Siap Jahit Kain Lace Beli Dari Bandung Indonesia
SIAP JAHIT KAIN LACE BELI DARI BANDUNG INDONESIA - Assalamualaikum, selamat tengah ariii semua ! Selamat Hari Isnin, Isnin ni biasalahkan mood Monday Blues di mana-mana. Macam mana nak elakkan blues? Macam mummy, senang aje ! Kita buat benda-benda yang boleh happy kan diri sendiri. Ameklah beberapa minit untuk happy kan diri sendiri. Macam mummy, sewaktu drive kereta (jalan jammed). Mummy edit gambar-gambar. Masukkan gambar dalam blog dan taip sedikit demi sedikit. So,adalah benda nak update dalam entri blog pagi ni. Mummy jenis taip sket-sket. Satu perenggan, satu perenggan kalau busy. Dalam toilet memerut pun sempat taip 1 perenggan tau !
So, lain orang..lain dia punya cara untuk happy kan diri sendiri kan?
SIAP JAHIT KAIN LACE BELI DARI BANDUNG INDONESIA
Korang ada baca entri blog mummy shopping kain ela dan kain lace di Bandung Indonesia tak? Tadaa..Ni lah hasilnya...siap dah sepasang kain lace berwarna biru. Untuk raya kedua atau ketiga lah kot. 1st raya tu warna sedondon kami.. Warna lain hehe. Siap dah tempah masa kat Bandung Indonesia. Senang, malas nak pikir banyak.
Masa di Bandung Indonesia tu, kami dapat lace murah. So akibatnyaaaaaaa.. Memborong tak sudahlah hahaha. Mummy beli warna biru, kuning dan oren.
Nak sedondon dengan anak pempuan sorang ni. Sok2 pi kenduri ke apa...boleh matching matchinggggg .
Suka si Dhia baju dia siap dah, nak baju ala-ala dress aje. Nak jadi princes katanya. Atas tu kosong sket, maybe nanti mumy beli beads ke macam mana nanti untuk bangi nampak bling..bling
Lace Dhia dan lining biru tu, memang semua beli kat Bandung, lembut dan tak gatal. Alhamdulillah..Dhia suka..Dhia ni cerewet sket.
Baju ni tempah dengan tailor satu apartment kami je. Upah RM50. Okaylah kann
Baju mummy pulak baju kurung moden, kain lace beli kat Bandung, Indonesia. Beli 2 meter je untuk lace atas. Lining tak beli, memang ada dalam lemari. Just mixed je lah ! Save kat situ.
Tahun ni, trend lace dan batik, tapi mummy malas nak berbatik. Sian Dhia tu ha..kang tak sedondon pulak, kan . Lagipun, kain ela biru dari Jakel mummy memang dah ada lama. Tak payah membazir sangat. Kang Marie Kondo jadiknya hihi
Upah baju kurung moden mummy tailor yang sama dengan Dhia. Upahnya RM100 burppppp boleh beli baju siap gamaknya huuhuuuu.
Tapi, baju siap ni tak dapatlah nak ngam dengan badan ni haa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azlindaalin.com/2019/03/siap-jahit-kain-lace-beli-dari-bandung.html