Siapa Menang Sekiranya Mn Terkubur


 

Imran Ariff -October 7, 2021 Penganalisis sukar meramalkan sama ada perpecahan akan menguntungkan Umno atau Bersatu, namun mereka bersetuju PAS akan terjejas kerana hilang sokongan Umno dan penyokongnya.PETALING JAYA: Siapa akan menang sekiranya Muafakat Nasional (MN) yang menjadi pakatan antara Umno dan PAS terkubur sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan?
Perpecahan mungkin berlaku sebelum pilihan raya, namun penganalisis sukar meramalkan sama ada ia akan menguntungkan Umno atau Bersatu.
Bagaimanapun mereka bersetuju PAS akan terjejas kerana hilang sokongan Umno dan penyokongnya.
Selasa lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, mungkin sudah tiba masanya untuk “beralih” daripada pakatan yang dibentuk dua parti itu pada 2019 kerana Umno tidak lagi boleh berdepan dengan ketidaktentuan MN dalam persiapannya berdepan PRU15.
PAS juga adalah sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Bersatu, namun pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) lalu, Umno membuat ketetapan untuk tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya.
Dalam keadaan tersepit di tengah-tengah, PAS berkata, ia akan menyokong penyandang di kawasan pilihan raya yang menyaksikan pertembungan antara Umno dan Bersatu.
Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir memberitahu FMT bahawa beliau percaya sekiranya Umno lebih sensitif terhadap sentimen rakyat, ia tidak lagi memerlukan sokongan daripada parti Islam itu.
“Pada 2019, apabila mereka mengadakan pakatan selepas PRU14, persepsi rakyat terhadap Umno tidak begitu baik,” katanya.
Jeniri Amir.“Tetapi ia berubah. Kedudukan parti itu lebih baik sekiranya memutuskan untuk berdepan pilihan raya umum tanpa PAS.
“Secara peribadinya, saya tidak melihat alasan PAS di sebalik sokongannya terhadap Bersatu memandangkan ia tidak mempunyai jumlah kerusi yang sama atau jentera yang kuat seperti yang dibina oleh Umno selama ini.”
Katanya, perpecahan secara rasmi akan memudahkan Ismail Sabri Yaakob dan pentadbirannya memandangkan mereka tidak perlu lagi memenuhi kehendak PAS.
“Umno ialah parti nasionalis, manakala PAS pula parti Islam. Perpecahan akan membantu Umno apabila pada masa itu ia mungkin dilihat sebagai lebih sederhana,” katanya.
Bagaimanapun bekas ahli akademik Azmi Hassan berkata, perpecahan itu akan lebih menguntungkan Bersatu.
“PAS dan Umno akan rugi besar jika MN tidak dipertahankan memandangkan ia terbukti berhasil berdasarkan apa yang dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya.
Azmi Hassan.Beliau merujuk kepada pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Kecil dan Cameron Highlands pada 2019 apabila jentera gabungan dua parti itu berjaya memberi kemenangan kepada calon sekutu mereka.
“Bersatu akan menang daripada semua keadaan ini memandangkan ia amat memerlukan sokongan PAS sekiranya calon parti itu berdepan dengan Umno,” kata Azmi.
Namun katanya, ia tidak mungkin memberi kesan kepada pembangkang “memandangkan Umno, PAS dan Bersatu mempunyai banyak pertindihan penyokong” dan mereka tidak mungkin beralih daripada ketiga-tiga parti itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/siapa-menang-sekiranya-mn-terkubur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angkara Pendahulu Perlumbaan Tersilap Laluan Rezeki Pelari Ini Menang Marathon

Angkara Pendahulu Perlumbaan Tersilap Laluan Rezeki Pelari Ini Menang Marathon

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 207 hits
Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tahu Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan bagi seorang lelaki di Amerika Syarikat selepas berjaya memenangi sebuah acara marathon gara gara dua pendahulu perlumbaan itu tersilap laluan Lelak...
Saya Anggap Kita Menang 2 1 Ujar Rezal Zambery Yang Berang Dengan Mutu Pengadilan

Saya Anggap Kita Menang 2 1 Ujar Rezal Zambery Yang Berang Dengan Mutu Pengadilan

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 221 hits
Rezal Zambery Yang Berang Dengan Mutu Pengadilan Pengendali Kelantan FC Rezal Zambery Yahya nyata cukup kecewa dengan mutu pengadilan yang disifatkan sebagai punca pasukannya terlepas peluang melakar kemenangan pertama dalam saingan Piala M...
Ingat Naklawan Dap Dakwah Dap Tapi Takut Lawan Amanah Rupanya Tak Apa Nak Lawan Amanh Pun Belum Tentu Menang

Ingat Naklawan Dap Dakwah Dap Tapi Takut Lawan Amanah Rupanya Tak Apa Nak Lawan Amanh Pun Belum Tentu Menang

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 204 hits
Dok pumpang pumpang kata ke DAP Ingatkan nak lawan DAP sekali lawan Amanah Oi lebai Gi la lawan DAP Boleh gak tambah jumlah kerusi Melayu Islam Lawan Amanah buat apa Kalau menang pun tak bertambah kerusi Melayu Islam Sama je jumlahnya Nampa...
Worden Janji Minum Air Dalam Kasutnya Jika Menang Kata Dollah Salleh

Worden Janji Minum Air Dalam Kasutnya Jika Menang Kata Dollah Salleh

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 380 hits
22 Disember 1996 Penyerang Azman Adnan mendapat pelukan dan pelayaran dari jurulatih Ken Worden setelah golnya pada minit ke 72 yang menyaksikan Selangor mengalahkan Brunei 3 2 secara agregat di separuh akhir di Stadium Nasional Sultan Hass...
Ketum Prof Zurina Hassan Menang Anugerah Penyelidikan Antarabangsa

Ketum Prof Zurina Hassan Menang Anugerah Penyelidikan Antarabangsa

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 210 hits
Kajian ketum pakar USM menang anugerah penyelidikan antarabangsaAmir TalmiziPenyelidik dari Pusat Penyelidikan Dadah Universiti Sains Malaysia Prof Zurina Hassan menerima anugerah penyelidikan antarabangsa pada 4 Ogos lalu Penyelidik berasa...
11 Gambaran Pelakon Utama Squid Game Sekiranya Hadir Dalam Versi Malaysia

11 Gambaran Pelakon Utama Squid Game Sekiranya Hadir Dalam Versi Malaysia

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 1202 hits
Fenomena Squid terus berlangsung selang beberapa minggu selepas mula ditayangkan di Netflix dan berjaya mengalahkan Sweet Home sebagai rancangan bersiri Korea paling ditonton di Netflix Setiap scene dan elemen dalam Squid Game mencetuskan p...
Sekiranya Anda Ibubapa Adakah Anda Merasakan Menghantar Anak Ke Sekolah Tidak Selamat

Sekiranya Anda Ibubapa Adakah Anda Merasakan Menghantar Anak Ke Sekolah Tidak Selamat

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 261 hits
Jangkitan Covid 19 bawah 18 tahun naik mendadak September 30 2021Sebanyak 62 kematian akibat Covid 19 membabitkan kelompok berusia bawah 18 tahun direkodkan sehingga kini menurut Khairy Jamaluddin PETALING JAYA Kes jangkitan Covid 19 membab...
Tumpu Kerusi Yang Pembangkang Menang Bukan Berebut Kerusi Pas

Tumpu Kerusi Yang Pembangkang Menang Bukan Berebut Kerusi Pas

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 207 hits
AGENDA DAILY Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Tumpuan perlu diberikan terhadap kerusi yang dimenangi oleh parti pembangkang dan bukan berebut kerusi sesama parti dalam gabungan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional ...
Umno Sokong Dun Melaka Bubar Yakin Menang Zahid

Umno Sokong Dun Melaka Bubar Yakin Menang Zahid

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 274 hits
agendaily com5 10 2021Dewan Undangan Negeri Melaka Keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka mendapat sokongan UMNO dan yakin akan dapat menyapu bersih semua kerusi sekiranya Pilihan Raya Negeri diadakan kata Presidennya Datuk Seri ...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord