Si Wanita Penghuni Syurga
Si Wanita Penghuni Syurga
hi there kalau hari tu mrs pip berkongsi tentang wanita penghuni neraka, hari ni mrs pip kongsi pula cerita tentang bagaimana caranya kita menjadi wanita penghuni syurga pula ..
Nak bayangkan neraka tu, memang naik bulu roma. Nak bayangkan syurga lebih dari fairytale stories, semua indah di dalamnya ...
boleh baca entry terdahulu kat sini tentang wanita penghuni neraka , semoga ianya bermanfaat untuk dikongsikan bersama T_T
3 Sebab Kenapa Wanita Paling Ramai Menjadi Penghuni Neraka
Menjadi wanita penghuni syurgakredit: google
Si Wanita Penghuni Syurga
Siapa yang layak mendapat pahala dan layak memasuki syurga tidak ditentukan oleh jantina. Kedua-duanya memiliki kedudukan yang sama di hadapan Allah s.w.t. Apa yang membezakan antara keduanya ialah takwa
Firman Allah s.w.t (maksudnya);“Sesungguhnya lelaki Muslim serta perempuan Muslimah, lelaki Mukmin dan perempuan Mukminah, lelaki yang taat serta perempuan yang taat, lelaki yang benar serta perempuan yang benar, lelaki yang sabar serta perempuan yang sabar, lelaki yang merendah diri serta perempuan yang merendah diri, lelaki yang bersedekah serta perempuan yang bersedekah, lelaki yang berpuasa serta perempuan yang berpuasa, lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempuan yang memelihara kehormatannya, dan lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”Surah al-Ahzab:35Firman Allah s.w.t (maksudnya); “Siapa mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun wanita dan mereka adalah orang yang beriman, mereka masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.”Surah an-Nisa’:124Oleh itu, untuk menjadi wanita syurga, Allah mestilah diutamakan dalam segala-galanya. Tumpuan calon wanita syurga adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dalam setiap urusan yang dilakukan.
Firman Allah s.w.t (maksudnya);“Beruntung orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, orang-orang yang menjauhkan diri mereka daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia, mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan mengeluarkan zakat dan orang-orang yang menjaga kehormatan kecuali kepada isteri-isteri ataupun hamba sahaya mereka. Sesungguhnya mereka tidak tercela. Siapa mencari yang disebalik itu, mereka itu orang-orang yang melampaui batas. Orang-orang yang menjaga amanah dan janji serta tetap memelihara solatnya, mereka itu orang-orang yang berhak mewarisi syurga firdaus dan mereka kekal di dalamnya.”Surah al-Mukminun:1-10Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w bersabda:“Bertakwalah kepada Tuhan kamu, tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu (Ramadan), tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu; nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu.”Riwayat al-TirmiziSemoga kita semua menjadi wanita solehah yang menurut perintah Allah dan Rasulnya, anak yang patuh kepada ibu bapa, isteri yang menyokong kebaikan suami, dan ibu yang mendidik generasi soleh dan solehah.
Baca Juga : Pahala Seorang Isteri
Semoga semua wanita juga berusaha menjadi wanita yang sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT dan menjadi salah seorang penghuni syurga kelak , amin ...
sumber asal :
https://tazkirah.net/bagaimana-caranya-anda-menjadi-wanita-yang-di-tempatkan-di-syurga-kelak/
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2017/08/menjadi-wanita-penghuni-syurga.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)