Siapa Akan Dipilih Jadi Speaker Parlimen



KUALA LUMPUR - Kelancaran sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula hari ini akan bergantung kepada sokongan Ahli Parlimen terhadap usul pengosongan jawatan Yang Dipertua dewan itu.

Berdasarkan Aturan Mesyuarat dan Usul-usul Dewan Rakyat, usul berkenaan yang akan dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di aturan kedua.

Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sekiranya usul supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya itu mendapat sokongan majoriti, sebarang aturan mesyuarat lain tidak boleh diteruskan sehingga Yang Dipertua baharu dilantik.

“Kalau menang (dipersetujui), maksudnya Dewan Rakyat itu kosong, tak ada speaker (Yang Dipertua), mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, bila tak ada speaker, tak boleh teruskan urusan sidang yang lain, kecuali hanya untuk memilih speaker,” katanya.

Selain usul berkenaan, menurut Aturan Mesyuarat, perdana menteri turut akan mengusulkan supaya bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Azhar Azizan Harun dipilih menggantikan Mohamad Ariff.

Muhyiddin juga akan mengusulkan supaya Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengosongkan jawatannya, sebelum membawa usul supaya Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said menggantikan Nga.

Sekiranya mendapat undian majoriti Ahli Parlimen, Azhar akan menjadi Speaker ke-10, manakala Azalina akan mencipta sejarah sebagai wanita pertama dipilih untuk mempengerusikan sidang Dewan Rakyat.

Dalam hal mencalonkan nama bagi jawatan Yang Dipertua atau Speaker Dewan Rakyat, ia boleh diusulkan mana-mana Ahli Parlimen, namun perlu dilakukan dalam tempoh tidak kurang 14 hari sebelum Dewan Rakyat bersidang.

Dalam erti kata lain, Wan Junaidi berkata, cadangan nama ‘pada masa itu juga’ tidak boleh dilakukan mana-mana Ahli Parlimen untuk mengisi jawatan speaker mahupun timbalan speaker.

Wan Junaidi yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sekiranya terdapat lebih daripada satu calon, maka undian akan dilakukan secara berbelah bahagi atau bersurat sepertimana Peraturan Mesyuarat 4(3).

Berdasarkan Peraturan Mesyuarat (6) (a), jika lebih daripada dua calon dicadangkan dan tidak ada calon mendapat undi lebih daripada jumlah undi didapati calon-calon lain dalam undi pertama, maka calon yang mendapat undian paling rendah perlu dikeluarkan daripada pilihan.

Undian perlu dijalankan sekali lagi dan dikeluarkan calon yang mendapat undian terendah seterusnya. Ia dijalankan berturut-turut sehingga hanya seorang calon mendapat undi lebih daripada calon atau jumlah undi calon-calon yang tinggal.

Wan Junaidi berkata, ketika kekosongan jawatan Yang Dipertua, segala urusan di dalam Dewan Rakyat akan dilaksanakan Setiausaha Dewan Rakyat, namun beliau boleh memohon seorang lagi Timbalan Yang Dipertua yang namanya tidak diusul untuk dikosongkan iaitu Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk membantu.- Bernama

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/siapa-akan-dipilih-jadi-speaker-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isyarat Jelas Bubar Parlimen Sokongan Tukar Speaker Mendukacita

Isyarat Jelas Bubar Parlimen Sokongan Tukar Speaker Mendukacita

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 352 hits
Pertukaran speaker Dewan Rakyat memberi isyarat jelas bahawa pilihan raya umum mengejut mungkin akan diadakan dalam masa terdekat Ia isyarat jelas daripada kerajaan Perikatan Nasonal pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Keputusan ini a...
Speaker Parlimen Wajar Melepaskan Jawatan Dengan Penuh Hormat

Speaker Parlimen Wajar Melepaskan Jawatan Dengan Penuh Hormat

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 333 hits
YB Tan Sri Datuk Mohamad Arif Md Yusof merupakan Pengerusi Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia Atau dalam perjawatannya dipanggil Yang Dipertua Dewan Rakyat Atau bahasa mudahnya Speaker Dewan Rakyat Yang di Pertua Dewan Rakyat ialah pengerusi...
Pn Mahu Kuasai Spr Dengan Pecat Speaker Parlimen Ph

Pn Mahu Kuasai Spr Dengan Pecat Speaker Parlimen Ph

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 290 hits
Kerajaan Perikatan Nasional didakwa mempunyai agenda lebih besar apabila mengusulkan penamatan khidmat Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Yusuf pada 13 Julai ini Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivarasa Rasiah mendakwa kerajaan PN berkemungkinan besa...
Lantik Speaker Baharu Cacat Langgar Peraturan Parlimen

Lantik Speaker Baharu Cacat Langgar Peraturan Parlimen

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 240 hits
Hanipa Maidin Meskipun wujudnya usul bagi mengosongkan jawatan Timbalan Speaker lantikan Pakatan Harapan yang dibawa oleh YAB PM Gomen Tebuk Atap ianya telah ditarik balik apabila mantan Timbalan Speaker tersebut memilih untuk meletak jawat...
Apa Jadi Jika Muhyiddin Gagal Singkir Speaker Parlimen

Apa Jadi Jika Muhyiddin Gagal Singkir Speaker Parlimen

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 258 hits
Oleh Hasan Karim ULASAN Cakap cakap bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin akan membentangkan usul untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Timbalan Speaker YB Nga Kor Ming bukan cakap cakap kosong...
Sidang Parlimen Dijangka Paling Panas Pertukaran Speaker Ikut Perlembagaan

Sidang Parlimen Dijangka Paling Panas Pertukaran Speaker Ikut Perlembagaan

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 455 hits
Astro Awani Salehuddin Saidin menjangkakan sidang Parlimen esok panas dengan perdebatan di antara Ahli Parlimen mewakili kerajaan dan pembangkang Gambar fail KUALA LUMPUR Usul pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat esok merupakan satu proses...
Parlimen 14 Azhar Speaker Azalina Timbalan Speaker Baharu

Parlimen 14 Azhar Speaker Azalina Timbalan Speaker Baharu

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 547 hits
Azhar Azizan Azalina Foto BernamaKUALA LUMPUR Datuk Azhar Azizan Harun mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof Nama beliau dicadangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Mu...
Speaker Parlimen Akan Diganti Art Harun Antara Calon Dipertimbangkan

Speaker Parlimen Akan Diganti Art Harun Antara Calon Dipertimbangkan

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 442 hits
Beberapa anggota bukan Ahli Parlimen sedang dipertimbangkan untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menjelang persidangan parlimen yang dinanti nantikan Di antara mereka yang bertanding adalah Ketua Suruhanjay...
Speaker Umum Anwar Ketua Pembangkang Parlimen

Speaker Umum Anwar Ketua Pembangkang Parlimen

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 245 hits
Yang di Pertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Saya berpuas hati Anwar mendapat sokongan daripada ahli ahli parlimen pembangkang untuk dipilih sebagai Ket...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej