Siapa Munafiq Di Kalangan Orang Islam Ust Azhar Idrus





PADA awal surah al-Baqarah Allah Taala menyebutkan tiga golongan manusia iaitu:1.     Golongan Mukmin2.     Golongan Kafir3.     Golongan MunafikAllah Taala menjelaskan kepada golongan Mukmin pada ayat-ayat dalam permulaan surah al-Baqarah tentang busuknya hati orang-orang munafik dan permusuhan mereka kepada golongan Mukmin. Berikut adalah sifat-sifat golongan munafik yang diceritakan dalam surah al-Baqarah:●     Suka berbuat kerosakkan tetapi mendakwa sebagai orang yang melakukan perkara baik.Firman Allah:وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ (١١) أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ (١٢)Ertinya:“Apabila dikatakan kepada mereka : “Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi.” Maka mereka berkata : “Kami hanyalah orang-orang yang melakukan kebaikan.” Ketahuilah, mereka adalah golongan yang melakukan kerosakan tetapi mereka tidak menyedarinya."(al-Baqarah: 11-12)●     Orang-orang yang sangat bodoh tetapi mengaku pandai sebaliknya menuduh orang yang mahu menegakkan Islam sebagai bodoh.Firman Allah:وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ ءَامِنُوا كَمَا ءَامَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا ءَامَنَ السُّفَهَاءُ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لَا يَعْلَمُونَErtinya:“Apabila dikatakan kepada mereka : “Berimanlah kamu (yakni percayalah kamu kepada janji Allah dan agama Islam) sebagaimana orang-orang lain telah beriman.” Mereka menjawab : “Adakah kami perlu percaya sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah percaya?” Jawab Allah : Ingatlah sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu.”(al-Baqarah: 13)●      Orang-orang yang menipu Allah.Firman Allah:اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَErtinya:“Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka itu.”(al-Baqarah : 15)●     Orang yang Islam hanya pada zahirnya tetapi tidak pada hatinya.Alamat golongan ini ialah:-     Bila berada bersama orang beriman mereka pura-pura sukakan Islam tetapi bila bersama golongan kafir mereka turut sama menentang golongan Islam.-     Bila hukum Islam hendak ditegakkan mereka akan lantang bersuara menentang.-     Mereka kasih kepada orang-orang kafir dan benci kepada orang beriman.-     Mereka melantik orang-orang kafir sebagai ketua dan pemimpin dan meninggalkan orang-orang beriman.-     Apabila orang-orang beriman mahu melaksanakan al-Quran dan hadis di dalam negara mereka akan memberikan berbagai alasan supaya ianya tidak berlaku.-     Mereka menyebelahi orang-orang kafir berlawan dengan orang-orang beriman.-     Mereka sangat setia kepada tunjuk ajar dan perintah orang-orang kafir.-     Apabila orang-orang beriman berkata yang benar mereka akan menuduh dengan berbagai tuduhan dan memusingkan perkataan tersebut supaya nampak salah dan apabila orang-orang kafir berkata yang batil mereka akan mempertahankannya bermati-matian.-     Mereka suka mencari kesilapan orang-orang beriman.-     Mereka suka memuji orang-orang kafir.Dan sebagainya.Maka hukum orang Islam yang munafik seperti ini adalah kafir. Ialah kafir yang paling keji di antara berbagai jenis kafir.Balasan orang munafik di AkhiratFirman Allah :يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (١٢) يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا انْظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِنْ نُورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ (١٣) يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ قَالُوا بَلَى وَلَكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ أَنْفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَارْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ الْأَمَانِيُّ حَتَّى جَاءَ أَمْرُ اللهِ وَغَرَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ (١٤)Ertinya:"(Iaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka (dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang sangat besar.”"Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahaya kamu.” Dikatakan (kepada mereka): “Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu).” Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya ada seksa. Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) sambil berkata: “Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?” Mereka menjawab : “Benar tetapi kamu telah mencelakakan diri kamu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat dusta.”"(al-Hadid: 12-14)Penentang Islam kekal dalam Neraka selamanyaFirman Allah;أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّهُ مَنْ يُحَادِدِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَأَنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدًا فِيهَا ذَلِكَ الْخِزْيُ الْعَظِيمُErtinya: “Tidakkah mereka (orang-orang munafik) mengetahui bahwasanya barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya maka baginya adalah neraka jahanam. Dia kekal di dalamnya dan itu adalah kehinaan yang besar.”(at-Taubah: 63)Dan firman Allah :وَعَدَ اللهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَاErtinya:“Allah mengancam orang-orang munafik yang laki-laki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka jahanam. Mereka kekal di dalamnya.”(at-Taubah: 68)Orang Munafiq berada di Neraka paling bawahFirman Allah :إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًاErtinya:“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.”(an-Nisa: 145)Wallahua’lam.(Sumber daripada FB Ustaz Azhar Idrus (Original)) - HARAKAHDAILY 20/12/2018

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/12/siapa-munafiq-di-kalangan-orang-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Sambut Tahun Baru Ustaz Azhar Idrus

Hukum Sambut Tahun Baru Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 615 hits
Kita sudah pasti akan menanti detik tahun baru setiap tahun adakah kita tahu apa hukum sambut tahun baru ini Sama ada haram atau harus jom dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus semoga manfaat kepada kita semua Insha Allah
Ustaz Kazim Azhar Idrus Dan Samsul Debat Antara 10 Penceramah Dilarang Keluar Di Tv Dan Radio

Ustaz Kazim Azhar Idrus Dan Samsul Debat Antara 10 Penceramah Dilarang Keluar Di Tv Dan Radio

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 714 hits
Ustaz Kazim Azhar Idrus Dan Samsul Debat Antara 10 Penceramah Dilarang Keluar Di TV Dan Radio Pencetus Ummah Syed baru baru ini memuat naik satu gambar senarai yang menunjukkan beberapa nama agamawan yang tidak digalakkan untuk muncul di te...
Usaz Azhar Idrus Jawab Kata Malaikat Pun Buat Salah

Usaz Azhar Idrus Jawab Kata Malaikat Pun Buat Salah

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 306 hits
Akidah Orang Yang Cakap Malaikat Buat Silap U Turn Ustaz Azhar Idrus Malaikat pun boleh buat silap kias Dr M
Gambar Terkini Izyan Isteri Ke 3 Ustaz Azhar Idrus Yang Semakin Jelita Dan Menawan

Gambar Terkini Izyan Isteri Ke 3 Ustaz Azhar Idrus Yang Semakin Jelita Dan Menawan

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 4658 hits
Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang penceramah bebas yang terkenal dengan jenaka spontannya dan melucukan dalam ceramah di kaca TV dan juga video yang dimuat naik di Youtube Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang penceramah bebas yang terkenal...
Pdip Klaim Jokowi Ma Ruf Raup Dukungan Nu Muhammadiyah Mui Umat Islam

Pdip Klaim Jokowi Ma Ruf Raup Dukungan Nu Muhammadiyah Mui Umat Islam

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 249 hits
Sekretaris Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Hasto Kristiyanto mengklaim selama tiga bulan masa kampanye Jokowi Ma ruf telah meraup banyak dukungan dari kalangan Islam Hal itu karena faktor Ma ruf Amin meski belum melakukan kampanye
Sembilan Rancangan Jahat Zionis Ke Atas Umat Islam

Sembilan Rancangan Jahat Zionis Ke Atas Umat Islam

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 282 hits
1 Mengosongkan jiwa umat Islam dari roh islam Dengan mematikan roh Islam dalam umat islam Antaranya memperkenalkan tokoh tokoh barat sehingga menjadikan kata kata manusiawi sebagai sandaran hujjah Perlu diingatkan roh tidak hidup apabila me...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation