Siapa Hasnan Datuk Azman Dan Datuk Rahim Bolehkah Anwar Segera Tampil Menjelaskannya


 



Di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan sekali lagi tampil membuat dakwaan berhubung tawaran menyokong kerajaan madani yang dikemukakan kepadanya.

Dalam dakwaannya, Wan Saiful menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Dr Zulkafperi Hanapi membuat tindakan berkenaan bersama tiga lagi individu dikenali sebagai Hasnan, Datuk Azman dan Datuk Rahim.

Beliau mendakwa dua Ahli Parlimen bersama tiga individu itu membuat tawaran untuk memberikan peruntukan Parlimen, peruntukan projek bernilai RM2 juta, bayaran kos perubatan isterinya, kos guaman pertuduhan di mahkamah dan ‘token’ yang tidak dinyatakan nilainya serta pengguguran kes yang sedang dihadapinya di mahkamah.

Wan Saiful mendakwa, Mohd Azizi memperkenalkan beliau dengan dua individu dikenali sebagai Hasnan dan Datuk Azman pada 17 Januari manakala Zulkafperi memperkenalkan individu bernama Datuk Rahim kepadanya pada 26 Februari.

Katanya, mereka termasuk Zulkaperi kemudiannya menghantar cadangan yang mengandungi teks ucapan yang mana mereka mahu beliau membacakannya ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat pada 28 Februari lalu.

“Saya menganggap ini usaha kacau ganggu melalui penawaran dan ancaman yang salah kepada saya sebagai ahli Dewan Rakyat, yang mana berlaku tindakan menghina majlis berdasarkan Seksyen 9d dan 9e Akta 347 dan boleh jika disabitkan di hukuman di bawah akta yang sama.

“Justeru, saya memerlukan pembentukan jawatankuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 80(a),” katanya.

Pada 28 Februari lalu, Wan Saiful mendakwa ditawarkan habuan untuk menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, antara habuan yang ditawarkan ialah peruntukan Parlimen bagi kawasannya sebanyak RM1.7 juta.

Memandangkan sudah dua kali Wan Saiful membuat dakwaan berkaitan tawaran habuan yang dikemukakan kepadanya, mahu tidak mahu, isu ini harus dilihat sebagai perkara yang serius oleh semua orang.

Tambahan lagi, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sering bersuara dan memperlihatkan dirinya begitu serius dalam memerangi rasuah di negara ini.

Apa yang menjadi kemusykilan dan pertanyaan di sini, siapakah Hasnan, Datuk Azman dan Datuk Rahim itu?

Kita mungkin tidak hairan dengan peranan Ahli Parlimen Gua Musang dan Ahli Parlimen Tanjung Karang dalam memujuk Wan Saiful dan mungkin juga Ahli-Ahli Parlimen lain untuk mengalihkan sokongan kepada kerajaan madani, tetapi bagaimana dengan penglibatan tiga individu lain itu?

Mereka ini bekerja untuk siapa sebenarnya?

Bagaimana mereka boleh membuat tawaran-tawaran sebegitu?

Oleh kerana kecenderungan mereka ialah untuk memujuk Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang mengalihkan sokongan kepada kerajaan madani, adakah mereka bekerja untuk Anwar atau diberi arahan oleh Perdana Menteri?

Melihat kepada apa yang didedahkan Wan Saiful ini, malah beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang yang lain juga ada mendedahkan hal yang sama sebelum ini, ternampak tiga individu yang dinamakan itu begitu aktif dalam kerja-kerja untuk menambahkan sokongan kepada kerajaan madani?

Maka, bolehkah Anwar segera menjelaskan kaitan beliau dengan Hasnan, Datuk Azman dan Datuk Rahim itu?

Jika tiada kaitan dengan Anwar, mereka itu bekerja untuk siapa dan menerima arahan daripada siapa?

Soalnya, bagaimana tiga individu berkenaan boleh begitu aktif membuat tawaran untuk mengukuhkan kerajaan madani, termasuk menyediakan deraf ucapan untuk diucapkan oleh Ahli Parlimen blok pembangkang yang ingin ditarik menyokong kerajaan?

Penjelasan daripada mulut Anwar amat penting dalam hal ini agar kerajaan madani pimpinannya tidak dilihat seperti sebuah kerajaan dalam filem-filem Tamil yang selalu kita tonton di mana unsur-unsur gelap selalu memainkan peranan di belakang tabir untuk memperlihatkan kerajaan itu mendapat sokongan daripada rakyat. – ShahbudinHusin 21/03/2024.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/siapa-hasnan-datuk-azman-dan-datuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Pertahan Hubungan Sayap Politik Hamas Anwar Beritahu Media Di Berlin

Malaysia Pertahan Hubungan Sayap Politik Hamas Anwar Beritahu Media Di Berlin

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 256 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu Barat hentikan sikap memilih milih dalam konflik Palestin KUALA LUMPUR Pandangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang sedang dalam lawatan rasmi ke Jerman terhadap situasi di Gaza menarik perhatian media asi...
Anwar Temu Lebih 35 Pemimpin Industri Di Jerman

Anwar Temu Lebih 35 Pemimpin Industri Di Jerman

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 211 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin syarikat tenaga peranti perubatan semikonduktor elektronik automotif dan aeroangkasa di Berlin BERLIN Lebih 35 pemimpin industri dan perniagaan menyertai mesyuarat meja bula...
Govt Saves Rm23 000 Monthly From Anwar Foregoing Salary Minister

Govt Saves Rm23 000 Monthly From Anwar Foregoing Salary Minister

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 211 hits
The government has saved an average of RM22 826 65 a month due to Anwar Ibrahim s decision not to take a salary for his job as the prime minister since November 2022 According to Minister in the Prime Minister s Department Dr Zaliha Mustafa...
Anwar Pays Courtesy Call On German President Steinmeyer

Anwar Pays Courtesy Call On German President Steinmeyer

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 227 hits
The prime minister arrived at 2pm where he was welcomed upon arrival by Steinmeier BERLIN Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today paid a courtesy call on German president Frank Walter Steinmeier at the latter s official residence Bell...
Bersatu Mp Says He D Rather Quit Than Back Anwar

Bersatu Mp Says He D Rather Quit Than Back Anwar

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 157 hits
Gerik MP Fathul Huzir Ayob said opposition leader Hamzah Zainudin who is Bersatu secretary general persuaded him to stay PETALING JAYA Fathul Huzir Ayob of Bersatu who is MP for Gerik said he was more willing to vacate his seat than pledge ...
Anwar Pm Pertama Buka Pintu Bertemu Persatuan Pemandu Teksi

Anwar Pm Pertama Buka Pintu Bertemu Persatuan Pemandu Teksi

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 201 hits
Kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dan mengambil berat masalah pemandu teksi disanjungi oleh Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi Kereta Sewa Limosin dan Lapangan Terbang Se Malaysia Kamarudin Mohd Hussain Menurut ...
Pm Anwar To Visit Germany From March 10 15

Pm Anwar To Visit Germany From March 10 15

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 133 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim visits the Seberang Jaya Hospital March 9 2024 Anwar will make his maiden visit to Germany from March 10 to 15 Bernama picBERLIN March 9 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim will make his maiden vi...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik