Anwar Pm Pertama Buka Pintu Bertemu Persatuan Pemandu Teksi




 
Kesudian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dan mengambil berat masalah pemandu teksi disanjungi oleh Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Lapangan Terbang Se-Malaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain.





Menurut beliau, PM telah menemui dan mengambil maklum masalah pemandu teksi dalam pertemuan mereka beberapa minggu lalu dan semalam telah memberikan bantuan kewangan kembali ke sekolah kepada anak anak pemandu teksi GTSM bagi mengurangkan beban membeli kelengkapan pendidikan.





"Saya berjuang dalam industri teksi ini sudah lama. Saya melalui banyak PM. Inilah PM pertama dalam sejarah, baru setahun menjawat PM membuka pintu mendengar masalah kami.





"PM sebelum ini bukan sahaja tidak balas surat, jumpa kami pun tidak. Datuk Seri Anwar bukan sahaja membalas surat permohonan, bahkan membuka pintu mendengar masalah rakyat bawahan. Kami terharu dengan keprihatinan dan kecaknaan beliau," katanya.





Menurut Kamarudin, dalam pertemuan tersebut 3 cadangan telah diserahkan. Pertama, kerajaan dicadang membenarkan kenderaan recon (diperbaikkan) dari luar negara untuk diperkenal dalam industri teksi dengan jenama Malaysia Madani Yellow Cab dan Black Cab.





"Sebab kalau nak suruh pemandu beli (kereta) baru tak mampu. Kalau boleh bawa masuk (kereta recon) dari Jepun, Singapura maka mereka mampu





"Kedua, kami cadangkan untuk menubuhkan aplikasi e-hailing milik kerajaan, kerana ia melibatkan masalah rakyat. Ini bukan isu kecil, hari ini kita dapat lihat berbilion wang dari industri telah dipunggah ke luar negara (akibat aplikasi syarikat luar) tanpa memberi manfaat kepada pemandu teksi





"Tetapi jika aplikasi ini milik kerajaan maka wang terkumpul hasil komisen kita boleh pakai untuk tambah baik industri teksi, beli insurans berkelompok, pinjaman mudah dan lain lain," katanya.





Cadangan ketiga pula, jelas Kamarudin, GTSM mahu kerajaan fokus masalah kadar tambang e-hailing yang tidak ada harga lantai.





Katanya, apabila syarikat e hailing bersaing sesama mereka dengan merendahkan tambang maka bukan pemandu e-hailing sahaja teraniaya tetapi pemandu teksi juga terkesan kerana rakyat akan memilih kadar tambang paling murah.



Farhan menyerahkan sumbangan tunai peribadi DS Anwar kepada anak anak pemandu teksi





Dalam pada itu, Setiausaha Politik PM, Ahmad Farhan Fauzi yang menyerahkan sumbangan peribadi PM kepada anak anak pemandu teksi tersebut berkata, bantuan terbabit diharap meringankan beban para pemandu teksi dalam menyediakan kelengkapan anak anak mereka memulakan sesi persekolahan baharu 11 Mac ini.





"Majlis ini (adalah untuk) anak anak pemandu teksi yang kurang berkemampuan. Kita beri dalam bentuk wang tunai 200, boleh beri kelengkapan macam beg sekolah dan sebagainya





"Sumbangan ini dari Datuk Seri Anwar sendiri," katanya.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/anwar-pm-pertama-buka-pintu-bertemu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanusi Rakam Penghargaan Pm Buka Pintu Rundingan Projek Ekonomi Kedah

Sanusi Rakam Penghargaan Pm Buka Pintu Rundingan Projek Ekonomi Kedah

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 251 hits
Menteri Besar Sanusi Nor berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mula berlembut membuka pintu kepada sebarang perundingan ALOR SETAR Menteri Besar Sanusi Nor merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang membu...
Jawi Terpaksa Panggil Bomba 3 Jam Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu

Jawi Terpaksa Panggil Bomba 3 Jam Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 145 hits
Adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama dengan seorang pelakon wanita Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terpaksa mengubungi Jabatan Bomba dan Penyelam...
Anwar Bertemu Dengan 18 Syarikat Gergasi Australia

Anwar Bertemu Dengan 18 Syarikat Gergasi Australia

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 266 hits
Dalam lawatan rasmi ke Australia saya sempat bersemuka dengan 18 syarikat utama Australia semasa sesi persidangan meja bulat bersama kapten industri Saya ketemu beberapa pemain utama di sini antaranya Fortescue Lynas Rare Earths Macquarie G...
Anak Anak Pemandu Teksi Terima Bantuan Dari Pmx

Anak Anak Pemandu Teksi Terima Bantuan Dari Pmx

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 253 hits
Semalam Setiausaha Politik saya saudara meneruskan inisiatif pemberian sumbangan Back to School bagi pihak saya Alhamdulillah dengan kerjasama Gabungan Pertubuhan Teksi Kereta Sewa Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia yang diketuai...
Honor Akan Buka Pusat Perkhidmatan Eksklusif Pertama Di Pavilion Embassy

Honor Akan Buka Pusat Perkhidmatan Eksklusif Pertama Di Pavilion Embassy

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR 14 Mac 2024 HONOR akan melancarkan pusat perkhidmatan eksklusif yang pertama di Pavilion Embassy Kuala Lumpur pada 17 Mac ini Kemudahan ini menjanjikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik Pengguna HONOR yang mengunjungi pusat p...
Jokowi Targetkan Smelter Freeport Beroperasi 2024 Buka Perekrutan 20 Ribu Anak Muda Indonesia

Jokowi Targetkan Smelter Freeport Beroperasi 2024 Buka Perekrutan 20 Ribu Anak Muda Indonesia

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 247 hits
Presiden Jokowi menargetkan smelter PT Freeport Indonesia yang berlokasi di Gresik akan rampung pada Juni 2024
Yusuf Islam Cadang Buka Peace Train Di Malaysia

Yusuf Islam Cadang Buka Peace Train Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 271 hits
BernamaYusuf Islam pemuzik Britain yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens berharap Peace Train cawangan Malaysia boleh ditubuhkan tahun ini PUTRAJAYA Yusuf Islam pemuzik Britain yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens merancang men...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi