Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir Besar Agong


Oleh UtusanTV YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah/ Gambar FB Istana Negara YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat khususnya di negeri-negeri pantai timur, Johor dan Sabah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir besar akibat hujan lebat yang berterusan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, titah nasihat Yang di-Pertuan Agong itu susulan amaran tahap waspada (kuning) iaitu hujan berterusan di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sepanjang minggu ini hingga 2 Jan depan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi, kelmarin.
“Seri Paduka turut menasihati rakyat, khususnya di kawasan berisiko dilanda banjir juga peka terhadap ramalan dan amaran yang telah dikeluarkan serta sentiasa berwaspada sekiranya paras air naik secara mendadak akibat hujan lebat yang berterusan.
“Ini termasuklah mematuhi semua arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya dikehendaki berpindah dari kediaman masing-masing demi keselamatan diri dan ahli keluarga tersayang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menzahirkan keprihatinan tinggi Seri Paduka terhadap kemaslahatan rakyat, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah menyeru semua pihak mengambil iktibar daripada pengalaman bencana banjir sebelum ini untuk memperbaiki sebarang kelemahan dan kekurangan dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya urusan pasca banjir.
Sehubungan itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Seri Paduka menasihati agensi-agensi kerajaan berkaitan dan PBT supaya tidak leka dan proaktif dalam memastikan kesiapsiagaan, koordinasi dan penyelarasan pengurusan bagi menghadapi gelombang kedua banjir di tahap terbaik.
Beliau berkata Seri Paduka menzahirkan harapan dan keyakinan bahawa menerusi persediaan awal dengan disusuli tindakan terancang, operasi menyelamat dan bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap, khususnya mereka berada di kawasan berkepadatan tinggi dan pedalaman dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.
“Seri Paduka turut mengajak semua rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar gelombang kedua banjir yang akan berlaku ini tidak berpanjangan dan negara serta rakyat dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana,” kata Ahmad Fadil.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/siap-sedia-hadapi-kemungkinan-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siap Sedia Hadapi Banjir Ini Pesanan Doktor Untuk Ibu Hamil

Siap Sedia Hadapi Banjir Ini Pesanan Doktor Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 316 hits
Banjir yang melanda Lembah Klang Pahang dan beberapa tempat pada Sabtu lalu membuatkan kita terpana dan sayu hati melihat keadaannya Ada ibu hamil yang terpaksa memanjat bumbung tidak terkecuali ibu berpantang dan bayi yang baru sahaja dila...
Hiburan Finas Umum Siap Sedia Jadi Pps Untuk Mangsa Banjir

Hiburan Finas Umum Siap Sedia Jadi Pps Untuk Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 242 hits
Mangsa banjir di sekitar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Hulu Kelang boleh menggunakan Kompleks Studio Merdeka sebagai pusat penempatan sementara 17 jam laluSanggup Ketuk Pintu Kereta Di Lebuhraya Fouziah Gous Turun Padang Bantu...
Banjir Arahan Siap Sedia Diterima Atm Dua Bulan Lalu

Banjir Arahan Siap Sedia Diterima Atm Dua Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 273 hits
Oleh Affendi Buang pada sidang media Ops Banjir Taman Sri Muda Shah Alam hari ini Gambar BERNAMA ARAHAN bersiap siaga kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk terlibat dalam operasi banjir telah diterima daripada peringkat atasan sejak dua bu...
Hiburan Penduduk Di Negeri Utara Semenanjung Dinasihati Bersiap Sedia Kemungkinan Banjir Perdana Menteri

Hiburan Penduduk Di Negeri Utara Semenanjung Dinasihati Bersiap Sedia Kemungkinan Banjir Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 265 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran berhubung hujan berterusan di kawasan di negeri negeri Utara Semenanjung Malaysia sekaligus meminta penduduk di kawasan berkenaan untuk bersedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya b...
Penduduk Beli Bot Sedia Hadapi Banjir

Penduduk Beli Bot Sedia Hadapi Banjir

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 317 hits
WARTA RAKYAT SEDIAKAN payung sebelum hujan peribahasa itu menjadi pegangan hampir rata rata penduduk Kampung Batu Badak di Segamat yang menyediakan bot fiber di kediaman masing masing bagi menghadapi kejadian banjir yang berlaku saban tahun...
Pm Arah Nadma Siap Sedia Gelombang Kedua Banjir

Pm Arah Nadma Siap Sedia Gelombang Kedua Banjir

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 240 hits
Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR Abd Razak Aid PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara serta agensi agensi lain yang terlibat bersiap sedia menghadapi gelom...
Banjir Besar 2021

Banjir Besar 2021

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 453 hits
assalamualaikum salam sejahtera semoga hari hari yg bakal kita lalui baik baik saje di mana pun kita berada moga keadaan di sekeliling kita kekal sempurna sempurna bagaimana ye tu la tu dugaan kita kita ni berbeza ada orang kata takpe hilan...
Kpwkm Mohon Rm33 Juta Beli Bekalan Hadapi Gelombang Kedua Banjir

Kpwkm Mohon Rm33 Juta Beli Bekalan Hadapi Gelombang Kedua Banjir

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 274 hits
BERNAMA Dana itu akan digunakan bagi membeli bekalan keperluan mangsa banjir seperti selimut tikar makanan kering lampin pakai buang dan sebagainya Mangsa banjir di Kampung Labohan Dagang Kuala Langat di Banting membersihkan barangan rumah ...
Banjir Besar Perubahan Iklim Kenapa Hentam Selangor

Banjir Besar Perubahan Iklim Kenapa Hentam Selangor

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 435 hits
Sudah hampir seminggu banjir besar melanda Selangor namun isu yang bermain di media massa hanyalah salah menyalah antara Menteri Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor Sedangkan isu sebenar yang harus ditangani adalah perubahan i...
Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni

Lirik Lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu Nadhif Basalamah Aziz Harun Aisha Retno

Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

Awie Alif Ba Ta Chord

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Amorim Buru Tiga Mata Ke Atas Arsenal

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Ringkasan Penuh Jalan Cerita The Karate Kid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ketua Pemuda Umno Mahu Apa Sebenarnya

Royal99 13 October Royal99 Top 36 By Edgar

Kingromans 13 Kingromans Top 21 By Christa

Ayat Ayat Penyubur Tanaman

Cara Hilangkan Iklan Di Semua Hp Redmi

Biodata Imran Vokey