Siapa Pilihan Kaum India Di Blue Valley Kali Ini


Geraldine Tong       PRK CAMERON l Sejak tidak lagi menjadi kerajaan selepas tumbang pada pilihan raya umum ke-14, BN menggunakan strategi dan slogan berbeza. Bagi pilihan raya kecil Cameron Highlands, slogan mereka adalah “tiada janji, lihat bukti.”

Tetapi bagi masyarakat India di Blue Valley, yang membentuk 81 peratus daripada pengundi di pusat daerah mengundi ini, satu-satunya bukti yang mereka saksikan adalah janji-janji kosong BN untuk membantu mereka.

Semasa lawatan baru-baru ini ke kawasan itu, Malaysiakini berjumpa dengan  Ramsamy, 72, dan anak perempuannya R Revathi, 49 di rumah kayu mereka yang usang yang juga dijadikan gerai makanan untuk pekerja-pekerja dari ladang-ladang sekitarnya.
Sejak 30 tahun lalu, mereka telah menetap dan menjalankan perniagaan di sana. Walau bagaimanapun, tempat berteduh mereka sejak sekian lama itu kini berdepan risiko diruntuhkan manakala permohonan Ramsamy untuk mendapatkan lesen perniagaan terus ditolak.

Revathi berkata beliau telah memohon bagi mendapatkan lesen daripada kerajaan negeri Pahang sejak sekian lama tetapiusahanya terus tidak membuahkan sebarang hasil. Dia sekadar diberitahu untuk menunggu dan kesabaran mereka semakan tipis.
"Mereka potong air, api (elektrik) kita, kami tak lagi selamat. Ada orang datang dan memusnahkan bumbung depan," katanya.

Bumbung zink yang kebanyakannya berkarat dan bocor itu membolehkan cahaya matahari menyinar masuk. Ketika itu, tidak ada pelanggan di gerai tersebut.

Pondok usang mereka itu adalah tinggalan apa yang pernah menjadi perkampungan perladangan teh di Blue Valley ini. Sebahagian besar penduduk telah ditempatkan semula atau dipindahkan.

Katanya, pemilik estet baru berkenaan menawarkan sebahagian besar bekas jiran mereka pampasan supaya meninggalkan kawasan itu, kecuali mereka.

"Kami tunggu mereka datang untuk bercakap dengan kami (mengenai pampasan)," katanya.
Revathi dan beberapa penduduk lain dalam keadaan yang sama telah meminta pertolongan daripada Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob pada tahun 2017.

"Dia hanya beritahu kami untuk tunggu. Tunggu, tunggu, tunggu, sampai bila kami perlu tunggu?" soalnya.

Menceritakan pengalaman hampir sama, K Nehru, 29, berkata keluarganya cuba memohon lesen pendudukan sementara untuk ladang bapanya yang seluas dua ekar selama 30 tahun.

"Dia sudah mohon lesen selama 30 tahun, dan kami masih belum dapat sampai sekarang," katanya kepada Malaysiakini.
Pada tahun 2015 rumah keluarganya musnah dalam kejadian tanah runtuh. Akibatnya, Nehru mengalami kecederaan serius dan tidak lagi dapat bekerja.

"Kami telah cuba banyak kali untuk jumpa dengan MIC dan BN, tetapi tak ada yang membantu kami.
"Tetapi bila masa mengundi, mereka datang, kata mahu bantu kami, tetapi hingga hari ini kami tak dapat bantuan," kata Nehru.

Katanya, dia juga ada memohon lesen untuk membuka bengkel sendiri supaya boleh menjalankan kerja-kerja kimpalan, tetapi itu juga tidak berhasil.
Keluarganya - ibu bapanya yang uzur, adiknya dan dirinya sendiri - kini tinggal di sebuah rumah sewa. Mereka terpaksa berhempaspulas untuk membayar sewa RM1,000 sebulan.

Nehru berkata beliau hanya mahu mendapatkan lesen untuk ladang keluarganya dan bengkelnya serta membina semula rumahnya.

"Mereka (ahli politik) buat janji, tetapi tidak pernah tunaikannya," katanya mengeluh.

S Siva Balan, 34, juga mengadu tentang janji-janji kosong oleh pentadbiran BN negeri. Beliau juga adalah sebahagian daripada perwakilan yang berjumpa dengan Adnan pada tahun 2017.
Siva Balan, seorang pemandu lori pula berharap dapat membuka perniagaan mencuci kereta di Blue Valley.

Pelbagai usaha telah dijalankannya termasuk berjumpa dan merayu kepada Adnan sebagai jalan terakhir.

"Mereka hanya buat janji, selepas pilihan raya umum ke-14, kita tidak pernah dapat berita," kata Siva Balan.

Ramsamy, yang mengundi sejak 10 pilihan raya umum lalu, berkata beliau secara konsisten mengundi BN, kecuali pada pilihan raya umum ke-14.

Bosan dengan janji kosong BN, beliau berkata beliau mengundi "roket" pada pilihan raya umum lalu, merujuk kepada parti DAP.

"Mereka (Pakatan Harapan) masih baru, kami tidak tahu bagaimana mereka akan bantu kami. Kita tengok dulu," katanya.

Daripada 246 pengundi di Blue Valley, kira-kira 53 peratus mengundi PH pada pilihan raya lalu, diikuti BN sebanyak 35 peratus dan PSM 10 peratus.

LIHAT VIDEO DI SINI




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/siapa-pilihan-kaum-india-di-blue-valley.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spurned By Bn For Decades Blue Valley S Indians Plead For Help

Spurned By Bn For Decades Blue Valley S Indians Plead For Help

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 206 hits
CAMERON POLLS Throughout the Cameron Highlands by election BN s slogan has been tiada janji lihat bukti But for the Indian community in the Blue Valley region who make up 81 percent of the electorate in this voting district the only evidenc...
Mic Tuntut Dr M Minta Maaf Pada Kaum India

Mic Tuntut Dr M Minta Maaf Pada Kaum India

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 277 hits
Diterbitkan Hari ini 10 00 malamPRK CAMERON Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad didesak meminta maaf kepada masyarakat India susulan jenaka beliau terhadap calon PH M Manogaran yang dirasakan berbaur perkauman Menurut Ketua Penerangan MIC V...
Pertama Kali Lepak Santai Minum Teh Di Cameron Valley Cameron Highlands Bersama Keluarga

Pertama Kali Lepak Santai Minum Teh Di Cameron Valley Cameron Highlands Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 401 hits
PERTAMA KALI LEPAK SANTAI MINUM TEH DI CAMERON VALLEY CAMERON HIGHLANDS BERSAMA KELUARGA Kalau ke Cameron Highlands mestilah nak ada pengalaman minum teh di ladang teh kan Dengan suasana nyaman tenang menghijau Rugi jika tak di abadikannya ...
Menteri India Jaga Kaum Menteri Cina Kaut Wang Menteri Melayu

Menteri India Jaga Kaum Menteri Cina Kaut Wang Menteri Melayu

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 341 hits
10 Jamadilawal 1440H Rabu Tindakan Kementerian Kewangan memberikan peruntukan khas kepada sebuah kolej swasta yang ditubuhkan Dong Jiao Zong baru baru ini menyerlahkan perangai sebenar menterinya Lim Guan Eng Ketua Pemuda Ikatan Muslim Mala...
Sesak Nafas Kali Ini Mohon Cek Out

Sesak Nafas Kali Ini Mohon Cek Out

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 365 hits
Sesak Nafas Kali Ini Mohon Cek OutAsalamualaikum Salam Sejahtera Semua Awal pagi bersiaran di udara maya perlu awal bangun kerana tak lama lagi Flight anak ke Sarawak lepas ni Tunaikan solat wajib berdoa dan terus CEK OUT Ya Allah hari ini ...
Suami Cemburu Kelar Leher Isteri Berkali Kali Sehingga Mati

Suami Cemburu Kelar Leher Isteri Berkali Kali Sehingga Mati

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 503 hits
Suami cemburu kelar leher isteri berkali kali sehingga matiDengan wajah yang penuh kekesalan suspek Didi Nukrianto datang ke Balai Polis Tanjung Saksi Indonesia pada jam 7 pagi Rabu lalu dan mengaku telah membunuh isterinya sendiri Di hadap...
Selepas Solat Amalkan Baca 7 Kali Surah Al Insan Ayat 1 2 Rileks Media

Selepas Solat Amalkan Baca 7 Kali Surah Al Insan Ayat 1 2 Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 969 hits
Jika anda seorang muslim amalkan surah ini iaitu surah Al insan selepas solat lima waktu Anda amalakan surah Al Insan ini sebanyak 7 kali besar ganjaranya Tidak ternilai kebaikan yang anda akan dapat nanti Surah ini banyak khasiatnya dan ke...
Ambiga Tunjukkan Bn Jalan Keluar Ph Berjuta Kali Lebih Baik

Ambiga Tunjukkan Bn Jalan Keluar Ph Berjuta Kali Lebih Baik

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 339 hits
Diterbitkan Hari ini 6 58 petang PRK CAMERON Bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan menggesa pengundi menunjukkan jalan keluar kepada BN pada pilihan raya kecil Cameron Highlands esok Ambiga yang menggelarkan dirinya sebagai pengkr...
Barisan Nasional Menang Kali Ini Pun Sebab Bawa Isu Perkauman M Manogaran

Barisan Nasional Menang Kali Ini Pun Sebab Bawa Isu Perkauman M Manogaran

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 524 hits
CALON Pakatan Harapan yang gagal untuk kali ketiga dalam percubaannya merebut kerusi Parlimen Cameron Highlands M Manogaran mendakwa Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi berkenaan kerana memainkan isu perkauman Manogaran berkata b...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal