Siapa Pengasas Grab


 
Mohd Farid. 


Mungkin ramai tak tahu, founder Grab, Anthony Tan ni lahir daripada keluarga bisnes automotif Tan Chong Motor.








Walaupun family kaya yang amat, tapi dia bukan jenis yang goyang kaki.


Dan sebenarnya, Idea Grab datang dari satu soalan paling simple:


“Kenapa teksi tak boleh dipercayai?”


Anthony masa tu belajar di Harvard Business School. Dalam satu kelas, mereka kena buat assignment:


“Cipta solusi untuk masalah besar di Asia Tenggara.”


Kawan sekelas dia, Tan Hooi Ling, cakap:
“Masalah paling teruk dekat negara kita ialah keselamatan pengangkutan.”


Anthony terdiam. Sebab dia sendiri pernah rasa driver teksi sengaja pusing jauh untuk naikkan tambang.


Dan dia pernah dengar ramai kes wanita diganggu masa naik teksi.


Daripada situ lahirnya idea yang semua orang masa tu kata:


“Takkan pemandu Malaysia nak guna app? Gila apa…”


.


Waktu dia nak present idea kepada pelabur Malaysia, ramai jawab:


“Market Malaysia kecil, tak scalable.”
“Driver tak minat teknologi.”
“Ini idea budak-budak Harvard yang tak faham realiti.”


Penat Anthony terangkan, 
penat dia kena reject.


Sampai satu masa, dia ambik keputusan berani:
Tak ada siapa nak labur? Fine, aku buat sendiri.

Dia ambil duit keluarga, jual kereta dia, campur simpanan, dan itu modal awal MyTeksi, nama asal Grab.


.


Dari situ, dia pergi sendiri ke stesen teksi,
duduk dengan uncle teksi,
ajar mereka tekan butang dalam app.


Ada driver maki.
Ada driver kata app ni akan rosakkan periuk nasi mereka.
Ada yang suruh Anthony balik “buat kerja lain”.


Tapi bila seorang dua driver mula nampak keuntungan, yang lain datang sendiri.


Dari 100 pemandu,
Naik 1,000,
Naik lagi 10,000,
Hingga jadi ratusan ribu.


.


Ya, walaupun Grab ni pengasasnya orang Malaysia, tapi Malaysia slow nak bagi approval.


Regulasi ketat.
Birokrasi banyak.


Indonesia pula?
Thailand?
Vietnam?


Mereka sedia terima Grab.


Grab pun cepat pivot:


Dari MyTeksi, jadi GrabTaxi → GrabCar → GrabBike → GrabPay → GrabFood.


Sekali tukar region, melambung naik.


.


Ini bahagian paling power.


Uber datang Asia Tenggara dengan modal besar,
iklan besar,
promosi besar.


Semua orang kata Grab akan mati.


Tapi Anthony buat satu strategi paling genius:


Grab bukan syarikat global, tapi Grab syarikat Asia Tenggara.


✔ Dia hire pemandu lokal
✔ Harga ikut kemampuan lokal
✔ Faham trafik lokal
✔ Faham budaya pelanggan lokal
✔ Faham pemandu perlukan insentif, bukan algoritma semata-mata


Akhirnya, pada 2018,
Uber angkat bendera putih dan keluar dari Asia Tenggara.


Mereka jual keseluruhan operasi kepada Grab.


Hari tu lah Grab rasminya jadi No.1 ride-hailing Asia Tenggara.


.


Anthony, budak Malaysia yang pernah kena gelak sebab idea “apps teksi”, hari ini dah jadi salah satu usahawan paling berpengaruh Asia. Bahkan tersenarai dalam Nasdaq.


Grab sekarang:


- beroperasi di 8 negara
- ada GrabFood
- ada GrabPay
- ada GrabExpress
- lebih 33 juta pengguna aktif


Dan semuanya bermula daripada satu masalah kecil yang semua orang anggap remeh:


“Teksi tak selamat.”


.


Apa pengajaran untuk kita?


✔ Jangan tunggu idea besar.
Kadang-kadang bisnes besar datang dari masalah kecil.


✔ Jangan takut kalau orang ketawakan idea kita.
Kadang-kadang “mustahil” pada orang, tapi “logik” pada orang yang buat.


✔ Kalau negara sendiri lambat terima, teroka luar.
Rezeki kadang-kadang bukan di tanah sendiri.


✔ Jangan lawan teknologi, tapi guna teknologi.
Itu beza Grab dan pesaing lain.


.


Kalau Anthony Tan pun bermula sebagai budak Malaysia biasa, apa alasan kita nak kata kita tak boleh?


Grab boleh, 
MommyHana boleh,
Malaysia boleh!


bossF,
Doakan MommyHana juga dapat tersenarai dalam bursa, amin.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/siapa-pengasas-grab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baffling That Grab Riders Have No Qualms Delivering Pork Noodles Yet This Rider Hesitates Over A Crate Of Beer

Baffling That Grab Riders Have No Qualms Delivering Pork Noodles Yet This Rider Hesitates Over A Crate Of Beer

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 86 hits
BAN alcohol Ban alcohol at weddings Ban alcohol Alcoholic tipples are definitely the flavour of the month especially with opposition parties using it as another tool to demonise non Muslims and their chosen lifestyles It would appear that t...
Pengasas Ehati Pasangan Lari Ke Luar Negara Lokasi Dikenal Pasti

Pengasas Ehati Pasangan Lari Ke Luar Negara Lokasi Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 146 hits
Ruwaida Md Zainam hmetro com myShah Alam Polis mengesahkan suami isteri termasuk pengasas program motivasi rumah tangga eHati yang berdepan pendakwaan di mahkamah dipercayai melarikan diri ke luar negara Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli K...
Keningau Voters Weigh Dynasty Politics Against Village Realities

Kepentingan Hubungan Seks Suami Isteri

Pelukan Teddy Cinta Yang Tak Pernah Pudar

Whatsapp Tambah Baik Ciri About Kini Seakan Notes Di Instagram

Istanbul Aku Datang Day 1

Irresistible Beef Tehari Recipe In Bangla

Gusi Sihat Gigi Kekal Kenali Penyakit Gusi Dan Rawat Sebelum Parah

Ringgit Makin Kuat Media Indonesia Dakwa Ini 3 Senjata Rahsia Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cukuplah Allah Sebagai Pentadbir

Avocado Scrambled Egg Toast Sedap Sarapan Sihat Mengenyangkan

Nabila Maharani Tak Butuh Syarat Chord

Sebab Di Sebalik Setiap Yang Kita Lalui

What If The 2 Stroke Twin Enduro That Suzuki Never Made

Kelas Seliaan Negeri 2026 Permohonan Semakan Tawaran