Siapa Paling Jantan Antara Mereka


 
Tidak terhitung rasanya berapa kali seorang pemimpin Bersatu melontarkan cabaran supaya jadi ‘anak jantan’ terhadap individu-individu yang disasarkannya. Malah, kekerapan Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris mengenakan tekanan seperti itu membuat pendekatan berkenaan bukan saja langsung tidak bermakna, malah tidak pun diendahkan.
Dalam politik, cabaran terhadap seseorang agar jadi anak jantan harus dianggap lumrah. Ia mudah, murah dan sesiapa yang membuat cabaran seperti itu tidak perlu ke mahkamah. Lontarkan saja cabaran itu dan terpulang kepada individu yang disasarkan sama ada untuk memberi reaksi atau mengabaikannya tanpa ada risiko kepada mereka.
Tanpa ada tekanan kepada individu yang dicabar itu supaya membuktikan ‘kejantanannya’, begitu juga ia tidak bermakna orang yang membuat cabaran itu lebih jantan daripada yang lain. Malah, dalam banyak keadaan, cabaran supaya jadi anak jantan selalunya tidak bersahut kerana tiada kewajipan berbuat demikian. Juga tiada akauntabiliti kepada pihak yang melontarkan cabaran.
Seperkara lagi, orang yang gemar membuat cabaran seperti itu rupa-rupanya mudah pula ‘koyak’ apabila pihak-pihak berkepentingan yang diwakilinya menerima cabaran seumpamanya daripada orang lain. Tidak adillah jika hak untuk melontarkan cabaran hanya terhad kepada satu pihak semata-mata.
Ogos lalu, Razali – Adun Kijal yang juga ahli Exco kerajaan Terengganu – menyelar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi dan pemimpin Umno Sabah Salleh Said Keruak yang mencabar bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mendedahkan individu menandatangani akuan berkanun (SD) didakwa menyokongnya.
Muhyiddin, dalam satu ceramah umum PRK DUN Nenggiri di Felda Perasu pada 14 Ogos lalu, dikatakan mempertikai peranan bekas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, dalam urusan pelantikan perdana menteri selepas PRU15 apabila beliau tidak dipanggil untuk mengangkat sumpah di sebalik mendakwa mendapat sokongan 115 ahli Dewan Rakyat.

Jangan tolak anak jantan ke dinding kerana pilihannya (Muhyiddin) hanya satu iaitu melawan balik, kata Razali di Facebook pada 22 Ogos. Muhyiddin mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen Gua Musang pada 27 Ogos atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut.
Terakhir sekali, Razali pada 24 Sept lalu mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen segera untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat memilih kerajaan baharu. Pilihan raya kilat, tambahnya, adalah jalan terbaik mengukur sokongan terhadap kerajaan hari ini.

Kalau betul-betul nak dapatkan mandat sahih, maka PMX (Anwar) segera bubar Parlimen kerana yang mutlak memilih adalah rakyat jelata bukan ahli Parlimen, katanya menjawab cabaran Anwar supaya pembangkang mengikut undang-undang dan proses betul dengan membawa usul undi tidak percaya terhadapnya dalam sidang Dewan Rakyat bermula 14 Okt ini.
Razali tidak berani pula mencabar Anwar supaya jadi anak jantan, sebaliknya membiarkan kepada rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN) yang membuat cabaran jika kerajaan pimpinan Anwar benar-benar anak jantan, ahli Parlimen perlu dibebaskan daripada semua perjanjian yang mengikat jika berdepan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Sebenarnya kerajaan Datuk Seri bukanlah anak jantan jika berdepan dengan usul sebegini. Buktinya, ahli-ahli Parlimen kerajaan diikat dengan perjanjian terlebih dahulu sebelum usul percaya dibawa ke Parlimen, Disember 2022 yang lalu, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari.
Anak jantan atau sebaliknya, sebarang cadangan untuk pilihan raya kilat diadakan untuk mengukur tahap sokongan kepada kerajaan ketika ini dibantah bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wan Ahmad Wan Omar yang menyifatkannya sebagai tidak bijak kurang dua tahun selepas PRU15 yang ketika itu menelan belanja RM725 juta.

