Siapa Bakal Menyamai Rekod Fuad Stephens Sebagai Km Sabah


ULASAN PIRANE SABAH

Hajiji NoorDEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah telah pun dibubarkan. Pembubaran itu diumumkan Ketua Menteri Hajiji Noor setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Sabah Tun Musa Aman. Hajiji menghadap Musa 6 Oktober sebelah pagi, petang beliau umumkan DUN bubar. Ini bererti nafirin perang pilihan raya telah ditiupkan secara rasmi.

Pirane – pilihan raya negeri, Sabah akan diadakan dalam tempoh 60 hari bermula hari pembubaran. Hari ini, (8 Oktober), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetap 16 Oktober untuk mengadakan mesyuarat membincang tarikh berkaitan pilihan raya ke-17 Sabah. Mesyuarat itu akan menumpukan kepada penetapan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

Mengikut lazimnya, SPR akan menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi selepas mengadakan mesyuarat setelah pembubaran sesuatu Dewan Undangan Negeri. Dengan mengambil kira SPR ada tempoh 60 hari, ini bermakna tarikh tarikh penting itu di antara minggu kedua dan ketiga November manakala hari mengundi dua minggu kemudian.
Saya menjangkakan tarikh penamaan calon minggu ketiga November manakala hari mengundi pertengahan Disember, mungkin 20 Disember 2025. Bagaimana pun SPR ada petunjuk atau pun alasan tersendiri untuk menetapkan tarikh tarikh itu. 
DUN Sabah mempunyai 73 kerusi. Ketika ini ia dikuasai GRS – Gabungan Rakyat Sabah terdiri daripada beberapa parti lokal dengan Hajiji Noor sebagai KM. Pembentukan kerajaan gabungan GRS selepas pilihan raya lalu (2020) itu dianggap kerajaan "makruh" hasil pengkhianatan, lompat melompat parti. Hajiji merupakan ahli Bersatu menubuhkan parti baru Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) hasil gabungan dengan parti-parti Umno, Parti Solidariti Tanah Air (Star), Parti Bersatu Sabah (PBS), dan beberapa parti tempat lain kemudian menjadi sebuah parti politik.

Manakala Warisan adalah pembangkang terbesar di samping Bersatu (PN) dengan memiliki 14 kerusi diikuti Umno. Selain menjadi kerajaan di Sabah GRS juga mendapat sokongan dan mendokong kerajaan Madani di Semenanjung.

Pilihan raya Sabah ke-17 ini menarik sekali. Ia menjadi persoalan penting, apakah GRS akan dapat mempertahankan kerajaan “makruh” itu atau GRS akan terkubur seperti kerajaan Warisan, Berjaya, PBS atau pun Umno sebelum ini.

Gagasan Berpecah.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan sudah ada tanda tanda GRS bakal berkubur kerana kini ia sedang dilanda masalah, apabila dua komponennya SAAP dan STAR telah mengumumkan tidak bersama GRS lagi atas alasan tidak bersetuju dengan tindakan GRS untuk berkolaborasi dengan BN.

Salleh Said KeruakLantaran itu Star dan SAPP mengumumkan keluar daripada GRS. Bagaimana pun lima orang Adun Star termasuk timbalan presidennya Ellron Angin (Adun Sook), Robert Tawik (Bingkor) serta Naib Presiden Annuar Ayub (Liawan), Flovia Ng (Tulid) dan Abidin Madingkir (Paginatan), mengambil keputusan tidak bersama Star dan menyokong kerajaan GRS.

Perpecahan GRS itu memberi peluang kepada Warisan yang kini merupa satu-satu parti dilihat stabil dan tidak bermasalah. Warisan pimpinan bekas Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal (2018-2020) telah mengumumkan akan bertanding secara bersendirian disemua 73 kerusi. Dengan menggunakan slogan Sabah for Sabahan, Warisan mendakwa memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah terutamanya yang dimaktubkan dalam perjanjian M63.

Warisan membawa sentimen anti Semenanjung meneruskan naratif lampau di era Tun Datu Mustapa Haron ini memberi pukulan kepada Umno dan juga PKR. Walaupun pemimpin utama parti itu datang dari Sabah, tetapi spirit parti itu dikuasai Semenanjung, apa lagi GRS bertindak menjadi penyokong kerajaan Madani.

Selain Warisan, Umno cuba menunjukkan bahawa mereka adalah parti yang mampu mencabar GRS. Pengerusi Umno Bung Mokhtar Raden beriya menawarkan dirinya sebagai ketua menteri. Alasan diberinya semua tokoh lain, Shafei Apdal dan Hajiji Noor, telah menjadi Ketua Menteri, kecualinya. Keadaan itu dikira membuka peluang kepadanya untuk menunjukkan kebolehan. Tanpa segan silu beliau menawarkan diri untuk jadi ketua menteri.

Tidak jadi kesalahan kepada Bung Mokhtar untuk menjual dirinya, kerana pada masa ini beliau adalahBung Mokhtar RadenPengerusi Umno Sabah. Apa yang penting dan mustahak sebelum Bung berangan-angan untuk jadi KM, pastikan Umno mampu memenangi setidak-tidaknya 20 hingga 25 kerusi DUN Sabah untuk membolehkan ia memimpin kerajaan. Tanpa mendapat kira-kira 20 peratus kerusi jangan cuba bermimpi.

Harus dimengerti tubuh pengerusi Umno Sabah itu ketika ini sedikit tercalar dengan pertuduhan kes rasuah terhadapnya belum dilengsai dan masih dalam perbicaraan. Sekiranya rakyat Sabah memandang kes rasuah sebagai suatu masalah, sukar untuk Bung Mokhtar diangkat sebagai ketua menteri. Situasi ini memberi peluang kepada Bendahari Umno Salleh Said Kruak.

Selain itu pilihan raya ke-17 ini juga menarik dan bakal melihat sejarah yang akan ditempa. Apakah ia membawa tuah dan sejarah buat tokoh-tokoh tertentu Sabah seperti Mohd Shafei Apdal, Salleh Said Kruak, Hajiji Noor dan lain-lain. 
Antara mereka siapakah yang bakal mencatat sejarah menyamai rekod dipegang Allahyarham Fuad Stephens menjadi KM dua kali. Allahyarham Fuad Stephens menjadi ketua menteri dua kali, kali pertama tahun 1963-1964, dan kali kedua 1976. Pirane Sabah selain akan membentang kekuatan parti koalisi tetapi akan memanggungkan salah seorang tokoh bakal menjadi pujaan rakyat. [wm.kl. 10: 03 pm 08/10/2025].



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/10/siapa-bakal-menyamai-rekod-fuad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pahanggo Catat Rekod Mbor Sebagai Aplikasi Kerajaan Negeri Yang Tawar Perkhidmatan Dengan Ciri Terbanyak

Pahanggo Catat Rekod Mbor Sebagai Aplikasi Kerajaan Negeri Yang Tawar Perkhidmatan Dengan Ciri Terbanyak

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 530 hits
KEPALA BATAS Aplikasi PahangGo mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai aplikasi kerajaan negeri yang menawarkan perkhidmatan mudah alih dengan ciri terbanyak Pengiktirafan berprestij itu disampaikan ...
Storm Brewing In Sabah Pkr Over Parachute Candidates

Storm Brewing In Sabah Pkr Over Parachute Candidates

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 184 hits
A revolt may be brewing in Sabah PKR with more than half of the state divisional chiefs accusing party bigwigs from Kuala Lumpur of hijacking their election campaign and imposing handpicked candidates ahead of the state polls According to t...
Tekun Nasional Salur Rm1 25 Bilion Bantu 66 992 Usahawan Sabah Sejak 1998

Tekun Nasional Salur Rm1 25 Bilion Bantu 66 992 Usahawan Sabah Sejak 1998

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 153 hits
TEKUN Nasional Salur RM1 25 Bilion Bantu 66 992 Usahawan Sabah Sejak 1998 KOTA KINABALU 4 Okt Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional menyalurkan pembiayaan berjumlah RM1 25 bilion kepada 66 992 usahawan di Sabah sejak 1998 sekali gus ...
Kdm S Wetrom To Move From Bandau To Matunggong In Sabah Polls

Kdm S Wetrom To Move From Bandau To Matunggong In Sabah Polls

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 160 hits
The party s deputy president hopes for a repeat of his shock win over PBS s Maximus Ongkili in the Kota Marudu parliamentary seat in GE15 Bandau assemblyman Wetrom Bahanda said he will stand in Matunggong this time around following requests...
Ph Not Demanding Many Sabah Seats Says Pkr Chief

Ph Not Demanding Many Sabah Seats Says Pkr Chief

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 188 hits
Sabah PKR leader Mustapha Sakmud says Pakatan Harapan wants to preserve political stability in both the state and Putrajaya Sabah PKR chief Mustapha Sakmud said the party will focus on defending its existing seats including Api Api and Inan...
Warisan Leader Slams Sabah Dap S Double Standard On Corruption

Warisan Leader Slams Sabah Dap S Double Standard On Corruption

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 153 hits
A Warisan leader has called out Sabah DAP for allegedly practising double standard when it comes to criticising corruption This came after Sabah DAP Youth chief Chan Loong Wei slammed Sabah Deputy Chief Minister I Jeffrey Kitingan over a sl...
Dissolution Day For Sabah State Assembly Likely On Monday

Dissolution Day For Sabah State Assembly Likely On Monday

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 153 hits
KOTA KINABALU The Sabah state assembly is widely expected to be dissolved next week and it could well happen on Monday It is learnt that state ministers had bid farewell to each other and taken photographs after the Cabinet meeting on Wedne...
Be Fair Over Closure Of Company Accounts Association Tells Banks

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups

Building Digital Walls To Defend Sovereignty

Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Hisense Malaysia Unveils Year End Campaign Celebrating Innovation And Everyday Comfort

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Tokoh Sarjana Sejarah Tempatan Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam Meninggal Dunia

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Tahun Bukan Mudah Usia Perkahwinan Yang Penuh Cerita

Resepi Mee Kari Simple

Sekadar Celoteh

Sedekah Maksud Jenis Kelebihan Beza Zakat

Program Jalinan Melayu Seni Reka Anjuran Guru Pelatih Ipgm

Jemputan Kahwin Adik Lelaki Ulfah 2 11 2025