Sia Sia Didenda Rm2 000 Kerana Sayang Isteri


 
Mohamad Faizal Mosnon mengaku salah membuat laporan polis palsu untuk melindungi isterinya yang tiada lesen memandu. (Gambar Freepik)KUALA LUMPUR: Seorang peniaga didenda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini kerana membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya pemandu sebenar dalam satu kemalangan, bagi melindungi isterinya daripada disaman kerana tidak memiliki lesen memandu.
Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Faizal Mosnon, 33, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut, dan memerintahkannya dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Faizal didakwa membuat laporan trafik kepada seorang anggota polis, yang diketahuinya palsu.
Perbuatan tertuduh itu menyebabkan seorang penolong pegawai penyiasat trafik itu melakukan siasatan terhadap laporan polis dibuatnya, yang tidak akan dibuat sekiranya pegawai terbabit mengetahui keadaan sebenar.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Polis Trafik Gombak pada 2.43 petang 16 Mac lepas, mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, satu kemalangan berlaku di Jalan Batu Caves Lama melibatkan kereta Nissan dan kereta jenis Perodua yang dipandu isteri tertuduh.
Rakaman percakapan diambil daripada ketiga-tiga individu itu, termasuk tertuduh, namun keterangan tertuduh didapati bercanggah dengan kemalangan itu.
Hasil siasatan mendapati tertuduh bukan pemandu sebenar Perodua berkenaan ketika kejadian dan dia kemudian mengakui isterinya adalah pemandu sebenar semasa kemalangan berlaku.
Isteri tertuduh juga mengakui laporan polis yang dibuat suaminya itu palsu, bertujuan melindungi dirinya daripada disaman kerana tiada lesen memandu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisak Hassni memohon hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh menyusahkan polis untuk menyiasat laporan palsu tersebut.
Peguam M Mariappan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum kerana isterinya tiada lesen semasa memandu.
“Anak guam saya membuat laporan polis bertujuan membuat tuntutan insurans. Dalam kes ini, isteri anak guam saya telah dikompaunkan saman trafik kerana gagal kawal kenderaan dan tiada lesen memandu,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/03/sia-sia-didenda-rm2000-kerana-sayang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diminta Sedar Diri Tiada Harta Pemuda Syukur Mampu Beli Kereta Lusuh Rm2 000

Diminta Sedar Diri Tiada Harta Pemuda Syukur Mampu Beli Kereta Lusuh Rm2 000

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 288 hits
Niat seorang pemuda yang ingin mengenali seorang gadis dipandang serong oleh individu lain selepas memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok Pada mulanya pemuda tersebut Hamizan Ismail menyatakan hasrat untuk berkawan dengan seorang gadis...
Wanita Didenda Akibat Gagal Lapor Wang Tunai Lebih 800 000 Ketika Memasuki S 039 Pura

Wanita Didenda Akibat Gagal Lapor Wang Tunai Lebih 800 000 Ketika Memasuki S 039 Pura

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 207 hits
Images KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Seorang wanita berusia 52 tahun didenda kerana gagal mengisytiharkan pergerakan wang tunai lebih daripada S 800 000 ke Singapura menurut Pasukan Polis Singapura pada Selasa P
Underwater World Didenda 105 000 Menyusuli Kematian Penyelam

Underwater World Didenda 105 000 Menyusuli Kematian Penyelam

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 231 hits
SINGAPURA Tarikan Underwater World Singapore yang kini tidak lagi beroperasi dikenakan denda S 105 000 pada Selasa atas empat kesalahan melanggar peraturan keselamatan yang dikesan menyusuli kematian seorang penyelam veteran pada 2016 Phili...
Sweetnya Ustaz Layan Isteri Anak Penuh Kasih Sayang Buat Wargamaya Jatuh Hati

Sweetnya Ustaz Layan Isteri Anak Penuh Kasih Sayang Buat Wargamaya Jatuh Hati

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 759 hits
Sememangnya apa sahaja yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew menerusi media sosialnya lebih lebih lagi ketika keprihatinan beliau dalam membantu insan yang memerlukan begitu dekat dengan kita Keikhlasan yang ditunjukkan terasa sampai pada ki...
Lelaki Miang Rakam Video Bawah Skirt Wanita Didenda Rm7 000

Lelaki Miang Rakam Video Bawah Skirt Wanita Didenda Rm7 000

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 255 hits
Oleh PERBUATAN merakam video di bawah skirt wanita merupakan perbuatan tidak bermoral GAMBAR HIASAN GARA gara mempunyai minat yang luar dari kebiasaan seorang lelaki penghantar makanan didenda RM7 000 oleh Mahkamah Majistret Kajang hari ini...
Sekitar 580 000 Anggota Krisflyer Sia Pps Terjejas Angkara Pencerobohan Data

Sekitar 580 000 Anggota Krisflyer Sia Pps Terjejas Angkara Pencerobohan Data

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 176 hits
SINGAPURA Sekitar 580 000 anggota KrisFlyer dan PPS terjejas oleh pencerobohan data dedah Singapore Airlines pada Khamis Pencerobohan data itu melibatkan server sistem khidmat penumpang SITA iaitu sebuah syarikat teknologi maklumat pe
Pembeli Berdepan Tindakan Denda Rm2 000 Jika Di Dapati Beli Jualan Di Lampu Isyarat

Pembeli Berdepan Tindakan Denda Rm2 000 Jika Di Dapati Beli Jualan Di Lampu Isyarat

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 289 hits
PASIR GUDANG Pengguna jalan raya berdepan saman berjumlah RM2 000 jika didapati bersalah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan lampu isyarat kerana tindakan itu merupakan satu kesalahan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitcha...
Rm2 000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran Ipt Budi Setiap Seorang Semak Cara Mohon Disini

Rm2 000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran Ipt Budi Setiap Seorang Semak Cara Mohon Disini

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 662 hits
Pejabat Menteri Tugas Tugas Khas Sabah menawarkan anak Negeri Sabah yang ingin melanjutkan pegajian di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta satu bentuk bantuan secara tunai setiap seorang Bantuan tersebut ialah Bantuan Tunai Pendaftar...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini