Kerana Berbadan Gemuk Jodoh Menjauh
Saya masih ingat lagi
Ketika kawan-kawan sebaya... Dah pun mula pandai usik mengusik & bercerita tentang 'kekasih'?
Pada saat kawan-kawan sepermainan... Ajak main sanding-bersanding?
Fikiran & hati saya sementah-mentahnya menolak idea sebegitu
Di depan, saya menunjukkan reaksi geli geleman
Tetapi, hakikat sebenarnya di dalam kepala saya? Saya berasa sangat mustahil untuk berpeluang lalui saat-saat itu
Saya menjangkakan... Tak akan ada lelaki yang akan tertarik dengan saya. Takkan ada yang boleh menganggap saya sebagai perempuan yang disukai
Bayangkanlah
Sewaktu kawan-kawan perempuan di sekolah sibuk menerima & membalas surat daripada peminat dikalangan lelaki. Yang suratnya sengaja diletakkan di dalam laci meja belajar di dalam kelas?
Saya pula selalu mendapat ejekan
Malah dijadikan bahan gurauan dikalangan sebahagian lelaki
Syukurnya waktu tu, perangai tomboy saya agak terserlah. Walaupun di hati terasa agak pedih, saya membalas ejekan itu dengan gelaran yang mereka juga tidak suka.
Kebudak-budakan sangat
Lagipun tak ada siapa pun yang saya suka lebih dari kawan
Eh, tak kuasalah
BERJANJI UNTUK TIDAK BERKAHWIN
Saya tak berapa pasti kenapa
Pernah, saya dan salah seorang kawan karib saya... saling berjanji untuk tidak berkahwin
Padahal, kawan saya ketika itu di antara yang selalu mendapat perhatian & surat peminat dari kalangan lelaki
Tapi, akhirnya
Sebaik sahaja menamatkan persekolahan menengah
Kawan saya yang telah lama tak berhubung, telah tiba-tiba menelefon saya
Dan dia telah menyatakan maaf kerana tidak dapat menunaikan janji
Kerana seorang lelaki yang merupakan graduan universiti masuk meminang dirinya
Dan dia sekeluarga telah menerimanya
Saya sedikit tergelak
Tak sangka janji itu masih diingatinya
Apa yang jadi pada saya ketika itu
Saya masih struggle dengan masalah kegemukan akibat selera makan yang besar. Seperti yang saya ceritakan di dalam entri sebelum ini. Untuk baca entri tersebut boleh KLIK SINI
Dalam masa yang sama
Saya membayangkan mungkin saya tak berpeluang untuk bertemu dengan lelaki yang menyukai saya. Seperti yang di alami oleh teman saya
LELAKI IDAMAN TAK PATUT KACAK
Ketika saya bergelut dengan masalah kenaikan & penurunan berat badan yang terlampau kerap
Ada di antara kawan saya yang juga berbadan gempal, berada di dalam satu relationship yang serius dengan seorang lelaki yang rupa parasnya cuma biasa-biasa
Kawan saya itu, walaupun berbadan gempal tapi wajahnya persis gadis arab... Dan dia tidak menggunakan kelebihannya untuk menerima lelaki berupa paras yang menyukainya
"Sebab... lelaki kacak kebanyakannya playboy" jawabnya memberi alasan bila di tanya kenapa menolak sebahagian lelaki
Saya tak pernah dihampiri mana-mana lelaki. Lagipun, dengan latar pendidikan sekolah menengah agama menjadikan saya sangat tak terbiasa untuk berkawan baik dengan kebanyakan lelaki
Pesan salah seorang guru
"Tak mengapa menjual mahal pada lelaki
Yang benar-benar serius, pasti dekati"
Dalam percaya tak percaya
Saya cuba ikut nasihat itu
Hasilnya
Setiap kali berhadapan dengan lelaki
Lagak saya seperti seorang yang sombong
Kadang-kadang terfikir
"Kalau macam nilah gaya... tak ada lelaki yang berani dekat"
Lebih memburukkan keadaan? Saya sangat tak konfiden dengan terutama dengan masalah kegemukan & penampilan diri
Rasa-rasanya yang bermain dalam hati.
"Pasti selamanya aku membujang..."
RAMAI RAKAN SEBAYA MENDIRIKAN RUMAH TANGGA
Di saat ramai dikalangan rakan sebaya mula sibuk mendirikan rumah tangga
Allah saja tahu risaunya hati ni bila tahun berganti tahun
Kakak & abang-abang kandung pula semuanya bernikah ketika masing-masing sekitar usia 23-25 tahun.
Saya ketika itu, telah pun tamat pengajian di peringkat degree. Bukan setakat seorang fresh graduate. Hati ini juga sebenarnya masih fresh rasa terluka
Sedangkan lelaki biasa-biasa boleh permainkan hati
Bagaimana saya boleh meletakkan harapan untuk bertemu lelaki yang luar biasa sebagai jodoh
Kalaulahh nak letak matlamat bertemu lelaki luar biasa atau biasa-biasa itu, rasanya mustahil
Mungkinkah saja saya perlu bersedia menerima lelaki yang selalu di tolak ramai perempuan
Saya fikir
"Yalah, dah orang lain reject
Mungkin di antara itulah yang saya patut terima
Mungkin itulah jodoh saya?"
Betapa teruknya masalah rendah diri yang melanda diri saya ketika itu
Terutamanya akibat dibelenggu masalah berat badan
Dalam memberontak, hati cuba pasrah seandainya, suatu masa nanti kalau-kalau memang lelaki sebegitu yang selayaknya jodoh dari Allah untuk saya
Setiap hari memujuk hati
Setiap hari berdoa
Dan..
Ketika itu saya cuba persiapkan fizikal & mental untuk sebarang kebarangkalian tentang jodoh yang bakal masuk
DOA
Doa saya
Biarlah bagaimanapun rupa lelaki itu
Doa saya pada Allah... biarlah memandangnya menjadikan hati ini tenang
Biarlah bagaimana tahap keserasian dengan lelaki itu
Doa saya pada Allah... bantulah suburkan kasih sayang antara kami, keranaNya
Biarlah apa pun sejarah lepas hidup lelaki itu
Doa saya pada Allah... jadikan hati ini redha menerimanya, sama-sama perbaiki diri, malah... sama-sama sudi membina keluarga yang di berkati & diredhai Allah
Biarlah lelaki itu mungkin tersangat jauh dari ciri-ciri lelaki yang pernah diidam-idamkan..
Doa saya pada Allah... semoga Allah jadikan hati ini sabar melayari bahtera perkahwinan di dunia. Dan semoga syurga FirdausNya kelak tersedia sebagai hadiah untuk saya.
ANDALUSIA KAH AKU?
Pada tahun 2016
Ketika itu
Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi
Maka, usia saya bakal mencecah 30 tahun
Dalam hati jadi gusar teramat, rasa penantian untuk bertemu jodoh dirasakan hampir-hampir mustahil
Saat tu, terbayang di pengakhiran hidup kelak bakal tinggal sebatang kara
Andalusia kah gelaran aku nanti?Anak.dara.lanjut.usia??
Na'uzubillah
Hanya Allah yang tahu betapa keinginan untuk hidup bahagia & berkeluarga tak pernah padam.
Tapi, waktu tu
Saya tak dapat bayangkan
Tak dapat terfikir bagaimana cara Allah aturkan seandainya ada jodoh yang sedang menanti
Tak nampak di mana kebarangkaliannya akan berlaku
Yang paling menakutkan, sebelum-sebelum ni... tak pernah sekali sepanjang hidup saya didekati lelaki yang betul-betul serius
Terutama dari segi tindakan & tingkah lakunya
Makin takut untuk terus memikirkannya
Mungkin ada betulnya... dunia ni ketandusan lelaki yang baik
Mungkinkah... takdir jodohku bukan di dunia
Tak mampu saya nafikan
Monolog dalam diri tak pernah terhenti
Terfikir juga... ada kemungkinan ke semua ni berlaku sebab kata-kata sombong bongkak ketika dulu... konon-kononnya tidak ingin berkahwin
Bila difikirkan tentang cerita gagal bersatu dengan orang yang diharapkan
Aduhai... remuknya hati
Harapan jadi semakin kabur
REDHA & PASRAH
Sampai di satu peringkat hidup
Saya fikir ada baiknya berhenti berfikir tentang jodoh
Ada jodoh ataupun tidak
Siapa saya hendak melawan takdir
Untuk sampai ke peringkat redha dengan ketentuan jodoh dari Allah itu, bukanlah sesuatu yang mudah
Kena banyak memujuk
Kena banyak mendidik akal & hati
Supaya sentiasa bersangka baik terhadap Allah.
Akhirnya... bila sampai masanya
Kerisauan itu beransur hilang
Malah, segenap perasaan & tubuh badan bersedia menerima apa saja dariNya
Lebih-lebih lagi takdir jodoh itu adalah sesuatu yang diluar kemampuan akal untuk menjangkakannya...
JODOH YANG DINANTI
Saya selalu mendengar cerita
Jodoh itu selalunya diluar jangkaan
Ia datang tanpa disangka-sangka
Akhirnya..
Di saat saya tekad untuk fokus memperbaiki diri & kehidupan
Di saat saya cuba fokus membina kerjaya di negeri orang
Allah telah pertemukan dengan seorang lelaki
Seorang yang saya pernah kenal
Pernah beberapa kali bertembung dengannya
Cuma 2-3 kali dalam tempoh jarak masa bertahun lamanya
Aturan pertemuan dari Allah cukup indah
Kalau diceritakan, seolah-olah semuanya kebetulan
Jalan ceritanya dari awal seperti kebetulan
Tapi, saya sangat meyakini
Tak ada kebetulan yang berlaku di dalam kehidupan
Melainkan segalanya telah disusun secantik-cantiknya oleh Allah
Alhamdulillah
Semua berjalan sangat lancar
Walaupun ada beberapa halangan yang menduga
Segalanya diselesaikan & dipermudahkan Allah
Sampai saat ini saya terfikir lagi
Kalaulah manusia tahu kebaikan/kenikmatan yang Allah ingin beri di sebalik ujian yang bertimpa-timpa dalam kehidupan
Sudah pasti semua manusia takkan pernah bersedih saat diuji
Pasti, takkan ada air mata yang terbazir walaupun setitis
Tapi, begitulah kehidupan
Kadang-kadang Allah sengaja sembunyikan hikmah besar yang sebenar, untuk melihat siapa yang benar-benar meyakiniNya
USAHA
Bila bercakap tentang jodoh
Jangan sesekali ingat rupa paras & fizikal diri yang menentukan jodoh sepadan
Seandai berasa diri tersangat kurang berbandingkan orang lain
Jangan cuba membayangkan ketidakadilan dari Allah
Sebaliknya
Teruskanlah dengan usaha memperbaiki diri
Carilah jalan penyelesaian terbaik
Percayalah
Allah selalu memberikan yang paling sesuai
Selalu memberikan yang terbaik lagi tepat, mengikut keadaan semasa kita
Kesimpulannya
Berbadan gemuk bukanlah penyebab kepada tak berjodoh
Tapi, alangkah lebih baik kalau kita berusaha untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat
Sekaligus, memberi peluang kepada diri untuk hidup sihat & bahagia lebih lama di samping insan-insan tersayang
InsyaAllah
Hadiah Paling Berharga Dari Allah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.khaylajayyid.com/2019/02/kerana-berbadan-gemuk-jodoh-menjauh.html