Kpwkm Mohon Rm33 Juta Beli Bekalan Hadapi Gelombang Kedua Banjir


BERNAMA
Dana itu akan digunakan bagi membeli bekalan keperluan mangsa banjir seperti selimut, tikar, makanan kering, lampin pakai buang dan sebagainya.

Mangsa banjir di Kampung Labohan Dagang Kuala Langat di Banting membersihkan barangan rumah yang terkena lumpur. Gambar: Bernama Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM) membuat permohonan peruntukan sebanyak RM33 juta bagi membeli barangan keperluan sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir.
Timbalan menterinya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata permohonan kepada kementerian kewangan itu dibuat berikutan bekalan di depoh simpanan termasuk di pangkalan hadapan hampir kehabisan.
Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Penyelarasan Banjir yang diadakan secara maya dan dipengerusikan oleh beliau pagi semalam.
“Sekiranya permohonan itu diluluskan ia akan digunakan bagi membeli bekalan keperluan kepada mangsa banjir seperti selimut, tikar, makanan kering, lampin pakai buang dan sebagainya.
“Barangan tersebut akan ditempatkan di pangkalan hadapan di negeri-negeri berisiko termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir di Kampung Tersang dan Lanchang di Rantau Panjang semalam.
Mengulas lanjut, Siti Zailah yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang berkata ketika banjir melanda Pahang baru-baru ini, pihaknya terpaksa menghantar bekalan daripada Kelantan manakala bekalan dari Kedah dihantar ke Selangor selepas kedua-dua negeri itu kehabisan bekalan.
Sementara itu, Siti Zailah berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menghadapi kekangan petugas berikutan ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa banjir.
“Buat masa sekarang kita mempunyai kakitangan yang terhad. Sebagai contoh di Temerloh, Pahang kita ada 88 pusat pemindahan sementara (PPS) tetapi hanya ada 37 kakitangan JKM sebahagiannya juga menjadi mangsa banjir.
“Di PPS Selangor pula JKM memiliki 47 petugas yang menguruskannya namun cuma 15 orang dapat bertugas. Disebabkan masalah ini kita amat memerlukan bantuan daripada agensi lain selain sukarelawan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/kpwkm-mohon-rm33-juta-beli-bekalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bomba Buat Persediaan Gelombang Kedua Banjir Di Hulu Langat

Bomba Buat Persediaan Gelombang Kedua Banjir Di Hulu Langat

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 152 hits
AGENDA DAILY Tebing sungai yang runtuh akibat banjir besar di Hulu Langat beberapa hari lalu menjejaskan struktur jalan raya di daerah itu Gambar Agenda Daily Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menempatkan lima khemah bantuan banjir di D...
Gelombang Kedua Jumlah Mangsa Banjir Terus Meningkat Tujuh Jalan Di Tutup Di Pahang

Gelombang Kedua Jumlah Mangsa Banjir Terus Meningkat Tujuh Jalan Di Tutup Di Pahang

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 174 hits
KUANTAN Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri melaporkan jumlah mangsa banjir petang ini ialah seramai 2 058 orang dengan 48 PPS beroperasi di lapan daerah Daripada jumlah itu 995 orang adalah mangsa banjir gelombang kedua di R...
Pm Arah Nadma Siap Sedia Gelombang Kedua Banjir

Pm Arah Nadma Siap Sedia Gelombang Kedua Banjir

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 161 hits
Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR Abd Razak Aid PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara serta agensi agensi lain yang terlibat bersiap sedia menghadapi gelom...
Menyerah Je Lah Vide0 Robot Baru Beli Dibawa Arus Banjir Budak Lelaki Pasrah

Menyerah Je Lah Vide0 Robot Baru Beli Dibawa Arus Banjir Budak Lelaki Pasrah

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 469 hits
Baru baru ini benc4na banjir yang melanda negara telah mer4gut ny4wa beberapa orang m4ngsa dan meng4kibatkan kemusn4han harta benda Bukan itu sahaja pelbagai kerosakan harta benda dan kehilangan barangan kesayangan turut dilaporkan berikuta...
Perlu Rm5 000 Beli Barang Keperluan Asas Mula Hidup Baharu Mangsa Banjir

Perlu Rm5 000 Beli Barang Keperluan Asas Mula Hidup Baharu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 178 hits
Perlu RM5 000 beli barang keperluan asas mula hidup baharu Mangsa banjir Sekurang kurangnya RM5 000 untuk bantuan wang tunai sebagai permulaan itu luahan mangsa banjir Mohd Shukur Ahmad Pembantu jurutera itu berkata beliau bukannya tidak me...
Baru Beli Tak Sampai 24 Jam Kereta Honda Civic Tenggelam Dalam Banjir

Baru Beli Tak Sampai 24 Jam Kereta Honda Civic Tenggelam Dalam Banjir

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 275 hits
Sentiasa menjadi rebutan model Honda Civic FD pastinya masih tetap diminati serta pilihan dalam kalangan peminat kereta Tular kembali di aplikasi TikTok apabila sebuah Honda Civic milik seorang individu yang dipercayai milik sahabatnya tela...
Rebat Rm500 Mangsa Banjir Beli Barangan Elektrik Bermula 7 Jan

Rebat Rm500 Mangsa Banjir Beli Barangan Elektrik Bermula 7 Jan

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 192 hits
Rebat RM500 mangsa banjir beli barangan elektrik bermula 7 Jan MANGSA banjir boleh membeli barangan elektrik dengan kemudahan rebat RM500 di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency di premis terpilih atau secara dalam ta...
Spider Man No Way Home Kutip As 121 5 Juta Pada Hari Pembukaan Kedua Terbesar Di Belakang Avengers Endgame

Spider Man No Way Home Kutip As 121 5 Juta Pada Hari Pembukaan Kedua Terbesar Di Belakang Avengers Endgame

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 208 hits
Filem terbaru Spider Man No Way Home telah menunjukkan prestasi Box Office yang cukup luarbiasa apabila mengumpul AS 121 5 juta pada hari pertama tayangannya di lebih 4 336 lokasi pawagam di Amerika Syarikat Jumlah tersebut merupakan yang K...
Rm1 6 Juta Diperuntuk Yapeim Bantu Mangsa Banjir

Rm1 6 Juta Diperuntuk Yapeim Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 242 hits
Anggar 10 000 terima manfaat melalui peruntukan BANGI Sebanyak RM1 6 juta diperuntukkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara Ketua Pengarahnya Mohd Ridzal Mohd Sheriff berkata bantuan itu ...
Pentingnya Muhasabah Diri

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Record 13 Pay Hike For Civil Servants Get Ready For Subsidy Cuts Skyrocketing Inflation And Even Recession

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Bite Sized Bliss Of Weed Edibles For Every Occasion To Use

Sindiket Scammer Didalangi Warga Asing Tumpas

Mak Terpaksa Buat Banyak Kerja Untuk Dapat Rm700 Tiap Minggu Rupanya Ini Abang Buat Pada Mak

Pengalaman Anak Anak Sertai Poomsae Di 7th Hypermax Junior Taekwondo Invitational Championship 2023

Lumira Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights

Rethink Reuse Refill Challenging The Disposable Smoking Accessory Market