Siapa Pemimpin Politik Jadi Teladan Kepada Guru Balik China


 
Fenomena guru Melayu menyuruh anak murid ‘balik China’ adalah perkara biasa dalam politik Malaysia. Dulu saya masih ingat seorang guru besar minta anak murid ‘balik China’. Kita biarkanlah Kementerian Pendidikan (KPM) menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya kepada guru terbabit.
Soalan saya di sini adalah siapakah yang menjadi teladan guru era Madani ini yang sanggup menghina kaum Cina warganegara Malaysia sedemikian rupa? Saya ingin merujuk kepada peristiwa Nabi Muhammad SAW yang telah diejek dan dilontar batu oleh sekumpulan anak-anak muda di Taif.
Apabila diugut oleh malaikat Jibrail untuk mengambil tindak balas ke atas perbuatan itu, nabi telah melarang dengan mengatakan bahawa mereka hanya anak muda yang terbawa-bawa dengan rangsangan orang tua yang mengeji baginda.
Jadi, dalam politik Malaysia siapakan agaknya hero, heroin atau pendekar pahlawan politik yang menyerlah sebagai rangsangan sifat keji perkauman ini?
Hero pertama bagi saya tidak lain Dr Mahathir Mohamad. Dari muda sampai hampir umur 100 tahun, beliau konsisten membawa naratif lapuk tetapi menyengat bahawa pendatang Cina dan India tidak mempamerkan ketaatan mutlak kepada Malaysia kerana keengganan mereka dalam isu sekolah vernakular dan mengutamakan bahasa Cina.
Sudah berkemungkinan saya kira ‘guru balik China’ yang dikisahkan sekarang mengambil iktibar daripada cadangan tidak berasas Mahathir itu untuk menghalau anak murid yang hanya layak duduk sebelah bakul sampah sebab mungkin tidak mahir bahasa Melayu.
Sebagai pendidik, saya cukup terkilan perbuatan mensampahkan anak-anak kita, tak kira dari kaum mana pun. Saya faham tekanan guru sebab isteri saya pun bekas guru bahasa Inggeris dan sukar mengajar anak-anak murid Melayu.
Tetapi sepanyang kerjaya beliau tidak pernah mensampahkan anak-anak muridnya. Beliau sering ditegur oleh guru besar tentang statistik rendah kelulusan subjek ini. Nampaknya guru besar hanya reti baca statistik, mengajar kita belum tahu.
Jadi boleh fahamlah kalau guru balik China ini mengamuk. Takut statistik kelulusan rendah dan markah KPI pun terkesan. Tapi tergamak mensampahkan budak dan menghalau balik China itu saya kira sudah ‘overlah’.
Siapa lagi yang menjadi teladan hero atau heroin guru balik China agaknya? Mungkinkah beliau menyanjung heroin Siti Mastura Muhammad daripada PAS yang menuduh Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin DAP sebagai sepupu kepada Chin Peng, bapa komunis Malaya? Walaupun ditegur mahkamah tentang data mengarut dari rujukan hampas buku Barisan Nasional (BN) menyebabkan perlu membayar RM850,000, namun tidak berundur lagi.
Jaguh dan sombong sungguh lagak pahlawan seperti kata keramat Anwar Ibrahim membujur lalu melintang patah dan lawan tetap lawan! Dulu zaman reformasi saya ada stiker ‘Lawan Tetap Lawan’. Nampaknya, naratif yang ingin dibina Ahli Parlimen Kepala Batas itu adalah orang Cina kebanyakannya taat kepada China Komunis. Maka si guru balik China pun mungkin terpengaruh.
Siapa lagi pahlawan teladan negara yang anti-Cina? Mungkin agaknya Razman Zakaria orang kuat PAS di Perak yang menggunakan ungkapan berkobar-kobar, hanya mata macam kita dan darah macam kita yang boleh diharap mempertahan negara.
Daripada ungkapan ini, beliau tujukan khusus kepada isu mengibar bendera China oleh sekumpulan Cina serta dikaitkan dengan DAP. Menerusi naratif Cina dari China ini saya rasa ramai Melayu dalam kalangan guru mungkin terpengaruh dengan parti politik ‘gerenti syurga’ ini.
Ramai guru mempunyai gaji lumayan dan pergi umrah dan haji sebagai perkara ‘no hallah’ dan apa lagi untuk menyempurnakan amalan ibadat, harus sokong parti dikatakan ‘perjuangan Islam’. Jadi menghalau anak murid sebelah bakul sampah mungkin dikira amalan ibadat puasa berpahala tinggi.
Kemudian, kita ada juga orang kuat Umno iaitu Dr Akmal Saleh yang asyik menunggu nak ‘ambush’ DAP dan sesiapa bukan Melayu sebagai kaedah politik murahan beliau meraih simpati Melayu. Semua orang bukan Melayu saya kira meluat sangat dengan si ‘Datuk’ ini tetapi beliau tak pandai ambil teguran Agong sekali pun.
Maka, sah benar Akmal ini pahlawan Melayu berani membentak kaum lain dalam Facebook dan perhimpunan Umno. Depan orang Cina ‘live’ dia tak berani saya kira. Siap nanti di PRK Ayer Kuning, Akmal menghilang seperti di Nenggiri sebab undi Cina cukup ramai.
Jadi, kalau ‘guru balik China’ ini terpikat dengan hero ‘handsome’ kita ini, saya kira beliau teruja menghalau anak murid untuk balik Cina dan kalau boleh ibu bapa dan keluarga budak sekolah itu.
Saya ingin cadangkan kepada KPM supaya semua guru kena duduki peperiksaan khusus kenapa mereka patut menganggap setiap anak murid sebagai anak mereka sendiri dan juga sebagai bakal penyumbang pembangunan dan pertahanan Malaysia.
Biar saya yang buat soalan yang semua guru kena ambil sebelum naik gaji atau naik pangkat. Seperkara lagi adalah setiap guru perlu diberi ‘year out’ untuk mengajar di sekolah vernakular supaya mereka kenal langit tinggi rendah.
Bagi saya, KPM perlu mengambil tanggungjawab besar selain menjatuhkan hukuman setimpal kepada guru itu. Saya pasti perkara ini bakal berulang sebab cara orang Melayu belajar agama dan tentang konsep bina bangsa ada banyak kelemahannya.
Kita tunggu sajalah tahun depan guru mana pula yang bakal menyandang ‘guru balik China’. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/siapa-pemimpin-politik-jadi-teladan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Jadi Badut Sultan Pahang Tegur Pemimpin Politik

Jangan Jadi Badut Sultan Pahang Tegur Pemimpin Politik

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 120 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ingatkan semua rakyat agar tidak mudah melatah PETALING JAYA Sultan Pahang menempelak pihak yang sengaja menimbulkan perbalahan sekaligus membawa kepada perpecahan Al Sultan Abdullah Sultan...
Hiburan Berhenti Daripada Menjadi Badut Berdialoglah Guna Akal Bukannya Benci Sultan Pahang Tegur Pemimpin Politik

Hiburan Berhenti Daripada Menjadi Badut Berdialoglah Guna Akal Bukannya Benci Sultan Pahang Tegur Pemimpin Politik

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 140 hits
Baru baru ini melalui satu video yang dimuat naik di Kesultanan Pahang Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah meningatkan pemimpin politik untuk bertindak sebagai jambatan perpaduan dan bukann...
Hantu Influencer Balik Kampung

Hantu Influencer Balik Kampung

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 217 hits
Saksikan telefilem seram komedi Hantu Influencer Balik Kampung akan disiarkan pada 21 Mac Jumaat pukul 10 malam di Okey Hantu Influencer Balik KampungWaktu Siaran Jumaat 21 Mac 2025 10 00 malamRangkaian TV Okey RTMKlikPenulis Skrip Sophilea...
Sebalik Balik

Sebalik Balik

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 214 hits
Saksikan telefilem Sebalik Balik arahan Danny Alamsyah akan disiarkan pada 22 Mac 2025 Sabtu pukul 9 malam di Panggung RTM TV1 Sebalik BalikWaktu Siaran Sabtu 22 Mac 2025 9 00 malamRangkaian TV1 RTMKlikPenulis Skrip Azrie Izham HamzahPengar...
Ptptn Diarah Bentang Cadangan Tambah Baik Tingkatkan Bayaran Balik Pm Anwar

Ptptn Diarah Bentang Cadangan Tambah Baik Tingkatkan Bayaran Balik Pm Anwar

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 133 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas KPT di Putrajaya pada 17 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 17 Mar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi ...
Dapat Pinjaman Ptptn Tapi Tak Pernah Bayar Balik Travel Ban

Dapat Pinjaman Ptptn Tapi Tak Pernah Bayar Balik Travel Ban

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 207 hits
Kita susah sebab tu kita mohon pinjaman Bila dah buat pinjaman senang sikit je kita lupa tanggunjawab bayar hutang Dah pinjam kan bayar je lah lepas tu duk salahkan kerajaan Salahkan diri sendiri kenapa tak bayar Kalau orang lain pinjam dui...
Cuma Allah Mampu Balas Budi Anwar Sarimah Sebak Dapat Balik Hak Cipta Selepas 36 Tahun

Cuma Allah Mampu Balas Budi Anwar Sarimah Sebak Dapat Balik Hak Cipta Selepas 36 Tahun

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 114 hits
SITI NUR ZAWANIMarch 15 2025Seniwati Datuk Sarimah Ahmad tidak mampu menahan air mata selepas penantiannya selama 36 tahun untuk mendapatkan kembali empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi akhirnya selesai Dalam nada sebak pela...
Kerajaan Pahang Sekali Lagi Sediakan Baucar Petrol Rm50 Kepada 5 000 Perantau Anak Negeri Balik Raya

Kerajaan Pahang Sekali Lagi Sediakan Baucar Petrol Rm50 Kepada 5 000 Perantau Anak Negeri Balik Raya

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 138 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang sekali lagi menyediakan baucar petrol RM50 kepada 5 000 perantau anak kelahiran negeri itu untuk pulang berhari raya Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkena baucar Moh Balik Beraya Ke Pahang terh...
Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Siri 1 2025

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Bab 5 Mei 2025

Kru Ciptaan Sempurna Chord

Man Kinabalu Sibidat Kumut Kumut Chord

Tragic Test Drive Salesman S Negligence And Substance Use Lead To Fatal Crash