Siap Sedia Jaga Baby Lagi Datuk Jamal Sudah Punya Nama Anak Kelima Pilih Tarikh Cantik
Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdullah, 63, dan isteri, Zai Izzati Khiruddin, 27, sepakat memilih tarikh cantik, 22 Februari depan bagi menyambut kelahiran cahaya mata kelimanya.
Tidak hanya berkongsi tarikh kelahiran, bahkan bapa kepada empat cahaya mata ini juga sudah punya nama istimewa untuk buah hati kelimanya itu.
Menurut kata Datuk Jamal lagi, isterinya dijangka bersalin pada 28 Februari ini, namun isterinya sanggup melahirkan anak secara pembedahan kerana mahu mendapatkan tarikh kelahiran ‘cantik’ itu.
“Jika diikutkan, isteri akan bersalin pada 28 Februari. Namun, Insya-Allah, Zai melahirkan anak secara pembedahan pada 22 Februari ini.
“Tarikh 22 Februari dipilih kerana angka cantik. Tetapi sebagai manusia, kita hanya mampu merancang,” katanya berkongsi.
Pilih nama Iskandar Rayyan Yamani
Tidak hanya berkongsi tarikh bahkan Datuk Jamal dan isteri juga sudah punya nama indah buat si comel kesayangan mereka.
Pasangan ini sepakat memilih nama Iskandar Rayyan Yamani buat putera mereka kelak.
Mengulas mengenai pemilihan nama itu, penyanyi yang sentiasa dekat di hati dengan nyanyiannya yang merdu ini juga memilih nama itu kerana sangat unik di mata mereka.
“Pada mulanya hendak letak nama Iskandar Zulkarnain. Namun, nama itu sudah biasa didengar. Jadi, kami pilih Iskandar Rayyan,” katanya.
Sedia kembali jaga bayi
Walaupun diusianya 63 tahun, namun kata Datuk Jamal lagi dia tidak lokek membantu isterinya menjaga dua anak mereka dan kini kembali bersedia untuk menimang cahaya mata baru.
Semuanya kerana tidak sanggup melihat isteri terbeban menjaga dua anak kecil mereka, Nur Azura Yamani dan El Issac Yamani.
“Memang ‘stress’ hendak kembali menjaga bayi. Tetapi, hendak buat macam mana, kenalah sentiasa saya bersiap sedia.
“Saya fikir, orang rumah saya pun bersusah payah kiri dan kanan menjaga anak. Pembantu rumah kami pun tahun ini sahaja sudah empat orang berhenti kerja.
“Jadi, saya takkan hendak biarkan isteri sendirian menguruskan anak… Saya kenalah bantu,” katanya.
Terdahulu, Datuk Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Kini pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Azura Yamani, 3 tahun dan El Issac Yamani yang kini berusia 1 tahun lebih.
Datuk Jamal turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan terdahulu.
Menarik: Masa Ni Sampai-Sampai Dah 2cm, Neelofa Kongsi Pengalaman Indah Bersalinkan Muhammad Bilal
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit foto: @zaiizattidja
The post “Siap Sedia Jaga Baby Lagi” Datuk Jamal Sudah Punya Nama Anak Kelima, Pilih Tarikh Cantik! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/siap-sedia-jaga-baby-lagi-datuk-jamal-sudah-punya-nama-anak-kelima-pilih-tarikh-cantik/