Ringgit Mengukuh Antara Mata Mata Wang Berprestasi Terbaik Peringkat Global




RINGGIT merupakan antara mata wang yang sedang menunjukkan prestasi terbaik pada peringkat global, mengukuh kepada 14.4 peratus berbanding dolar AS pada suku ketiga 2024 dan 11.4 peratus pada asas sejak awal tahun sehingga kini, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).
Mata wang tempatan dibuka lebih kukuh kepada 4.2845/2950 dan meneruskan momentum menaiknya untuk ditutup kepada 4.2800/2830 berbanding dolar AS pada jam 6 petang hari ini berbanding paras penutup 4.2850/2895 pada Selasa.
Hal ini didorong terutamanya oleh pengurangan kadar dasar sebanyak 50 mata asas oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) serta trajektori yang lebih jelas mengenai pengurangan selanjutnya.
“Walaupun dengan prestasi yang lebih kukuh, mesyuarat mengambil maklum perkembangan utama yang menyokong prestasi positif berterusan ringgit termasuk usaha terselaras yang berterusan oleh kerajaan dan BNM untuk menggalakkan penghantaran balik dan penukaran pendapatan pelaburan asing oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat korporat.
“Ini telah menyumbang kepada mudah tunai pasaran pertukaran asing domestik yang mencukupi, yang mencatatkan purata jumlah dagangan harian sebanyak AS$17.6 bilion,” jelasnya dalam ringkasan mesyuarat FMC BNM pada 1 Oktober yang dikeluarkan hari ini.
Ahli FMC juga menjelaskan bahawa pengaturan semasa boleh dikekalkan untuk memastikan mudah tunai yang lebih baik dalam pasaran pertukaran asing tempatan.
Selain itu, keyakinan kalangan pelabur terhadap Malaysia telah bertambah baik susulan pertumbuhan ekonomi negara yang teguh di samping komitmen berterusan kerajaan terhadap pembaharuan struktur. tambah FMC.
“Aliran masuk portfolio asing yang ketara juga diperhatikan pada suku ketiga 2024 berikutan prestasi KLCI yang kukuh dan spread Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS)-Perbendaharaan Amerika Syarikat (UST) yang semakin normal.
“Mesyuarat juga berpendapat bahawa libat urus yang kerap bersama pelabur oleh pihak berkuasa membuahkan hasil dalam meningkatkan kesedaran pelabur mengenai Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik serta menekankan semula kepentingan dasar yang koheren dan konsisten secara berterusan,” menurut FMC.
Ahli mesyuarat juga berkongsi pemerhatian mengenai perubahan amalan syarikat korporat berikutan pemulihan ringgit.
“Dalam kalangan pengeksport, terdapat perubahan sentimen yang membawa kepada minat yang lebih besar untuk menukar hasil eksport, manakala pengimport juga telah mengurangkan kecenderungan untuk membeli secara berlebihan dengan membeli kuantiti yang diperlukan sahaja untuk aktiviti perniagaan,” tambah FMC.
FMC juga memaklumkan langkah untuk meningkatkan mudah tunai dan menambah jumlah pelabur dalam pasaran bon dan sukuk korporat juga dibincangkan.
Dalam tempoh terdekat ini, inisiatif penting termasuk pengenalan urus niaga bon dan sukuk korporat sebagai sebahagian daripada penilaian usaha pembangunan pasaran dalam rangka kerja “Principal Dealers” (PD); sesi libat urus bersama pihak berkepentingan industri yang utama bagi membiasakan pelabur bukan pemastautin dengan nama korporat dan struktur sukuk Malaysia selain bon kerajaan Malaysia.
Mesyuarat FMC pada 1 Oktober lepas telah membincangkan perkembangan terkini pasaran ringgit, diikuti dengan kemas kini mengenai inisiatif pembangunan pasaran termasuk peralihan KLIBOR serta strategi untuk mempertingkatkan pasaran bon dan sukuk domestik. – Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Source link
The post Ringgit mengukuh, antara mata mata wang berprestasi terbaik peringkat global appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/ringgit-mengukuh-antara-mata-mata-wang-berprestasi-terbaik-peringkat-global/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Popular Di Peringkat Global Culinary Class Wars Sah Kembali Dengan Musim Kedua

Popular Di Peringkat Global Culinary Class Wars Sah Kembali Dengan Musim Kedua

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 71 hits
Culinary Class Wars akan kembali dengan musim kedua Artikel Berkaitan Selepas tayangannya pada bulan September program Netflix itu telah memikat penonton global dengan gabungan dinamik pertandingan ala sukan dan cabaran cabaran yang belum p...
Ringgit Mengukuh

Ringgit Mengukuh

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 74 hits
Norizan Abdul Hamid Hari ini 28 9 2024USD 1 RM 4 11
Nilai Ringgit Semakin Kukuh Peluang Terbaik Untuk Berjimat

Nilai Ringgit Semakin Kukuh Peluang Terbaik Untuk Berjimat

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 113 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Hari ini aku nak kongsikan berita baik yang pasti akan menggembirakan ramai di luar sana Baru baru ini Ringgit Malaysia telah menunjukkan prestasi yang semakin kukuh berbanding lebih 24 mata wang la...
Ni Kot Masa Terbaik Malaysia Ringgit Meletup

Ni Kot Masa Terbaik Malaysia Ringgit Meletup

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 133 hits
MSROktober 2022Tarikh Dolar Amerika Syarikat ke Ringgit Malaysia3 10 2022 1 USD 4 6480 MYR4 10 2022 1 USD 4 6473 MYR5 10 2022 1 USD 4 6305 MYR6 10 2022 1 USD 4 6375 MYR7 10 2022 1 USD 4 6375 MYR10 10 2022 1 USD 4 6500 MYR11 10 2022 1 USD 4 ...
Ringgit Slips Amid Rising Geopolitical Risks Remains Top Global Currency

Ringgit Slips Amid Rising Geopolitical Risks Remains Top Global Currency

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 193 hits
KUALA LUMPUR The ringgit closed lower today as rising geopolitical risks spurred the buying of safe haven assets such as the greenback but still emerged as a global best performer against the US dollar in a three month period from July 2 to...
Hafreez Adam Takut Nak Kahwin Akui Zara Zya Wanita Terbaik Pernah Hadir Dalam Hidup

Hafreez Adam Takut Nak Kahwin Akui Zara Zya Wanita Terbaik Pernah Hadir Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 113 hits
Pelakon Hafreez Adam takut nak kahwin kerana bimbang akan disamakan dengan bapanya yang telah beberapa kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini Hafreez berkata dia enggan membenarkan apa yang pernah dilaluinya sebelum ini turut dirasai anak...
Posisi Terbaik Cara Tidur Pesakit Slip Disc Dan Jenis Bantal Untuk Pesakit Slip Disc

Posisi Terbaik Cara Tidur Pesakit Slip Disc Dan Jenis Bantal Untuk Pesakit Slip Disc

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 76 hits
Ketahui posisi terbaik cara tidur pesakit slip disc Slip disc atau cakera tergelincir adalah keadaan yang menyebabkan rasa sakit yang ketara pada tulang belakang khususnya di bahagian pinggang Pesakit yang mengalami slip disc memerlukan per...
Broker Forex Terbaik Dengan Platform Dagangan Canggih

Broker Forex Terbaik Dengan Platform Dagangan Canggih

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 79 hits
Platform dagangan adalah penting untuk pengalaman dagangan yang lancar dan berkesan apabila memilih broker forex Berikut ialah beberapa broker terbaik yang terkenal dengan pelbagai instrumen dan platform lanjutan mereka 1 HFM ialah broker t...
9 Krim Buang Bulu Terbaik Untuk Kulit Sensitif

9 Krim Buang Bulu Terbaik Untuk Kulit Sensitif

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 84 hits
Apakah krim buang bulu terbaik yan sesuai untuk anda beli pada tahun 2024 ini Dalam artikel ini kami akan kongsikan 9 krim buang bulu terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga BIOAQUA Aloe Vera Mild Hair Removal Cream BIO...
It S The Economy And Border Stupid Here S How Donald Trump Crushes Kamala Harris To Become 47th President

Lagi Lantikan Bagi Kakitangan Kesihatan

Drama Muzikal Fyp

Ideal Mobile Casino Bonuses 2024 No Deposit Application Code

Makan Malam Di Oriental Kopi Paradigm Mall

5 Jenis Makanan Membantu Tingkatkan Kolesterol Baik

Garlic Bread Mushroom Soup Untuk Sarapan Pagi Ni

Abbas Bin Abdul Muthalib Paman Yang Jadi Sahabat Nabi


echo '';
Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah


Perkara Yang Introvert Tak Suka Tapi Jarang Luahkan

Toko Sembako Pontianak Sumber Kebutuhan Harian Yang Praktis Dan Terjangkau Di Kota Khatulistiwa

Ajk Surau Lemas Jatuh Sungai Ketika Ambil Wuduk

Customer Bagi Handbag

Pintu Terlarang Satu Filem Yang Ada Plot Twist Yang Buat Min Rasa Memang Tak Boleh Dipercayai

Beli Di Sini Kali Pertama Lebih Murah Daripada Tiktok