Hadi Akhirnya Dedah Kenapa Pas Gagal Laksanakan Hudud Di Malaysia Walaupun Duduk Dalam Kerajaan


 

March 11, 2022 PAS kini berpendapat agenda hudud yang menjadi perjuangan mereka sejak sekian lama kini tersekat kerana kekangan Perlembagaan Persekutuan.
Presidennya Abdul Hadi Awang juga mendakwa usaha mereka itu sukar kerana tidak mendapat sokongan daripada parti politik lain, termasuk daripada Umno.
Kata Abdul Hadi walaupun PAS kini berada dalam kerajaan pusat pelaksanaan hudud memerlukan pindaan perlembagaan dan ia hanya boleh berlaku apabila rang undang-undang mengenai mendapat sokongan dua per tiga daripada ahli Dewan Rakyat.
“Apa yang menjadi halangan kita kita sekarang kerana memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan majoriti dua per tiga.
“Jika ahli parlimen PAS dan Umno sahaja mengundi tidak cukup. Malah, tidak semua ahli parlimen Umno menyokongnya, apatah lagi wakil rakyat PH,” dakwanya seperti dilaporkan dalam wawancara Sinar Harian yang disiarkan hari ini.
Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang berkata demikian ketika ditanya adakah PAS masih memperjuangkan hukum hudud dan nasib pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai Akta 355.
PAS sejak berdekad-dekad silam sering membawa agenda pelaksanaan hudud dalam politik mereka. Malah menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu parti itu diberikan ruang untuk membawa usul rang undang-undang atas kapasiti peribadi – melalui Abdul Hadi – bagi meminda Akta 355 di sebalik status mereka sebagai pembangkang kepada BN.
Abdul Hadi membentangkan usul pindaan akta tersebut – juga lebih dikenali sebagai RUU 355 di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 sebagai RUU persendirian.
Bagaimanapun usul itu hanya dibentangkan namun tidak dibahaskan sehingga ke hari ini.
Baru-baru ini dua pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) mengesahkan PAS tidak lagi bersuara mengenai agenda hudud selepas menjadi kerajaan.
Mereka ialah Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, dan Presiden Gerakan, Dominic Lau.
Kata Abdul Hadi, sebelum ini PAS sudah berjaya meluluskan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu dengan hudud adalah sebahagian kecil daripadanya.
“Enakmen berkenaan juga sudah diwartakan dan mendapat perkenan Sultan Kelantan dan Terengganu,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/hadi-akhirnya-dedah-kenapa-pas-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ternyata Pas Berbohong Kepada Rakyat Malaysia Tidak Laksanakan Hudud Bukan Kerana Dap

Ternyata Pas Berbohong Kepada Rakyat Malaysia Tidak Laksanakan Hudud Bukan Kerana Dap

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 219 hits
MOHD SHAH RIMAkhirnya Presiden PAS Hadi Awang mengakui kegagalan PAS laksana Hudud kerana perlembagaan bukan kerana bantahan DAP
Apa Pendirian Hudud Nyawa Pas Selepas Dah Jadi Kerajaan Husam

Apa Pendirian Hudud Nyawa Pas Selepas Dah Jadi Kerajaan Husam

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 212 hits
ARIF ATANPendirian Pas mengenai pelaksanaan hukuman syariah atau dikenali sebagai hudud yang sebelum ini diibaratkan nyawa parti tersebut kini menjadi tanda tanya Bekas Naib Presiden AMANAH Senator Datuk Husam Musa menempelak pendirian Pas ...
Pertemuan Hadi Wakil Taliban Tak Bermakna Malaysia Iktiraf Kerajaan Sementara Afghanistan Kata Menteri

Pertemuan Hadi Wakil Taliban Tak Bermakna Malaysia Iktiraf Kerajaan Sementara Afghanistan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 217 hits
Abdul Hadi Awang bertemu wakil tetap Taliban di Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu Mohammed Suhail Shaheen di Doha Qatar awal tahun ini PETALING JAYA Pertemuan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang dengan wakil tetap Tali...
Akhirnya Jo Insung Buka Akaun Instagram Peribadi

Akhirnya Jo Insung Buka Akaun Instagram Peribadi

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 368 hits
Berita gembira buat peminat Jo In sung Jo In sung yang telah berada dalam bidang lakonan sejak tahun 1998 akan berinteraksi bersama peminat dengan lebih aktif melalui akaun Instagram peribadinya Pada 3 Mac IOK Company iaitu agensi kepada ar...
Muhyiddin Kata Pengundi Cina Jangan Takut Pas Sudah Tinggalkan Hudud

Muhyiddin Kata Pengundi Cina Jangan Takut Pas Sudah Tinggalkan Hudud

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 811 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin cuba meredakan kebimbangan pengundi Cina tentang kerjasama partinya dengan PAS yang pada masa lalu mendesak pelaksanaan hudud Bercakap pada majlis makan malam bersama masyarakat Cina semalam Muhyiddin meneg...
Pemimpin Pas Dalam Kerajaan Pusat Masalah Banjir Kelantan Tak Selesai

Pemimpin Pas Dalam Kerajaan Pusat Masalah Banjir Kelantan Tak Selesai

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 283 hits
Masalah banjir di Kelantan seharusnya dikurangkan dengan mendalamkan sungai tebatan banjir atau sebarang usaha yang wajar bagi mengelakkan kerugian besar berterusan di pihak rakyat Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu Zinda Khalil Sastr...
Kenapa Kerajaan Akhirnya Benarkan Wang Kwsp Dikeluarkan

Kenapa Kerajaan Akhirnya Benarkan Wang Kwsp Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 309 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan media telah berkata berkata Kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berjumlah RM10 000 ketika ini meskipun ramai yang terjejas ba...
Ini Barulah Pemimpin Berjiwa Rakyat Setelah Kerajaan Gagal Melaksanakannya

Ini Barulah Pemimpin Berjiwa Rakyat Setelah Kerajaan Gagal Melaksanakannya

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 186 hits
Ini barulah boleh dikatakan pemimpin yang berjiwa rakyat Memang benar DS Anwar sebelumnya tidak menyokong pengeluaran wang KWSP Tetapi beliau meletakkan tanggungjawab membantu rakyat kepada kerajaan Tetapi disebabkan kedegilan kerajaan BN P...
Ron 97 Harga Kayangan Mana Marhaen Mampu Nak Guna Bila Kerajaan Gagal Ianya Menyerlahkan Kegagalan Dalam Semua Sektor

Ron 97 Harga Kayangan Mana Marhaen Mampu Nak Guna Bila Kerajaan Gagal Ianya Menyerlahkan Kegagalan Dalam Semua Sektor

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 173 hits
Lebih ramai beralih guna RON95 selepas RON97 catat rekod tertinggi March 11 2022 Dengan kenaikan harga minyak mentah jumlah kos subsidi untuk RON95 dan diesel meningkat 10 kali ganda kata Tengku Zafrul Aziz PETALING JAYA Pemilik stesen miny...
20 Hotel Murah Kuala Lumpur Bawah Rm100 Semalam

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah Confirm Hirup Kuah Sampai Licin

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Drama Jutawan Ekspres


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tragedi Dera Anak Angkat Kanak Kanak 5 Tahun Maut Selepas Dua Bulan Bersama Ibu Bapa Angkat

Kisah Membeli Barang Kemas Yang Tak Berapa Mahal

Perkhidmatan Pindah Pengangkutan Barang Seluruh Malaysia Ekotransport Sedia 24 Jam

Carian Popular Motosikal 2025

Alamak

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children