Tak boleh nak selesaikan masalah persaingan untuk mengesahkan keabsahan kali kedua kerana dengan jelas perdana menteri dilantik Yang di-Pertuan Agong selepas baginda yakin calon dilantik dapat sokongan terbanyak ahli Dewan Rakyat. Jangan ada-adakan perkara yang tiada dalam peruntukan undang-undang terutama sekali Perlembagaan Persekutuan, katanya.
Cadangan Razali itu ‘hanya ikut selera Bersatu’ dan tidak perlu dilayan, kata Ketua Pemuda PKR Adam Adli pula sambil Timbalan Pengerusi Amanah Selangor Azli Yusof berkata cadangan ketua penerangan Bersatu itu sebagai tidak masuk akal dalam keadaan politik semakin stabil kini.

Walaupun ada kritikan terhadap dasar kerajaan tetapi tidak sampai ke tahap krisis politik, maka tiada keperluan panggil pilihan raya semula. Ini bukti Bersatu dan PN memang tidak peduli soal kestabilan politik negara, bukan pembangkang yang baik sebaliknya suka heret negara jadi kucar-kacir seperti Langkah Sheraton dahulu, kata Adam.
Lebih dahulu, kekerapan Razali membuat cabaran jadi anak jantan ditujukan kepada enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan terbuka terhadap Anwar didorong kekecewaan mereka terhadap kepimpinan parti itu atas kegagalan merundingkan peruntukan pembangunan kawasan buat ahli Parlimen pembangkang.
Jika mereka anak jantan, katanya, maka perlu mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing dan tidak menunggu surat pemecatan. Di kemuncak pertikaian itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang mendakwa Razali tak tahu undang-undang turut menyindir supaya Bersatu menukar ketua penerangannya dengan seorang yang cerdik sedikit.

Sudah lulus pindaan (perlembagaan Bersatu), kamu pergi dengan proses kamu dan kami pun pergi dengan proses kami. Ini nak cabar anak jantan anak betina kosongkan kerusi, bukan begitu. Ini cakap macam dalam kedai kopi, sebab itu saya berkata Bersatu teruk, ketua penerangan tak tahu undang-undang, katanya.
Di sebalik semua itu, Razali, 58, mungkin mahu menunjukkan beliau lebih jantan dengan menawarkan diri merebut jawatan naib presiden bersama lima calon lain — Ronald Kiandee, Radzi Jidin, Ahmad Faizal Azumu, Rafiq Abdullah dan Aziss Zainal Abiddin — dalam pemilihan parti itu bulan depan.
Seorang lagi yang sebelumnya diura-urakan akan ikut bertanding, bekas menteri luar negeri dan ketua Bersatu Pahang Saifuddin Abdullah tiada dalam senarai diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Bersatu 4 Okt lalu.
Menepati ‘pelan damai’ diumumkan presiden dalam konvensyen Bersatu 13 Julai lalu, kini sudah disahkan bahawa Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin masing-masing menang tanpa bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden manakala penyandang timbalan presiden Faizal bersetuju merebut salah satu daripada tiga kerusi naib presiden.
Apakah Razali akan jadi pengacau buat Faizal yang sudah lakukan pengorbanan untuk berundur setapak ke jawatan nombor tiga dalam parti atau menggugat Kiandee dan Radzi yang kedua-duanya adalah penyandang, pelan damai itu tidak menghalang.

Saya tak kata tak boleh (bertanding) kalau ada antara mereka masih lagi berhasrat untuk bertanding itu adalah hak mereka. Tapi (pelan damai) untuk memberikan sedikit harapan supaya kesemua jawatan itu dapat kita susun lebih awal supaya suhu kempen tidak terlalu panas, kata Muhyiddin lagi.
Lantas, cabaran Razali supaya Anwar segera membubarkan Parlimen untuk mengembalikan mandat kepada rakyat memilih kerajaan baharu, mungkin ingatannya kepada perwakilan agar tidak melupakannya ketika pemilihan nanti.
Sebagai seorang yang gemar melontarkan cabaran, mungkin tiba masanya untuk beliau sendiri menunjukkan sedikit kejantanan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/siapa-paling-jantan-antara-mereka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Akan Jadi Antara Pm Paling Lama Ramal Kit Siang

Anwar Akan Jadi Antara Pm Paling Lama Ramal Kit Siang

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 126 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 1 2024 4 27 PMAhli politik veteran Lim Kit Siang meramalkan Anwar Ibrahim akan menjadi salah seorang perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia Katanya pentadbiran Anwar kini lebih lama berbanding tig...
Datuk Antara Ditahan Kes Rasuah Lindung Seludup Diesel

Datuk Antara Ditahan Kes Rasuah Lindung Seludup Diesel

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 294 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dua individu termasuk seorang bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana dipercayai merasuah pegawai sebuah agensi penguat kuasa dan menyeleweng diesel bersubsidi di Sibu Sarawak Sumber b...
Ajaran Sesat Cahaya Ajar Pengikut Boleh Berpelukan Antara Lelaki Wanita

Ajaran Sesat Cahaya Ajar Pengikut Boleh Berpelukan Antara Lelaki Wanita

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 105 hits
NOR AINNA HAMZAHSEREMBAN Sebuah fahaman bertentangan hukum syarak dikenali sebagai ajaran Cahaya dikesan di Kuala Pilah sejak setahun lalu Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Ahmad Zaki H...
Antara Salaf Khalaf Dan Gerakan Salafiah

Antara Salaf Khalaf Dan Gerakan Salafiah

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 113 hits
Che IbrahimSamada salaf atau khalaf kedua duanya adalah dianggap Ahli Al Sunnah Wal Jemaah kecuali beberapa firaq puak yang terkeluar darinya seperti Jahmiah Muktazilah dan beberapa firaq lagi Yang membezakan di antara salaf dan khalaf iala...
Antara Enam Kelebihan Hari Jumaat

Antara Enam Kelebihan Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 147 hits
Ditulis oleh Unit dakwah Islah DMPP Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa Lebih Menyantuni Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang DUNIA AKHIRAT 1 Berlakunya Hari Qiamat Dalam suatu hadis riwayat Muslim RasuluL...
Ringgit Mengukuh Antara Mata Mata Wang Berprestasi Terbaik Peringkat Global

Ringgit Mengukuh Antara Mata Mata Wang Berprestasi Terbaik Peringkat Global

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 263 hits
RINGGIT merupakan antara mata wang yang sedang menunjukkan prestasi terbaik pada peringkat global mengukuh kepada 14 4 peratus berbanding dolar AS pada suku ketiga 2024 dan 11 4 peratus pada asas sejak awal tahun sehingga kini menurut Jawat...
Polis Terima 12 Laporan Buli Di Sekolah Berasrama Anak Tam Spider Dan Khir Rahman Antara Mangsanya

Polis Terima 12 Laporan Buli Di Sekolah Berasrama Anak Tam Spider Dan Khir Rahman Antara Mangsanya

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 124 hits
Pihak polis telah menerima 12 laporan berkaitan dengan kes buli di sebuah sekolah berasrama yang turut membabitkan anak kepada penyanyi kumpulan Spider Tam dan seorang pelakon terkenal Khir Rahman var currentUrlTwo window location hostname
Antara Yang Bakal Disaman Kerajaan

Antara Yang Bakal Disaman Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 117 hits
Bukti dipihak pendakwaan pelajar sekolah yang kibarkan bendera China adalah pelajar China yan belajar disekolah persendirian di P Pinang bukti dari rekod pendaftaran pelajar diserahkan pada pihak pendakwaan OKS pula perlu membuktikan gambar...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik