Siapa Jodoh Hannah Delisha



Walaupun baru berusia 23 tahun, dalam karier lakonan bintang muda dari Singapura, Hannah Delisha sudah sinonim dengan watak isteri dan ibu

Hampir tiga tahun membina nama sebagai pelakon di Malaysia, kebanyakan drama dibintangi Hannah pasti mengaitkannya dengan watak wanita berkahwin dan memiliki keluarga

Berbicara sejauh mana sebenarnya gadis jelita ini sudah bersedia melangkah ke fasa perkahwinan dalam realiti kehidupan, Hannah berkata, dia seorang yang tidak merancang

“Saya selesa hidup berdikari. Jadi, untuk soal jodoh terus terang saya tidak pernah terfikir untuk merancangnya. Dengan siapa dan bila akan berkahwin, biar Allah tentukan

“Saya sentiasa percaya Allah adalah sebaik-baik perancang dalam kehidupan hamba-Nya. Sebagai pelakon, saya akan terus terima watak isteri dan ibu asalkan watak itu sesuai dengan jalan cerita dan boleh melakonkan dengan baik,” katanya

Hannah mula dikenali di negara ini pada 2017 menerusi drama adaptasi novel Mencintaimu Mr Photographer bersama Syafiq Kyle

Sudah membintangi kira-kira 10 drama terbitan produksi tempatan, Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch berkata, dia juga selesa bergandingan dengan rakan pelakon lelaki berbeza sebagai heronya

“Apabila di set penggambaran, saya hanya buat kerja untuk berlakon. Ini kerana saya akan pastikan hubungan dengan rakan pelakon lelaki tidak lebih sehingga di luar lokasi

“Jadi, saya lebih suka dan memilih untuk tidak terikat bergandingan dengan rakan pelakon lelaki yang sama sebagai hero kerana tahu banyak lagi pelakon lain. Sebagaimana gandingan dengan Syafiq, saya tahu masih ada peminat ingin kami terus bekerjasama. Setakat ini, kami sudah buat apa yang peminat mahukan

“Selepas drama Mencintaimu Mr Photographer, kami teruskan berganding dalam filem Langsuir arahan Osman Ali pula. Jadi, bagi saya itu sudah cukup kerjasama di antara kami

“Namun, tidak tahulah pada masa akan datang ada kerjasama yang lain. Ikutkan saya, lebih selesa berlakon dengan pelakon lelaki yang berbeza untuk menimba pengalaman dan cara bekerja

Menurut Hannah, dia juga yakin Syafiq pun mempunyai pandangan sama untuk terus memantapkan karier seni masing-masing di mata peminat

Bagaimanapun, Hannah menegaskan dia sangat pentingkan skrip dan watak akan diterajuinya untuk diteliti sebelum bersetuju menerima sesuatu tawaran berlakon

“Jujur diakui, saya sangat suka bermain dengan watak berbanding menonjolkan watak diri sebenar dalam lakonan dipersembahkan

“Saya sentiasa mencari watak berbeza untuk dilakonkan yang lain daripada watak pernah dibintangi. Justeru, saya tidak kisah untuk melakonkan watak antagonis,” katanya

Memberitahu tidak gentar lakonan dipersembahkan sebagai antagonis akan dikecam warganet, Hannah berkata, sebagai pelakon ada kalanya dia penat juga kalau selalu disogokkan berlakon watak baik

TUMPU LAKONAN DAN NYANYIAN 
Sebelum namanya melonjak dengan lakonan, Hannah terlebih dulu mengasah bakat sebagai penyanyi menerusi kumpulan duo dikenali Delisha yang dianggotai bersama adiknya, Mia Delisha

Selepas muncul dengan lagu duo berjudul Retak pada 2015 Hannah mengambil keputusan bergerak secara solo

Pernah muncul dengan tiga lagu solo iaitu Anugerah, Esok Masih Ada dan Tak Perlu Kata Apa-Apa tahun lalu, kini Hannah dalam perancangan tampil dengan satu lagu terbaharu

“Alhamdulillah, sejak 2016 sehingga 2018, nampaknya setiap tahun saya berpeluang merakamkan lagu baharu. Untuk 2019 ini, saya akan tampil dengan lagu berkonsep balada

“Siapa pencipta lagu dan penulis lirik yang akan bekerjasama dengan saya masih dalam perbincangan. Pertemuan pun baru saja dibuat

“Bagaimanapun, dijangkakan lagu itu dapat siap dirakam dan dilancarkan tahun ini juga. Semoga semua urusan berjalan lancar,” katanya

Selain nyanyian, Hannah yang aktif berlakon juga kini dalam pertimbangan untuk menerima satu projek berlakon drama dan filem

Hannah berkata, dia gembira kerana fokusnya untuk karier lakonan dan nyanyian pada tahun ini dapat dilaksana seperti apa diharapkan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://viralglamour.blogspot.com/2019/07/siapa-jodoh-hannah-delisha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musim Kawin Komodo Cari Jodoh Bikin Geger Warga Manggarai Ntt

Musim Kawin Komodo Cari Jodoh Bikin Geger Warga Manggarai Ntt

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 451 hits
Musim kawinnya antara bulan Juni sampai Agustus Kondisi biawak komodo masih agresif saat diamankan ujarnya
Tak Tolak Jodoh Dengan Joy Revfa

Tak Tolak Jodoh Dengan Joy Revfa

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 280 hits
Pelakon Fahmy Reza mengakui sedang mengenali hati budi usahawan kosmetik Joy Revfa malah tidak menolak sekiranya mereka ditakdirkan bertemu jodoh Jejaka berusia 28 tahun itu berkata mereka sudah lama berkenalan kerana sama sama berasal dari...
Kerana Berbadan Gemuk Jodoh Menjauh

Kerana Berbadan Gemuk Jodoh Menjauh

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 473 hits
Saya masih ingat lagi Ketika kawan kawan sebaya Dah pun mula pandai usik mengusik bercerita tentang kekasih Pada saat kawan kawan sepermainan Ajak main sanding bersanding Fikiran hati saya sementah mentahnya menolak idea sebegitu Di depan s...
Kuatnya Jodoh Mereka Kasih Sayang Suami Isteri Hingga Ke Akhir Hayat

Kuatnya Jodoh Mereka Kasih Sayang Suami Isteri Hingga Ke Akhir Hayat

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 441 hits
Kuatnya jodoh mereka Kasih sayang suami isteri hingga ke akhir hayat Demikian kisah Asma Awang 82 yang mening gal dunia hari ini iaitu seminggu selepas kemat ian suaminya Bakar Gzali 88 pada 23 Jun lalu Isteri bekas Imam Surau Al Falah Kamp...
Hannah Yeoh Pertahan Pertunjukan Video Pelajar Sekolah Antarabangsa

Hannah Yeoh Pertahan Pertunjukan Video Pelajar Sekolah Antarabangsa

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 421 hits
Hannah YeohTimbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh mempertahankan tindakan pelajar sebuah sekolah antarabangsa yang didakwa menanam rasa kebencian terhadap komoditi utama negara itu Pendapat Hannah itu nyata ...
Artis Hannah Al Rashid Ajak Wanita Berani Lawan Pelecehan Seksual

Artis Hannah Al Rashid Ajak Wanita Berani Lawan Pelecehan Seksual

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 238 hits
Artis Hannah Al Rashid Ajak Wanita Berani lawan Pelecehan Seksual Ia bercerita tanpa menyebut waktu pernah mengalami pelecehan fisik dari dua laki laki Kejadian itu masih membekas hingga saat ini Jika ada laki laki yang mendekat secara refl...
Hannah Yeoh Calls For Macc To Speed Up Taman Rimba Kiara Probe

Hannah Yeoh Calls For Macc To Speed Up Taman Rimba Kiara Probe

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 344 hits
Segambut Member of Parliament Hannah Yeoh today urged Malaysian Anti Corruption Commission chief commissioner Latheefa Koya to speed up investigation into the Taman Rimba Kiara issue I hope MACC will look into all the reports that have been...
Ustazah Bertemu Jodoh Ketika Umrah

Ustazah Bertemu Jodoh Ketika Umrah

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 432 hits
Waktu saya tingkatan 3 dan 4 Ustazah Fazidah merupakan ustazah bagi subjek Pendidikan Islam Waktu itu ustazah sedang mengandung anak sulung ustazah selalu bercerita soal pertemuan beliau dan suami Ustazah menunaikan umrah bersama ibu sewakt...
Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Tb Among Penang S Top 5 Most Reported Infectious Diseases

Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Semai Biji Benih Pokok Tecoma Kuning

Rafizi Enggan Pkr Dipenuhi Pak Turut Tukang Ampu

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

Dolla Mwa Chord

More To Ph Bn S Sabah Statement Than Meets The Eye