Siapa Bakal Presiden Indonesia Selepas Jokowi Adakah Ganjar Pronowo
NORMAN RADZUAN
SAYA PILIH GANJAR PRONOWO BUKAN PRABOWO
Pada tahun 2012 saya
pernah meramalkan Jokowi bakal menjadi Presiden Indonesia berdasarkan
polulariti dan pemikirannya. Saya ketika itu tertarik dgn ucapan Jokowi…Jakarta
bandaraya sakit.
Akhirnya bila menjadi
Presiden beliau memindahkan pusat pentadbiran Indonesia ke Kalimantan, Borneo.
Kehebatan Jokowi sgt dirasai sepanjang pentadbiran beliau sejak 2014 hingga
sekarang.
Saya byk juga
mendapat maklumat Jokowi daripada pekerja saya warga Indonesia ketika itu. Anda
mesti tahu di Indonesia walaupun hanya seorang supir tetapi jika bicara politik
cara pemikiran mereka seperti seorang profesor.
Persoalannya sekarang
siapa bakal menggantikan Presiden yg ada? Pada pilihanraya yg lalu, Prabowo
hampir memenangi kerusi Presiden akhirnya dilantik menjadi Menteri Pertahanan
negara itu.
Prabowo bagaimanapun
dikritik oleh penganalisa politik tempatan kerana dia menggunakan parti dan
persatuan agama utk menarik undi. Sdgkan kata mereka gaya kehidupan Prabowo
bukan ke arah Islamik.
———————————————————————————-
Indonesia memerlukan
pemimpin yg karismatik dan mempunyai idealogi yg hebat sekurang kurangnya
seperti Bapa Jokowi.
Jadi saya memilih
siapa? Saya m memilih seorang lelaki yg bernama Ganjar Pranowo yg baru berumur
54 tahun. Mendapat pendidikan Jurusan Undang2 di Universiti Gajah Mada. Beliau
skg memegang jawatan Gabenor Jawa Tengah.
Berdasarkan video2 yg
saya tonton dan pembacaan artikel mengenai dirinya… Ganjar sgt disayangi dan
disebut2 sebagai Jokowi 2.
Ganjar selain seorang
ahli politik yg bijak bergaul dgn masyarakat dan berpendidikan tinggi, beliau
juga dikatakan mempunyai bonus pakej kerana ketampanan dan ketinggiannya yg
membuat ramai wanita atau ibu2 menggilainya.
Kita tunggu masa dan
ketikanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/05/siapa-bakal-presiden-indonesia-selepas.html