Antara Enam Kelebihan Hari Jumaat
Ditulis oleh : Unit dakwah & Islah DMPP
Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang
Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan
Lebih Cemerlang...DUNIA & AKHIRAT!
1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam
suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa, “Pada
hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang
yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah
SAW bersabda yang bermaksud : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat.
Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah
Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana
hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari
ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan
daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, RasuluLlah SAW bersabda,
maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada
hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia
dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat
ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan
Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang
lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu
penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan
dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut
RasuluLlah SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau
pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu
Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan
menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada
hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila
meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah
memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu
kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis
riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith
RasuluLlah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat
ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang
sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud
sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi
al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa
Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah
menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara
imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith
RasuluLlah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada
hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al
Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi : Solat lima
waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan
penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa
besar. (Riwayat Muslim)
Unit Dakwah & Islah,
Lajnah Penerangan & Dakwah
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2013/01/tazkirah-antara-6-kelebihan-hari-jumaat.html