Siapa Mandikan Jenazah Nabi Saw



Pasti kita pernah tertanya-tanya siapa dari kalangan sahabat yang mandikan jen azah baginda Rasulullah SAW. Ini penjelasan Mufti WilayahSOALAN SIAPAKAH MANDIKAN JENAZAH NABI SAW?
Assalamualaikum WBT. Semoga ustaz sihat-sihat belaka. Saya dah lama ingin bertanya.Siapakah di antara para sahabat yang memandikan jen azah Nabi SAW. Saya ingin tahu sangat ustaz. Mohon pencerahan dari ustaz.

Jawapan :Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat
Antara kewajipan seorang muslim adalah mengetahui hal perihal berkaitan Nabi SAW. Daripada setiap pergerakan, percakapan, akhlak ketika Baginda hidup sehinggalah kew afatan Baginda SAW
Sebelum membincangkan dan menjawab persoalan yang dikemukakan, suka kami bentangkan berkenaan kisah akhir detik kehidupan Nabi SAW seperti yang diceritakan oleh Anas Bin Malik. Kata beliau :أَنَّ أَبَا بَكْرٍ كَانَ يُصَلِّي لَهُمْ فِي وَجَعِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، الَّذِي تُوُفِّيَ فِيهِ حَتَّى إِذَا كَانَ يَوْمُ الاِثْنَيْنِ وَهُمْ صُفُوفٌ فِي الصَّلاَةِ كَشَفَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، سِتْرَ الْحُجْرَةِ ، فَنَظَرَ إِلَيْنَا ، وَهُوَ قَائِمٌ كَأَنَّ وَجْهَهُ وَرَقَةُ مُصْحَفٍ ، ثُمَّ تَبَسَّمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَاحِكًا قَالَ : فَبُهِتْنَا وَنَحْنُ فِي الصَّلاَةِ مِنْ فَرَحٍ بِخُرُوجِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَنَكَصَ أَبُو بَكْرٍ عَلَى عَقِبَيْهِ لِيَصِلَ الصَّفَّ ، وَظَنَّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَارِجٌ لِلصَّلاَةِ ، فَأَشَارَ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ أَنْ أَتِمُّوا صَلاَتَكُمْ ، قَالَ : ثُمَّ دَخَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَرْخَى السِّتْرَ قَالَ : فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ يَوْمِهِ ذَلِكَMaksudnya :” Sesungguhnya Abu Bakar mengetuai solat orang ramai ketika Nabi SAW sa kit yang mana ia adalah kesa kitan yang menyebabkan Rasulullah SAW wafat. Sehingga tiba hari isnin, orang ramai pada ketika itu berada di dalam saf. Kemudian Rasulullah SAW menyingkap tirai biliknya dan melihat kepada kami. Ketika itu, Baginda SAW sedang berdiri dan wajah Baginda seakan-akan seperti kertas mushaf.[1][1] Iaitu ibarat yang menggambarkan bahawa wajah Rasulullah SAW yang lawa, suci putih dan bercahaya
Kemudian Baginda tersenyum. Anas berkata : Maka kami pun terkejut dan berasa gembira apabila Rasulullah SAW keluar. Pada ketika itu kami sedang dalam solat. Lalu Abu Bakar pun ke belakang sedikit untuk menyambungkan saf yang ada. Abu Bakar berbuat demikian kerana beliau menyangka Rasulullah SAW keluar untuk solat bersama
Lantas Rasulullah SAW memberi isyarat kepada orang ramai untuk menyempurnakan solat. Anas berkata lagi : Kemudian Rasulullah SAW masuk semula ke rumahnya dan menurunkan tirainya. Rasulullah SAW wa fat pada hari tersebut.”Riwayat Muslim (874)Menurut riwayat ini, Rasulullah SAW wa fat pada hari isnin. Kemudian berlakulah satu perbincangan di kalangan para sahabat berkenaan siapa yang bakal menggantikan Rasulullah SAW sebagai ketua yang akan menguruskan urusan umat islam. Akhir perbincangan itu membawa satu resolusi iaitu memilih Abu Bakar sebagai khalifah bagi umat islam
Jen azah Rasulullah mula untuk diuruskan pada hari selasa. Ada beberapa orang para sahabat yang bertanggungjawab untuk memandikan jen azah Rasulullah SAW. Aus Bin Khauli salah seorang daripada Bani Auf Bin Khazraj berkata kepada Ali : Demi Allah wahai Ali, kami juga ada bahagian untuk menguruskan Rasulullah SAW. Aus merupakan sahabat Rasulullah dan juga di antara ahli Badar. Kata Ali : masuklah
Maka Aus pun masuk, duduk dan turut memandikan Rasulullah SAW. Kemudian Ali menyandarkan jen azah Baginda ke dada beliau. Abbas, al-Fadhl dan Qutham memusingkan tubuh Baginda manakala Usamah Bin Zaid dan Syuqran kedua-duanya mencurahkan air. Pada masa yang sama Ali memandikan jen azah Rasulullah SAW
Beliau menyandarkan tubuh Baginda ke dadanya dan pada tubuh Baginda ada qamis yang beliau gunakan untuk menggosok bahagian belakang Baginda. Tangan beliau langsung tidak menyentuh tubuh Baginda. Lalu Ali berkata : Demi ayah dan ibuku, engkau ketika hidup mulia dan ketika wa fat pun mulia. Dan tidak dilihat pada jenazah Rasulullah sesuatu (yang buruk) yang ada pada jen azah orang lain.”Rujuk Sirah Ibnu Hisyam (4/451)Kesimpulannya ,berdasarkan riwayat ini, ada 7 orang yang terlibat dalam memandikan jen azah Nabi SAW. Mereka itu ialah :Ali Bin Abi TalibAbbas Bin Abdul MuttalibAl-Fadhl Bin AbbasQutham Bin AbbasUsamah Bin ZaidSyuqran Maula kepada RasulullahAus Bin KhauliSemoga pencerahan yang diberikan menjawab persoalan yang dikemukakan. Semoga kita lebih mencintai Nabi SAW dengan membaca sirahnya dan sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk mengikut sunnahnya. Wallahu’alam
Sumber: http://bolapadu.com/siapa-mandikan-jen-azah-nabi-saw-ramai-tak-tahu-ini-jawapan-mufti-wilayah/







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/02/siapa-mandikan-jenazah-nabi-saw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Pedang Yang Pernah Dipakai Nabi Muhammad Saw

9 Pedang Yang Pernah Dipakai Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 583 hits
9 Pedang Yang Pernah Dipakai Nabi Muhammad SAW UN1X PROJECT Ini adalah pedang pedang yang pernah dipakai oleh semasa hidupnya untuk berdakwah jumlah total pedang yang pernah digunakan ada 9 buah 1 Pedang Al Ma thurFoto diambil oleh Muhammad...
Apa Benar Ini Wajah Nabi Muhammad Saw

Apa Benar Ini Wajah Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 18804 hits
Apa Benar Ini Wajah Nabi Muhammad SAW UN1X PROJECT Wajah Nabi Muhammad saw dilukiskan dengan kata kata sebagai wajah yang berkulit putih bermata hitam beralis tebal gigi putih teratur dan rambut bergelombang Tapi jika tidak pernah sekalipun...
Subhanallah Begini Rambut Nabi Saw Ketika Diperbesar E Ppb

Subhanallah Begini Rambut Nabi Saw Ketika Diperbesar E Ppb

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 559 hits
Kementerian Agama Rusia telah mempamerkan koleksi rambut Nabi Muhammad SAW di Muzium Crocus Moscow Rusia pada awal tahun 2015 Rambut Nabi adalah koleksi dari Muzium Makhachkala di Negeri Dagestan berhampiran sempadan dengan Georgia Apakah r...
Selepas 395 Laporan Polis Lelaki Hina Nabi Muhammad Saw Direman Tiga Hari

Selepas 395 Laporan Polis Lelaki Hina Nabi Muhammad Saw Direman Tiga Hari

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 450 hits
Selepas 395 laporan polis lelaki hina Nabi Muhammad SAW direman tiga hariLELAKI berusia 68 tahun yang dipercayai memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW di akaun Facebook Foo Sing Wai direman selama tiga hari bermula Rabu sehingga Jum...
Himpunan Desak Tindakan Tegas Terhadap Lelaki Hina Nabi Saw

Himpunan Desak Tindakan Tegas Terhadap Lelaki Hina Nabi Saw

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 583 hits
SEBAHAGIAN umat Islam yang berhimpun di ibu pejabat polis daerah Timur Laut Georgetown Pulau Pinang malam ini bagi mendesak polis mengambil tindakan lebih tegas terhadap lelaki yang menghina Nabi Muhammad SAW menerusi Facebook UTUSAN ONLINE...
Pelbagai Isu Hijrah Nabi Saw Dan Jawapannya

Pelbagai Isu Hijrah Nabi Saw Dan Jawapannya

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 457 hits
Peristiwa hijrah Nabi SAW ke kota Madinah merupakan satu kisah atau peristiwa yang penting kerana bermula dari situlah agama Islam dapat disebarkan sehingga ke serata dunia Di dalam al Quran juga ada dihikayatkan oleh Allah SWT berkaitan pe...
Mau Kunjungi Makam Nabi Muhammad Leher Bocah 6 Tahun Digorok

Mau Kunjungi Makam Nabi Muhammad Leher Bocah 6 Tahun Digorok

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 365 hits
Leher bocah berusia enam tahun bernama Zakaria al Jaber digorok dengan pecahan kaca di depan ibunya sendiri Insiden itu terjadi ketika Zakaria Al Jaber sedang naik taksi untuk mengunjungi tempat suci makam Nabi Muhammad di Madinah Dilansir ...
Doa Sapu Jagat Paling Sering Dibaca Nabi

Doa Sapu Jagat Paling Sering Dibaca Nabi

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 590 hits
Doa sapu jagat itu paling sering dibaca oleh Nabi shallallahu alaihi wa sallam Sudah sering baca doa ini
Nak Wajah Cantik Berseri Amalkan Baca Doa Nabi Yusuf

Nak Wajah Cantik Berseri Amalkan Baca Doa Nabi Yusuf

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 2308 hits
Sekiranya ingin wajah tampil berseri amalkan baca doa kecantikan dan menaikkan keserian di wajah iaitu surah Nabi Yusuf surah Yusuf Ayat 4 sejurus selepas solat Amalkan ayat pengasih Surah Yusuf ayat 4 dan Surah Taha ayat 39 ketika Nabi Yus...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai