Siapa Cuba Tenggelamkan Pas Akan Tercampak Keluar Kias Hadi Awang


agendaily.com15/3/2022
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan mana-mana pihak yang cuba mengubah hala tuju atau menenggelamkan perjuangan parti itu akan tercampak keluar dengan sendiri.

Menurutnya PAS wajib mewujudkan kumpulan Islam yang beristiqamah di atas prinsip aqidah, syariah, dan akhlak supaya dipelihara oleh Allah laksana bahtera yang kukuh dan betul perjalanannya yang berprinsip.

“Sesiapa yang mencuba untuk mengubah hala tujunya atau menebuknya bagi ditenggelamkan, nescaya akan dicampak keluar atau tercampak sendiri dengan kehendak Allah yang sentiasa memelihara agama-Nya (Islam).

“Sehingga dalam arena politik selepas merdeka, PAS mengambil pendekatan konsep demokrasi tanpa kekerasan dalam negara sendiri dan masyarakat bersaudara walaupun bermasyarakat majmuk.

“PAS juga mengambil pendekatan bermuamalat dengan pihak lain daripada jemaahnya, sama ada Islam ataupun bukan Islam. Usaha pihak yang mahu merosakkan pendekatan ini dapat disingkirkan sepanjang perjalanannya, sehingga PAS langsung tidak rebah tersungkur.

“Mereka yang tersungkur ialah mereka yang mengacau perjalanannya, sama ada yang menipu, ekstrem, ataupun tiada kebijaksanaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, sehari selepas Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mengumumkan keluar daripada PAS.

Semalam (14 Mac 2022), Khairuddin mengumumkan pendiriannya keluar daripada PAS, berkuat kuasa serta-merta, dan akan menyerahkan semua elaun Ahli Parlimen kepada parti itu.

Menurutnya tindakannya itu selari Fasal 15(1)(a) Perlembagaan PAS iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri dengan ia sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen, pada jam 2.30 petang tadi. Berita berkaitan

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berjata fiqh politik Islam mengajar beberapa amalan seperti baiah (bersetia), mu‘ahadah (berjanji), dan islah (berdamai) dengan kumpulan Islam secara khusus bagi mendapatkan jumlah anggota jemaah yang dituntut oleh amalan demokrasi dan mengukuhkan ikatan saf perjuangan Islam yang sama-sama diimani.

Katanya, PAS tidak menganggap jemaahnya sahaja yang berhak menegakkan Islam, malah apa yang penting adalah tidak memecahkan saf perjuangan Islam tersebut.

Pada masa yang sama, PAS katanya, menjalinkan hubungan dengan kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi membanyakkan sokongan kepada kebaikan bersama dalam kehidupan bermasyarakat majmuk.

“PAS yang berprinsip Islam mewajibkan supaya tidak berganjak dengan dasarnya yang termaktub dalam Perlembagaan PAS di bawah Majlis Syura Ulama (MSU).

“MSU diberikan kuasa untuk mempertahankan pelaksanaan Fasal 3 dan 7 bagi mengawal segala pendekatan dan strategi yang diberikan hak kepada Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan segala cabangnya supaya tidak terpesong,” katanya.

Menurut Abdul Hadi PAS tidak mengizinkan mana-mana pihak bagi merungkai dasar tersebut dengan akalnya yang cetek, jauh sekali merombak atau merobohkannya sama ada dari dalam ataupun anasir luar yang mahu merosakkan asas dan matlamat perjuangan PAS.

“Tidak diizinkan juga mencelarukan peranan MSU yang menjaga dasar dan prinsip, manakala AJK PAS Pusat yang mentadbir dan mengatur pengurusan dan strateginya.

“Bahkan, Fasal 26 (9)(m) Perlembagaan PAS juga menjelaskan antara tugas-tugas AJK PAS Pusat adalah pada amnya menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden serta melaksanakan apa saja usaha untuk kemajuan parti akan keutuhan umat Islam.

“Fasal 3 dan 7 itu ialah Islam menjadi aqidah perjuangan dan hukum tertingginya ialah Kitabullah (al-Quran), Sunnah Rasul, Ijma‘ Ulama’, dan Qiyas.

“Namun, tidak boleh berlawanan antara MSU dengan AJK PAS Pusat dan tidak boleh dilagakan oleh mana-mana pihak kerana diketahui sempadan masing-masing mengikut perlembagaan dan adab berjemaah yang ditarbiah. Sesiapa yang gagal dalam tarbiahnya, maka akan tersingkir atau disingkirkan,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/siapa-cuba-tenggelamkan-pas-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dibawah Hadi Awang Pas Dihina Umno Kaw Kaw

Dibawah Hadi Awang Pas Dihina Umno Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 348 hits
PAS terbawa bawa perangai poligami sindir Nur Jazlan berkait kerjasama MN March 5 2022 Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed turut memberikan bayangan kerjasama MN hanya tinggal jasad namun jiwa sudah mati susulan tindakan PAS bertan...
Pemimpin Umno Dakwa Ahli Pas Dah Muak Dengan Perangai Hadi Dan Konco Konconya

Pemimpin Umno Dakwa Ahli Pas Dah Muak Dengan Perangai Hadi Dan Konco Konconya

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 280 hits
perakinsights com Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata hubungan partinya dengan PAS sudah berakhir susulan keputusan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk menyertai Perikatan Nasional Nur Jazlan berkata dia sukar memahami ...
Pas Teruskan Agenda Perjuangan Bersama Perikatan Nasional Hadi

Pas Teruskan Agenda Perjuangan Bersama Perikatan Nasional Hadi

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 203 hits
agendaily com13 3 2022Presiden PAS yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Abdul Hadi Awang PAS akan terus kekal di dalam Perikatan Nasional bagi meneruskan agenda perjuangan integriti prihatin dan berkebajikan walaupun gabu...
Khairuddin Umum Keluar Pas

Khairuddin Umum Keluar Pas

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 213 hits
agendaily com14 3 2022Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali keluar daripada PAS hari ini 14 Mac 2022 Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini mengumumkan pendiriannya keluar daripada PAS ...
Hadi Akhirnya Dedah Kenapa Pas Gagal Laksanakan Hudud Di Malaysia Walaupun Duduk Dalam Kerajaan

Hadi Akhirnya Dedah Kenapa Pas Gagal Laksanakan Hudud Di Malaysia Walaupun Duduk Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 246 hits
March 11 2022 PAS kini berpendapat agenda hudud yang menjadi perjuangan mereka sejak sekian lama kini tersekat kerana kekangan Perlembagaan Persekutuan Presidennya Abdul Hadi Awang juga mendakwa usaha mereka itu sukar kerana tidak mendapat ...
Khairuddin Keluar Pas Itu Dia Punya Pasal Kata Naib Presiden

Khairuddin Keluar Pas Itu Dia Punya Pasal Kata Naib Presiden

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 250 hits
MalaysiakiniPAS menganggap tindakan Khairuddin Aman Razali meninggalkan parti itu mulai kelmarin sebagai hak peribadi ahli parlimen Kuala Nerus berkenaan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar berkata oleh itu parti tidak akan berusaha mem...
Ulama Pas Pun Boleh Isytihar Keluar Parti Apa Sangatlah Ahli Biasa

Ulama Pas Pun Boleh Isytihar Keluar Parti Apa Sangatlah Ahli Biasa

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 247 hits
ZULHAZMI SHARIFF Bahawa saya berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasul Nya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam Dan bahawa saya bersumpah dengan nama Allah Wallahi Wabillahi W...
Hadi Kata Pas Tidak Takut Kalah Pilihan Raya

Hadi Kata Pas Tidak Takut Kalah Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 188 hits
ALOR SETAR Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak takut tewas dalam pilihan raya demi meneruskan kelangsungan perjuangan demi menegak dan memperkukuhkan Islam Beliau berkata sejarah membuktikan parti itu masih keka...
Hadi Awang Positif Covid 19

Hadi Awang Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 363 hits
mykmu net20 3 2022Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata bapanya yang berusia 74 tahun mengalami gejala ringan Mohon doa kepada Ayahanda Tuan Guru supaya diberikan kesembuhan segera Beliau telah disahkan positif Covi...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sepasang Telekung Siti Khadijah

Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian