentuk point seperti di bawah secara ringkas.
Pastikan anda nampak ke mana perniagaan yang anda sedang jalankan. Lebih jelas lebih bagus.Pastikan anda yakin ada jalan untuk sampai ke sana. Sekurang-kurangnya anda masih boleh mencari dan bertanya pada mereka yang lebih berpengalaman. Anda perlu ingat ada banyak jalan dan pilihlah jalan yang bersesuaian dengan cara anda.Sentiasa bayangkan bagaimana perasaan anda bila anda telah sampai di sana.Sediakan penunjuk yang boleh dilihat dan dikira (Quantify) apabila anda telah sampai. Ia mungkin jumlah pelanggan, jumlah pendapatan, jumlah cawangan, atau lain-lain seumpamanya.Pantau, fikir, dan jiwai data penunjuk yang telah ditentukan tadi sekurang-kurangnya sejam setiap hari sehingga ia tercapai.Kebiasaannya, jika sesebuah perniagaan itu melepasi tempoh setahun, ia menunjukkan perniagaan itu ada potensi dan sudah tentu sudah ada pelanggan. Bagaimana seterusnya untuk memastikan perniagaan itu dapat melihat sambutan ulang tahunnya yang kelima perlu difikirkan selepas anda berjaya habiskan setahun berniaga tanpa bungkus.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.hidupringkas.com/2024/06/elak-perniagaan-lingkup-sebelum-genap.html