Siapa Nasrah Yang Di Dera Oleh Keluarga Angkatnya



BUKAN saja tidak mengetahui status diri dan keluarga kandung, malah remaja perempuan didera keluarga angkatnya.

Kisah memilukan itu berjaya dihidu selepas remaja dikenali sebagai Nasrah, 13, itu dirujuk pengurusan Hospital Sultan Ismail (HSI) ke Jabatan Kebajikan (JKM) pada 4 Februari lalu.

Difahamkan, mangsa diselamatkan polis selepas pihak berkuasa menerima aduan berkaitan kes penderaan sebelum pemeriksaan menemui kesan luka lama dan baru pada tubuhnya.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Maghfurah Mohd Zahir mengenai keadaan remaja perempuan terbabit.

“Dia dirujuk pengurusan HSI ke JKM pada 4 Februari lalu dan difahamkan mangsa diselamatkan polis selepas menerima aduan berkaitan kes penderaannya.

“Ketika diserahkan kepada JKM, tubuh remaja perempuan itu dipenuhi dengan kesan luka lama selain kesan baru.

“Remaja perempuan itu juga kelihatan sugul dan perbualannya kurang lancar,” katanya.

Katanya, remaja perempuan itu dipercayai diserahkan oleh ibu kandung kepada keluarga angkat ketika berusia antara dua hingga tiga tahun.

Beliau berkata, hasil siasatan dijalankan JKM mendapati remaja berkenaan dalam keadaan normal dan tidak memiliki sebarang kecacatan fizikal dan mental.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati dia tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan mahupun sijil kelahiran,” katanya.

Menurutnya, akibat ketiadaan dokumen pengenalan diri, remaja perempuan berkenaan tidak berpeluang belajar di sekolah.

Katanya, malah status warga negara remaja perempuan berkenaan juga kabur sehingga kini selain dia juga tidak mengetahui sebarang maklumat berkaitan asal usulnya termasuk tarikh lahirnya.

Maghfurah berkata, pihaknya difahamkan kes penderaan remaja berkenaan yang dilaporkan orang awam kepada pihak berkuasa juga di bawah tindakan polis.

Menurutnya, sepanjang menerima rawatan di hospital mahupun di institusi JKM, remaja perempuan itu tidak menerima sebarang kunjungan daripada waris mahupun keluarga angkat yang tinggal di Johor Bahru.

“Dia dikenali sebagai Nasrah dan dia berharap keluarga kandungnya terutama ibunya tampil memberi maklumat berkaitan kelahirannya.

“Sehingga kini JKM hanya memperoleh maklumat daripada jiran remaja perempuan itu yang menyatakan ibu Nasrah berasal dari Sabah dan berketurunan Suluk.

“Bagi membantu remaja berkenaan pulih daripada trauma dialami, JKM juga menyediakan perkhidmatan kaunseling,” katanya.

Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan ibu kandungnya mahupun waris Nasrah diminta menghubungi Pegawai Pelindung JKM, Mastura Mohd Ismail di talian 07-2232606.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sotongkicap.blogspot.com/2019/03/siapa-nasrah-yang-di-dera-oleh-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Ajak Keluarga Kawan Kawan Makan Malam Di Perdana Street Food

Jom Ajak Keluarga Kawan Kawan Makan Malam Di Perdana Street Food

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 512 hits
PERDANA STREET FOOD DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU Disebabkan sambutan yang menggalakkan untuk Perdana Street Food yang lalu Hotel Perdana Kota Bharu sekali lagi menganjurkan acara yang sama pada tahun ini Apa yang bestnya mereka telah menamba...
Restoran Mesra Keluarga Untuk Percutian Keluarga Ideal

Restoran Mesra Keluarga Untuk Percutian Keluarga Ideal

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 331 hits
Adakah anda perasan anak anak anda semakin bersemangat untuk ke sekolah minggu ini Adakah anda perasan jua mengapa kesesakan jalan pada waktu pagi bermula begitu awal sedangkan sebelum ini tidak begitu banyak kereta yang ada di atas jalan r...
Terbakar 10 Keluarga Hilang Tempat Tnggal Di Setapak

Terbakar 10 Keluarga Hilang Tempat Tnggal Di Setapak

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 428 hits
API marak membakar 10 kediaman penduduk di Lorong 1 Kampung Setia Jaya Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR 19 Mac Sepuluh keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran di Lorong 1 Kampong Setia Jaya Setap...
Mengenal Aksa Mahmud Dan Erwin Aksa Satu Keluarga Beda Pilihan Capres

Mengenal Aksa Mahmud Dan Erwin Aksa Satu Keluarga Beda Pilihan Capres

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 312 hits
Ayah dan anak Aksa Mahmud dan Erwin Aksa punya dukungan berbeda Inilah ptofil mereka
Namai Anak Dengan Gopay Gojek Berikan Keluarga Ini Gopay Gratis Selama Setahun Rezeki Anak Saleh

Namai Anak Dengan Gopay Gojek Berikan Keluarga Ini Gopay Gratis Selama Setahun Rezeki Anak Saleh

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 234 hits
Besok mungkin akan ada lagi nama bayi unik mungkin Ovo Top Up Cash Back Hipwee Jr dan lain lain D
Dukung Sandiaga Keluarga Kh Ahmad Dahlan Pesan Gandeng Muhammadiyah Erat Erat

Dukung Sandiaga Keluarga Kh Ahmad Dahlan Pesan Gandeng Muhammadiyah Erat Erat

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 247 hits
Cucu KH Ahmad Dahlan Hadiroh berharap jika nantinya pasangan Prabowo Sandiaga memenangkan Pilpres 2019 agar menggandeng Muhammadiyah Sebab kata dia pemerintah saat ini cenderung menelantarkan Muhammadiyah
Keluarga Sebut Pelaku Penusukan Di Halte Bkn Cawang Alami Gangguan Jiwa

Keluarga Sebut Pelaku Penusukan Di Halte Bkn Cawang Alami Gangguan Jiwa

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 279 hits
Sudah datang Menurut keluarga dia gila kata Kapolsek Kramatjati Kompol Nurdin AR
Motif Penembakan Di Utrecht Diduga Urusan Keluarga

Motif Penembakan Di Utrecht Diduga Urusan Keluarga

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 155 hits
Kantor berita Turki Anadolu mengutip orang orang yang berkaitan dengan serangan fatal itu mengatakan Tanis menembak seorang wanita di trem dan kemudian menembak orang lain yang mencoba membantu perempuan itu
Rasuah Boleh Rosakkan Individu Keluarga Malah Hancurkan Negara

Rasuah Boleh Rosakkan Individu Keluarga Malah Hancurkan Negara

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 261 hits
KETUA Balai Polis antara 16 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas dipercayai terbabit melindungi serta menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut di Kuala Lumpur Mengikut berita yang ditulis rumah urut perna...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa