Apa Itu Digital Nomad Adakah Ia Bakal Menjadi Trend Di Malaysia


Digital nomad kini membawa lembaran baru tentang bagaimana cara kita bekerja. Jika Work from home (WFH) masih lagi menjadi pilihan kebanyakan majikan di luar sana, kemungkinan besar trend terbaru “Digital Nomad” bakal menjadi popular di tahun mendatang.
Persoalannya, tahukah anda apa itu digital nomad?
Apa itu Digital Nomad? Jalur lebar yang stabil menjadi daya penarik digital nomad “Digital nomad” adalah istilah yang diberikan kepada individu yang menggunakan kemudahan teknologi digital untuk bekerja sambil melancong secara jarak jauh di seluruh dunia.
Konsep ini membolehkan individu menjalankan kerjaya profesional mereka secara bebas dan mudah alih tanpa perlu ke pejabat, dan mereka dapat bekerja di mana saja lokasi di serata dunia asalkan tempat yang didiami mempunyai sambungan internet yang baik.
Kebiasaannya digital nomad ini terdiri daripada pekerja gig, bekerja sendiri dan juga sesetengah daripada mereka bekerja dengan syarikat yang membenarkan mereka bekerja secara jarak jauh (seperti Netflix). Asalkan anda punya komputer riba atau telefon bimbit yang mampu menghubungkan anda dengan platform komunikasi atas talian, itu sudah cukup baik.
Trend masyarakat beralih kerjaya meningkat sejak dunia mula keluar daripada pandemik lagi. The Great Resignation yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2021 benar-benar merubah lanskap pekerjaan disana apabila hampir 47 juta pekerja berhenti kerja secara sukarela dan sesetengah daripadanya mula beralih arah menjadi digital nomad.
Ini dibuktikan menerusi tinjauan “The Global Digital Nomad” oleh ABrotherAbroad pada tahun 2022, terdapat hampir 35,000,000 individu menukar kerjaya mereka menjadi digital nomad di seluruh dunia yang membawa nilai ekonomi sebanyak USD787,000,000,000 setahun. Menariknya, 31% daripada jumlah tersebut adalah mereka yang berasal daripada Amerika Syarikat.
Perincian tinjauan juga mendapati 83% adalah kumpulan individu tersebut bekerja sendiri dan 17% pula adalah kumpulan individu yang bekerja dengan syarikat secara jarak jauh. Golongan lelaki membentuk 50.19% manakala golongan perempuan membentuk 49.81%.
Menyentuh mengenai umur pula, 47% daripada jumlah keseluruhan digital nomad global adalah mereka yang berumur lingkungan 30an.
Disebabkan secara puratanya setiap individu yang menjadi digital nomad membelanjakan sekitar USD1,875 sahaja setiap bulan, ramai diantara rakyat Amerika dan Eropah mula membina kerjaya mereka di negara yang lebih murah untuk meneruskan hidup. Antara negara pilihan mereka adalah negara ASEAN dan Kuala Lumpur adalah salah satu daripadanya.
Menyokong kenyataan itu adalah hasil tinjauan “Best place to be a digital nomad in 2022” yang dilakukan oleh InstantOffice mendapati Kuala Lumpur adalah lokasi pelancongan kedua paling popular di ASEAN yang menjadi pilihan kebanyakan digital nomad selepas Bangkok. Itu sudah semestinya menjadi tanda positif untuk janaan ekonomi kita.
Kenapa digital nomad menjadi pilihan? Work-life balance adalah daya tarikan utama Antara salah satu sebab mengapa digital nomad menjadi pilihan adalah disebabkan oleh trend semasa masyarakat yang mahukan keseimbangan kehidupan kerja (work-life balance). Trend yang kemudiannya menjadi gaya hidup mula mempengaruhi masyarakat dari hari ke hari.
Bagi mereka yang bekerja makan gaji, tuntutan untuk bekerja secara jarak jauh (remote) makin kerap kedengaran. Bagi mereka yang berkeluarga, kesempatan ini digunakan untuk menguruskan keluarga dengan lebih baik.
Bagi yang mahukan kebebasan bekerja, mereka menggunakan kesempatan ini untuk menerokai dunia baru menerusi pelancongan. Menerusi pengalaman ini, mereka bukan sahaja mengenali orang baru, akan tetapi dapat juga bekerja dari tempat yang mungkin lebih santai dan menenangkan.
Kelebihan yang dinikmati ini mampu menjadikan anda lebih produktif, bermotivasi, berkemampuan untuk menghasilkan idea-idea baru serta punyai lebihan masa untuk buat apa yang anda suka.
Cabaran digital nomad? Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi Di balik segala kebaikan yang dihidangkan kepada kita semua, sudah semestinya terdapat cabaran yang perlu dihadapi untuk menjadi digital nomad. Antaranya ialah:
1. Berdisiplin Anda tidak boleh bekerja menjadi digital nomad jika tidak mempunyai disiplin yang tinggi. Persekitaran yang baru mungkin kedengaran agak bagus, namun tanpa disiplin kemungkinan besar ia mewujudkan gangguan (distraction) untuk anda bekerja. Lebih-lebih lagi hiburan yang ada menyebabkan anda leka sehingga anda gagal untuk menepati dateline.
2. Kemahiran komunikasi yang baik Jika anda masih lagi bekerja dengan syarikat, kemahiran komunikasi yang baik adalah kunci utama perhubungan yang lancar diantara rakan sekerja dan bos anda. Anda perlu pastikan komunikasi dapat dijalankan secara jelas tidak kira melalui kaedah bertulis (chat atau email) mahukan secara panggilan video. Hubungan dengan client juga harus dijaga jika anda bekerja sendiri.
3. Beradaptasi dan fleksibel Menukar gaya hidup dengan berpindah ke tempat baru, sama ada di luar mahupun di dalam negara memerlukan anda untuk menyesuaikan diri tidak hanya dengan zon waktu, tetapi juga dengan persekitaran, budaya, bahasa dan masyarakat yang berbeza. Oleh itu, anda perlu menjadi fleksibel untuk berasimilasi dengan budaya setempat.
4. Punyai duit yang mencukupi Anda juga perlu punyai duit yang mencukupi untuk menjadi digital nomad kerana terdapat pelbagai kos yang perlu dipertimbangkan sebelum anda anda melancong. Antaranya tempat tinggal, pengangkutan, makanan dan hiburan. Sudah nama pun melancong, sudah semestinya kosnya agak sedikit tinggi berbanding anda WFH.
Bagaimana kesediaan Malaysia menerima digital nomad? Program terbaru daripada MDEC Baru-baru ini Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai DE Rantau yang menyasarkan digital nomad daripada luar untuk melancong ke Malaysia.
Bermula dari 1 Oktober 2022, MDEC meletakkan 4 kawasan berbeza iaitu Pulau Pinang, Langkawi, Kedah dan Kuala Lumpur sebagai hub digital nomad dan menyasarkan program ini mampu menjana pendapatan sebanyak RM70 Billion menjelang tahun 2025.
Dikala keterujaan kerajaan untuk menarik pelancong luar untuk melancong ke Malaysia, sudah pasti kemudahan yang disediakan ini turut memberi kelebihan kepada digital nomad domestik untuk melancong sambil bekerja dalam negara.
Berjalan sebagai serampang dua mata, MDEC sendiri telah menyedari tentang hal itu. Disebabkan itulah mereka menyediakan program De Rantau – Digital Nomad Tempatan untuk warga Malaysia yang berminat. Kelebihannya, sudah semestinya anda akan menikmati promosi tawaran eksklusif daripada rakan kongsi MDEC.
Adakah ia akan menjadi trend di Malaysia? Ya, sudah semestinya. Tanpa ragu lagi digital nomad bakal menjadi popular untuk tahun yang mendatang. Lebih-lebih lagi dengan faedah dan peluang sedia ada yang diberikan oleh syarikat di Malaysia untuk pekerja mereka bekerja secara remote, trend ini tidak akan menghadapi masalah untuk berkembang.
Cuma diketika ini konsep ini agak sedikit asing dikalangan rakyat Malaysia. Mungkin kerana konsep bercuti sambil bekerja bukan kebiasaan di kalangan kita. Tapi sekurangnya sekarang anda tahu apa itu digital nomad.
Baca juga: Apa itu ekonomi gig? Adakah Malaysia terkesan?
Lebih-lebih lagi di ketika ini kerajaan sedang rancak memperkasakan polisi yang menyokong penuh trend ini disamping usaha untuk penambahan hub digital nomad di seluruh negara, kemungkinan besar ia akan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mengeksplorasi gaya hidup ini.
Saya menjangka sebagai permulaan, rakyat Malaysia akan membuat explorasi percutian secara domestik dahulu bersesuaian dengan tangga gaji majoriti. Peningkatan taraf hidup dan projek yang dikerjakan bakal mempengaruhi destinasi pelancongan mereka yang seterusnya.
Apa pula pandangan anda tentang trend terbaru ini? Andakah anda berminat untuk turut serta?


The post Apa itu digital nomad? Adakah ia bakal menjadi trend di Malaysia? appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/apa-itu-digital-nomad/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertemuan Annuar Tun M Adakah Bakal Wujud Kerjasama Politik Baharu

Pertemuan Annuar Tun M Adakah Bakal Wujud Kerjasama Politik Baharu

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 158 hits
agendaily com01 05 2023Pertemuan Annuar Musa dengan Dr Mahathir Mohamad pada Ahad 30 April 2023 Tan Sri Annuar Musa bertemu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad dalam satu hantaran yang dikongsi di Facebook semalam...
Ums And Huawei Malaysia Partner To Cultivate Digital Talent

Ums And Huawei Malaysia Partner To Cultivate Digital Talent

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 220 hits
In a bid to help strengthen Malaysia s digital talent ecosystem Universiti Malaysia Sabah and Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd have launched a Huawei ICT Academy Lab at the Faculty of Computing Informatics Universiti Malaysia Sabah The ...
Rumah Terbuka Malaysia Madani Di Kedah Redakan Suhu Politik

Rumah Terbuka Malaysia Madani Di Kedah Redakan Suhu Politik

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 178 hits
BERNAMASULTAN Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani hari ini FOTO Ihsan Jabatan Penerangan Kuala Lumpur Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysi...
Pengambilan Jawatan Kosong Di Kementerian Kesihatan Malaysia Gaji Rm2 100

Pengambilan Jawatan Kosong Di Kementerian Kesihatan Malaysia Gaji Rm2 100

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 257 hits
Pengambilan Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia Gaji RM2 100 Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami de...
Video Jalan Kaki Menuju Mekah Lelaki Malaysia Dapat Perhatian Dunia Media Sosial

Video Jalan Kaki Menuju Mekah Lelaki Malaysia Dapat Perhatian Dunia Media Sosial

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 238 hits
Dari Bidor Perak berjalan kaki ke Mekah Arab Saudi Herry Nizam memulakan perjalanan awal minggu ini dari Bidor Perak Dia dijangka akan menempuh perjalanan sejauh 10 160 kilometer total purata masa 84 hari dan 10 jam Menerusi muatnaik terbar...
Pencuci Muka Aloe Vera Terbaik Malaysia Kulit Makin Sihat Dan Tidak Berminyak

Pencuci Muka Aloe Vera Terbaik Malaysia Kulit Makin Sihat Dan Tidak Berminyak

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 447 hits
Taraaa Pencuci muka baru Kali ni pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature Rasanya dah tak asing lagi dah produk Hansaegee Nature ni di kalangan wanita Malaysia ni Mama Yan je terlambat sikit gunakannya Mama Yan Googl...
Peristiwa 1mdb Goldman Sachs Yang Kerajaan Malaysia Rahsiakan

Peristiwa 1mdb Goldman Sachs Yang Kerajaan Malaysia Rahsiakan

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 169 hits
The US 3 9 billion settlement agreement reached in 2020 which was classified by the previous administration under the country s Official Secrets Act remains cloaked in secrecy kata Channel News Asia Hari ini Malaysia Today dedahkan rahsia i...
T11k28 Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh Perak Malaysia

T11k28 Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh Perak Malaysia

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 308 hits
Lokasi Karangan ini adalah berkenaan Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak di Ipoh di Perak di Malaysia Karangan ini dikemaskini pada 20 November 2017 Pembangun Jabatan Lanskap Negara Landmark Taman Rekreasi Gunung Lang boleh dilihat dar...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda